Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

Time Bomb In Malaysia!!

Saya teringatkan sebuah buku yang ditulis oleh saudara Lim Kit Siang sekarang ni pengerusi DAP bertajuk Time Bomb In Malaysia yang diterbitkan sudah begitu lama. Malangnya saya sendiri tidak langsung berminat membacanya kerana waktu itu saya adalah penyokong setia UMNO. Apa isi kandungannya sehingga hari ini saya pun tak tahu tapi apa yang ingin saya ulas kali ini adalah urutan peristiwa kebelakanagan ini bolehlah disamakan seperti ‘Time Bomb In Malaysia’ mungkin bakal buku saya pula dengan tambahan Part 2.

Keputusan Mahathir PM Malaysia tidak mahu hadir yang diumumkan semalam 21.04.2000 telah membuatkan ramai ‘frust’. Dipejabat-pejabat ada yang merasakan lemah-longlai hilang mood sepanjang hari. Dikalangan suri-rumah dan para-para isteri yang bekerja balik kerja mereka pun hilang mood lalu anak-anak jadi mangsa kena marah tak pasal-pasal. Sebahagian besar mereka ini tentunya bukan ahli politik matang cuma sekadar penyokong-penyokong BA yang inginkan Mahathir dikecundangkan di Mahkamah.

Sebanarnya episod sedih, pilu, geram dan marah mereka ini bukanlah pertama kali dirasakan . Pada hari DSAI dipecat ramai yang tak tidur malam dan tak kurang ramainya yang menangis kesedihan terus mengambil cuti atau pun MC. Diikuti dengan pengumuman DSAI dikenakan penjara 6 tahun. Seterusnya Tewasnya BA dan juga calun-calun ‘favourite’BA dalam pilihanraya ke 10 ,sekatan terhadap perhimpunan aman Gelita 14, penangkapan ‘hero-hero’ rakyat (yang begitu kerap) dan lain-lain lagi. Tidak lupa dengan pengharaman majalah DETIK serta sekatan akhbar paling diminati HARAKAH. Semuanya ini membuatkan perasaan tidak puas hati yang terkumpul-terkumpul-terkumpul.

Dan banyak lagi peristiwa yang sebenarnya telah menimbulkan kontroversi serta kemarahan rakyat sebelum kes DSAI lagi. Peristiwa Memali adalah contoh yang paling menyayat hati. Perampasan tanah mengikut akta pengambilan balik tanah secara tidak adil. Kes Lim Eng Guan membela gadis dirogol. Pemecatan kakitangan kerajaan dan swasta mengikut sesuka hati pemerintah. Kes pemecatan Tun Salleh Abas dan Datuk Ishak Baharum terang-terang dilaksanakan ala ‘kuku-besi’. Dan banyak lagi tentunya kalau nak diteruskan atau ditambah oleh mereka yang lebih lama diarena politik.

Kemudahan internet pula telah menyemarakkan lagi kemarahan rakyat apabila pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap kezaliman pemerintah. Yang terbaru mengenai isu surau yang dirobohkan oleh MPAJ. Isu-isu mengenai keagamaan lain seperti murtad, kristianisasi dan mempersendakan hadis serta hukum Allah . Bagaimana pula dengan penyalahgunaan wang rakyat serta kuasa yang diberikan oleh rakyat?. Persoalannya sampai bilakah rakyat boleh bersabar?.

Um-NoMore


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com