KUALA LUMPUR, (Hrkh) - Polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan beratus-ratus penyokong reformasi dalam perhimpuna hari ini menurut saksi-saksi.
Perhimpunan itu bermula di Masjid Negara selepas solat Asar apabila lebih 200 orang keluar daripada masjid dan melaungkan "Reformasi" selepas solat Asar.
Mereka kemudiannya disertai oleh penyokong-penyokong yang berada di kawasan berhampiran dan bergerak ke stesyen keretapi yang berdekatan sebelum polis menggunakan meriam air yang bercampur dengan bahan yang memedihkan kepada penyokong reformasi.
Selepas kejadian itu, tujuh trak polis dan Pasukan Gerakan Am bergerak ke arah kawasan mebeli belah utama kita-kira satu kilometer daripada masjid itu untuk menyuraikan kira-kira 500 penyokong reformasi.
Polis menutup Jalan Tunku Abdul Rahman dan mengarahkan kedai-kedai ditutup sebelum cuba menyuraikan penyokong yang menjeritkan "Reformasi"
"Saya tidak berada di sini untuk ditangkap" kata seorang wanita yang dipetik oleh AFP, "Tetapi kami tidak mempunyai kebebasan untuk menunjukkan perasaan kami di negara ini," katanya.
Selepas polis menyuraikan perhimpunan itu, kira-kira 50 orang lagi mengadakan perhimpunan dan melaungkan "Allah-u Akhbar" (God is Greater) dan reformasi.
Menurut perancangannya, satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Masjid Negara jam 3 petang tadi bagi menyambut ulangtahun Anwar dijatuhi hukuman penjara.
Namun sejak semalam, pasukan polis berkeliaran di bandaraya dan membawa senjata M16 dengan kawalan keselamatan ditingkatkan.
Tinjauan Harakahdaily.com mendapati kira-kira 500 anggota polis berada di sekitar Masjid Negara sejak pagi lagi dengan membawa rotan dan senjata lain bagi menghalang perhimpunan itu.
Polis juga membuat pemeriksaan terhadap barang-barang yang dibawa oleh jamaah yang hendak menunaikan solat Zuhur di masjid itu. Ketika waktu Zohor, Harakahdaily.com merakamkan dua remaja ditahan polis kerana membawa risalah perhimpunan.
Dipetik daripada HARAKAH