Wakil-wakil dari lebih 50 cawangan-cawangan parti politik, badan-badan kebajikan, persatuan-persatuan dan surau-surau dari seluruh Ampang Jaya, Selangor Darul Ehsan akan meyampaikan memorandum bantahan terhadap tindakan merobohkan Surau Al-Ikhlas, Pandan Perdana oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ).
Adalah difahamkan surau ini telah dirobohkan oleh kerana jawatankuasanya tidak disenangi oleh "orang-orang politik yang berpengaruh" di DUN Pandan.
Tindakan yang tidak berperikemanusian oleh MPAJ ini telah dibantah oleh seluruh penduduk Ampang Jaya dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada Yang Di Pertuanya, Tuan Haji Mohammad Nik di Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 56100 Kuala Lumpur.
Tarikh dan waktunya adalah pada jam 10.30 pagi, Sabtu 22 April 2000.
Sokongan dari seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan penyerahan ini amat dialu-alukan.
Marilah bersama-sama menentang tindakan yang zalim ini !
ISKANDAR A. SAMAD
Setiausaha PAS
Kawasan Ampang Jaya
20 April 2000
Tel : 03-4516057