Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

Dimanakah kelemahan Kita?

Jumlah yang mendadak menyokong BA terbukti bukan penentu kemenangan dalam pilihanraya. Ini telah terbukti dalam pilihanraya ke 10 yang lepas dan juga pilihanraya kecil Sanggang. Yang demikian maka amatlah perlu kita mengkaji dimanakah kelemahan kita sebenarnya?.

Tuan Guru Nik Aziz mengulas kekalahan Sanggang atas sebab 'Over-Confident'. Suatu pandangan dari seorang yang veteran dibidang politik tentunya tersirat pelbagai sebab yang mungkin tak terfikir oleh ramai penyokong. Mentelah lagi penyokong yang berlipat kali ganda tadi datangnya bukan dari kalangan yang lama berpolitik tetapi tetiba sahaja 'join' BA apabila melihatkan kezaliman berterusan oleh pemerintah dan bagi yang beragama Islam pula melihatkan kesucian agama semakin dipersendakan.

Bagi saya 'over-confident' yang dimaksudkan oleh Tuan Guru adalah kerana kita tidak mengenali sungguh-sungguh strategi lawan tetapi kita hanya melihat kepada kuantiti penyokong yang kita sangkakan cukup untuk mendapat majoriti. Ingin saya senaraikan kekuatan lawan yang sangat berkesan dalam menghadapi sesuatu pilihanraya seperti berikut:-

i. Penggerak KEMAS - terbukti berkesan mengekalkan pengundi terutamanya muslimat mengundi BN/UMNO. Kemas juga bergerak secara menyeluruh mengenalpasti setiap penggundi dengan membuat culaan (lebih dari 3 kali) sehinggakan boleh menasihati 'SPR' untuk memindahkan nama pengundi (tidak hairanlah jika 900 pengundi Sanggang dilaporkan telah secara tiba-tiba berubah tempat kawasan DUNnya).

ii. Jabatan Penerangan - Juga bertugas sebagai agen pemantau pengundi bagi pihak pemerintah untuk semua kaum disamping membuat laporan kepada pihak tertentu. Disamping itu memberikan penerangan yang negatif terhadap BA kepada rakyat.

iii. SB-SB politik Polis (terlatih/professional)- memantau setiap masa pergerakan aktivis BA dan kegiatan-kegiatan BA yang dijalankan dan melaporkan kepada pihak tertentu.

iv. SB-SB tentera (terlatih/professional) - sama seperti polis tadi.

v. Bahagian Keselamatan Negara (Cawangan diseluruh negara) - memantau setiap 8 jam semasa hampir pilihanraya manakala pemantauan setiap hari berjalan lancar.

vi. Biro Tata Negara - bertugas mem'brain-wash' target tertentu antaranya mereka yang atas pagar. Memberi input kepada penggerak BN seperti penghulu, JKKK dsb cara untuk memastikan pengundi memihak kepada BN/UMNO

vii. Akhbar

viii. Radio

ix. TV

x. SB-SB yang diupah khas iaitu 'musuh dalam selimut BA'

dan mungkin ada banyak lagi (termasuklah penggunaan wang serta jentera kerajaan).

Tidak dinafikan kekuatan yang ada pada BA adalah Ceramah-ceramah serta Laman-laman di Internet serta penyokong Melayu yang melebihi 60%. Namun demikian bagaimanapula dengan penggundi bangsa bukan-melayu. Bagaimana pula dengan Sabah dan Sarawak?.

Rumusannya masih banyak kerja yang mesti dilakukan oleh pejuang-pejuang BA mulai sekarang ini. Pada pendapat saya kemenangan BA bergantung kepada sejauh mana BA boleh menawan hati rakyat. Ahli-ahli BA semestinya menunjukkan teladan dan tindaklaku yang menampakkan kewibawaan BA. Perasaan benci terhadap ahli BN hendaklah dijauhkan sama sekali. Kewibawaan (credibility) dan kejujuran (intergrity) yang berjaya ditonjolkan akan menghasilkan kebesaran(dignity) BA dari pandangan rakyat. Ilmu politik mesti didalami agar semua profrssional yang sedia ada dalam BA dapat memainkan peranannya dengan berkesan. Bukankah kita sudah mempunyai ahli dari segala bidang!. Kalau diibaratkan untuk suatu pembinaan baik bangunan dan juga insan kita ada semua iaitu dari peringkat juruukur,jurutera, arkitek, juruperancang bandar/desa ,pakar-pakar agama, doktor dan selainnya serta majoriti rakyat. Pada hemat saya kelemahan-kelemahan yang masih wujud adalah i)Penggerak/pemimpin untuk menggarapkan kekuatan yang ada

ii) Sedia mendengar dan memahamkan (apakah? kenapakah) kaum bukan melayu masih memihak kepada BN dan

iii)tidak bersedia menghadapi pilihanraya awal dengan membuat culaan dari sekarang akan setiap pengundi di kawasan masing-masing. Sebaiknyalah kita teruskan usaha menanggani 10 kekuatan BN tadi disamping mengatasai kelemahan kita secara berterusan dan dinilai-dinilai-dinilai kemajuannya setiap hari kalau tidak pun setiap minggu. keyakinan kejayaan bagi BA bagi saya adalah pasti kerana kekuatan tunggak yang ada pada BA yang kini semakin pudar pada BN adalah kekuatan Fizikal, kekuatan Emosi, kekuatan mental, kekuatan semangat(will) dan kekuatan spiritual. Semuga kita bersama meneruskan perjuangan menumpas pemerintah yang zalim dan mendapat keberkatan ALLAH...AMIN.

Um-NoMore


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com