Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

Ulasan dan memahami e-commerce nie

Saya ingin mengulas apa yang Perdana Menteri Malaysia (mendapat kedudukan secara menipu!) Mahathir Mohamad katakan semalam iaitu mengenai e-commerce sebagai alat negara negara kaya untuk melemahkan negara negara sedang membangun, kununnyalah.

Sebelum saya mengulas lebih, adalah elok kiranya kita memahami e-commerce nie. E-commerce adalah mengadakan atau menjalankan urus-niaga secara elektronik atau pun melalui internet. Sebagai contohnya, sesiapa sahaja,diulangi sesiapa sahaja, boleh membeli dan menjual di dalam internet barang perniagaan mereka. Asalkan ada kuasa membeli dan menjual. Antara syarikat syarikat yang mengurus ataupun menjual secara elektronik adalah seperti E-Bay, Amazon.Com,Yahoo dan sebagainya. Apa yang menarik adalah sambutan berjual beli melalui elektronik adalah amat menggalakkan sehinggakan syarikat syarikat di Amerika seperti Wal-Mart, K-Mart,dan sebagainya berlumba lumba untuk mendapatkan tempat didalam alam maya ini. Ini disebabkan semakin ramai pembeli tiada masa untuk membeli belah dua tiga jam didalam Mall, di mana adalah lebih baik mereka jimatkan masa dan tenaga dan luangkan masa untuk bersama keluarga bersiar siar tepi pantai ataupun beriadah daripada bershopping dengan jammed! Tetapi tidak semua barang boleh dibeli dari alam maya dan di sini para peniaga kena tahu,apa barangan yang menjadi dijual di internet ataupun tidak.

Faktor foktor penting yang menjayakan perniagaan secara e-commerce adalah seperti berikut:

1. Jaminan sekuriti web-site perniagaan anda adalah baik, dimana butir butir seperti nombor kad kredit pelanggan anda selamat.

2. Barangan anda menepati apa yang terdapat di web site perniagaan anda.

3. Mutu barangan yang baik seperti yang terdapat di website anda.

4. Jenis Barangan anda, samada mudah rosak,tahan lama, besar ataupun kecil,berharga atau berisiko tinggi.

5. Servis hantaran yang baik,cepat dan tepat.

6. Jaminan menerima balik barangan dan pemulangan wang kepada pelangan sekiranya pelangan tidak berpuas hati dengan barangan tersebut tanpa soal-jawab di dalam tempoh tertentu. (selalunya selama 1 bulan)

Sekiranya kita mengamati faktor faktor di atas bukan nya mudah untuk menjayakan e-commerce tetapi sekiranya faktor faktor tersebut di ikuti anda bukan sahaja menghadapi ratusan pelangan malah jutaan pelangan di alam maya ini kerana dunia alam maya adalah satu tanpa sempadan!

Jadi di Malaysia sudah terdapat membeli bunga secara elektronik. Ini adalah perkembangan yang baik. Bunga atau barangan mudah rosak, populasi pelangannya kemungkinan di sekitar kawasan itu sahaja contohnya kalau di Malaysia, cuma di kawasan bandar dan tempat di mana penghantaran senang di buat. Kalaupun perniagaan bunga nak berkembang secara international, salah satu cara nya memfranchisekan perniagaan bunga tersebut. Mahathir dan kroni janganlah pula nak mengambil idea ini ya kerana ini adalah idea dari rakyat untuk rakyat. Bagilah rakyat bernafas juga ya!

Bagaimana pula menge-commercekan batik? Gamat? Belacan? T-Shirt? Jeans? Tudung? Buku? Kain Pelekat?Pampers? Kicap? Selangor Pewter? dan banyak lagi barangan? Bukankah kalau dibuat dengan baik, akan menguntungkan rakyat malaysia khususnya peniaga Malaysia? Bukankah ini boleh meningkatkan jualan syarikat? Meningkat produktiviti? Meningkatkan peluang pekerjaan? Meningkatkan jumlah cukai untuk disedekahkan kepada kerajaan,kununnya! (kalau inilah yang Perdana Menteri bimbangkan!)

