Pada tengahari 14 April lalu saya ada lalu di sepanjang Jalan Mahameru. Saya tahu pada hari itu ada demonstrasi rakyat secara aman tetapi saya tidaklah menjangka begitu ramai polis standby. Yang menghairankan saya ada lebih 10 agaknya trak FRU standby di Istana Negara. Macam nak berperang gempaknya. Apa mereka semua tu tak sembahyang Jumaat ke? Kesian saya tengok. Siapalah yang nak tanggung dosa mereka tu? Sepanjang hari berjemur ditengah panas. Ada yang tidur dalam trak dan ada pula yang tidak berbaju. Saya tengok di luar pagar Istana Negara ramai pelawat dari luar datang terjenguk-jenguk. Hai malulah sikit, macam ni ke polis Malaysia. Kalau macam ni takut saya nak bekawan dengan polis Malaysia. Kerana sinyanok sanggup tinggalkan sembahyang. Insaflah, kamu semua takutkan Allah atau takutkan sinyanyok yang seekor itu. Begitu ramai pun tak berani nak melawannya?
Dara intim teruna FRU