Sebenarnya Mahathir Mohamad amatlah BACUL dan SOMBONG apabila dia mengatakan e-commerce akan memincangkan para perniaga tempatan. Sepatutnya Si Bangang ini menasihatkan kepada para peniaga tempatan untuk berlumba lumba juga untuk menempatkan diri mereka di alam maya, dunia tanpa sempadan ini. Bukankah amat menguntungkan kalau para peniaga tempatan Malaysia boleh menebusi pasaran antarabangsa dengan duduk di Malaysia tanpa perlu mengelilingi dunia? Tidakkan mendirikan kedai alam maya lebih economical? Si Bangang ini terus pula mengatakan kerajaan akan rugi cukai import dan cukai syarikat. Wahai Perdana Menteri Malaysia yang bangang boleh tidak berikan statistik nya? Berapa peratus kurangnya? Apakah kerajaan rugi cukai import dan cukai syarikat akan mendatangkan kemudaratan kepada rakyat Malaysia? Setahu kami rakyat Malaysia, nak di katakan kerajaan gunakan hasil cukai untuk buat jalan, jalan telah ditolkan! Menara Twin Tower, Petronas dan “hak untuk anak anak Sarawak” sudah menglangsaikannya, Bakun, Timber Sarawak sudah di kebaskan, Sepang International Airport, sudah diuruskan. Jadi apa yang kamu buat dengan cukai cukai itu? Hanya untuk memberi kenaikkan gaji untuk ANJING merah & biru? Jadi di mata rakyat, sekadar berkurangan sedikit cukai import amatlah “immaterial”, dibandingkan dengan menggalakkan para peniaga tempatan turut bersama sama berniaga di alam maya tanpa sempadan dan dengan ini akan menambahkan “confident” dikalangan para peniaga tempatan untuk berniaga di arena perniagaan yang lebih mencabar bertaraf antarabangsa, dan ditambah pula dengan jualan dan produktiviti yang meningkat,malah boleh membukan lebih ruang pekerjaan.

Seperkara lagi yang saya ingin ulaskan di sini, KLSE juga akan ataupun dalam perancangan untuk membuat perniagaan jual beli saham secara elektronik ataupun ON-LINE TRADING, kalau ini beroperasi KLSE bukan sahaja boleh dijual beli di Malaysia,malah di seluruh dunia! Tetapi Si Mahathir lidah bercabang ini tidak pula meberi komen negatif mengenainya. Ini adalah kerana saham saham dia,anak anak dan kroni akan mendapat manfaat daripadanya. Oleh itu, para peniaga tempatan berlumba lumbalah anda didalam perniagaan era masa depan ini, sekiranya kamu tidak bergerak daripada sekarang, kamu akan KETINGGALAN!!! Inilah sebenarnya niat Mahathir, tetapi setelah syarikat anak anak nya dan kroninya berjaya seperti E-BAY,AMAZON.COM,YAHOO,Microsoft dan sebagainya, dia akan diam buat buat bodoh, almaklumlah poketnya dah penuh!

Satu lagi, Si Bacul juga telah menyentuh e-commerce boleh menyebabkan kita di koloni sekali lagi oleh negara asing, sungguh malang kalau kita mendengar kata kata orang tua nyanyuk ini kerana itu adalah pemikiran manusia zaman tok kadok dulu. Dengan ini saya ingin membuat kesimpulan PERDANA MENTERI MALAYSIA,MAHATHIR MOHAMAD sudah OBSOLETE!!! [lain kali sebelum buka mulut tu, fikir dulu ya, tak pasal pasal dapat gelaran bacul,bangang dan OBSOLETE]

Sekian.

P/S saya menulis ini dengan tujuan menerangkan betapa kata kata Mahathir berkenaan e-commerce adalah TIDAK BETUL dan TIDAK BENAR. Kerana saya tahu para menteri malaysia yang semuanya YESMAN akan mengiakan sahaja kata katanya dan terus menyesatkan rakyat Malaysia daripada mendapat maklumat yang betul.

P/P/S Sekiranya dasar kerajaan benar benar ikhlas untuk menolong para peniaga tempatan dan e-commerce berkembang dengan lebih meluas lagi, adalah amat perlu pihak TELEKOM MALAYSIA memberi laluan PERCUMA untuk semua rakyat Malaysia melayari internet tanpa sebarang sekatan. Ini akan menambahkan rakyat Malaysia celik IT ,almaklumlah bagaimana nak CINTA IT kalau tak kenal IT. Itu pun kalau kerajaan Malaysia IKHLAS hendak menolong rakyat dan para peniaga tempatan!!!!

Malaysian PM denounces e-commerce as tool of rich nations

KUALA LUMPUR, April 20 (AFP) - Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad said Thursday that electronic commerce was a globalisation tool planned by rich nations to impoverish developing countries. "Modern trade through dotcom companies will make our local companies disfunctional as dotcom will sell direct to our buyers," he said when launching a new unit trust scheme.

"The government will not only lose import tax but also corporate tax. Unemployment opportunities will be lost...This is a world without borders and a globalisation process planned by rich countries." Mahathir also warned of foreign bids to recolonise the country by undermining a policy of preferential treatment for ethnic Malays "because they see it as an obstacle to control our economy."

The New Economic Policy was drawn up in 1970 to help the country's majority Malays catch up with the wealthier ethnic Chinese following bloody racial riots sparked in part by disparities.

Mahathir said foreigners had bought over banks and industries in troubled developing nations at low prices, thanks to the IMF's pressure for them to open up their economies as a condition to secure loans. Developing and third world countries would be "continuously attacked through the process of globalisation" and must forge deeper cooperation to challenge the tide, he added.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com