Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

Renungan Bersama Dan Dimana Kita Sekarang ?

A'kum webmaster,

Saya rasa tergerak hati untuk menulis sedikit pandangan saya tentang apa yg reformis panggil BLACK 14. Saya jugak salah seorang penyokong Barisan Alternatif. Setiap kali ada ceramah BA di tempat saya (diKL), saya sertai. Apa yg dicakapkan diceramah BA saya dengar dan segala isi ceramah ada padat dan bernas.

Berbalik pada perhimpunan Black 14 tadi, saya rasalah, ianya tidak menjadi apa-apa kudis atau masalah bagi pihak UMNO / kerajaan. Walaupun kalau Dr.M membenarkan perhimpunan tersebut diadakan, ianya juga tidak akan menjadikan apa kudis. Beliau sengaja tidak membenarkan perhimpunan tersebut dengan alasan untuk menahan pemimpian tertinggi atau Keadilan dan bila pemimpin keadilan ini dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, maka keadilan ketandusan pemimpin dan akan berkubur dalam jangkamasa yang pendek. Bagi mereka, keadilan harus dikuburkan terlebih dahulu sebelum lain-lain dikuburkan.

Bagi saya, perhimpunan black 14 tidak perlu diadakan dan semua orang tau apa akan jadi dan siapa yg akan rugi. Kita dan keluarga kita yg akan rugi. Dr.M tak rugi apa...malah dia dan kuncu2nya akan ketawa sampai ke telinga melihat penyokong keadilan dan yang menyertai perhimpunan tersebut dibelasah (jika adalah). Tentang sdra Lokman yg dikatakan telah berjaya menyerahkan memorandum rakyat pada DYMM, so apa yg DYMM akan buat dengan memorandum tu???adakah DYMM akan buat kertas memorandum tu sebagai kapalterbang kertas atau conteng? Semua penyokong Barisan Alternatif menghargai usaha yg sdra Lokman lakukan. Semua orang tahu DYMM selalu bertitah supaya rakyat menyokong kerajaan yg sedia ada untuk meneruskan pembangunan dan DYMM ini tak ubah seperti seorang PENGERUSI bagi sesebuah syarikat dimana EXEC CHAIRMAN / MANAGING DIRECTOR ialah Dr.M dan lain-lain PENGARAH ialah kuncu-kuncunya. Apa seorang pengerusi dapat buat untuk memluluskan apa yg dibentangkan didalam meeting lembaga pengarah? nothing...ZERO...cuma boleh sign saja.

Saya masih teringat lagi dulu Dr.M pernah berkata Agung dan Sultan pun kerajaan bayar gaji mereka dan duduk diam-diam sudah lah. Selagi Dr.M masih menguasai negara Malaysia, selagi itu lah penat lelah kita takan berbaloi. Kalau Pak Lah naik jadi PM, tak semestinya keadaan akan berubah malah akan jadik lebih teruk. Almaklumlah, orang baru dapat kuasa!!(itu pun belum tentu akan dapat jadik PM..selagi hayat dikandung badan, si bedabah DrM takan berundur!..ingat tu..orang munafik macam tu tak leh pakai apa yg dia kata)

Rakyat negara kita adalah tidak seperti rakyat negara jiran. Rakyat negara jiran sanggup bermandi darah untuk mempertahankan sesuatu. Rakyat malaysia mempunyai sikap yg anih dan pelik iaitu asalkan periuk nasik dia tak dicampuri pasir, dia takan masuk campur. Lantak kau orang la nak demonstrasi ke apa ker...as long as aku dapat gaji setiap bulan dan boleh kesana kesini ngan senang. Pemandu teksi selalunyer berfikiran begini sebab saya selalu menaiki teksi di kuala lumpur dan sering berpura-pura bertanya pasal REFORMASI. Bagi mereka, siapa juga jadik PM,nasib mereka tetap seperti ni jugak..takde perubahan. So bila saya cakap cuba la tukar PM, mungkin nasib u akan berubah, dia kata sapa akan bagi gerenti akan ada perubahan? Bagi mereka,siapa jua jadik PM, apa yg berlaku dalam malaysia, itu dia tak ambil pusing asalkan ada penumpang nak naik teksi mereka. Adakah Anwar ibrahim akan gerenti nasib pemandu teksi akan berubah? Kenapa masa dia dalam gomen dulu, dia tak buat apa2 pun pasal nasib pemandu teksi? So saya malas nak bertekak sebab saya ni penumpang...buatkan dia hantar saya ke tempat lain..naya jer!! Yang sebenarnya pemandu teksi ini tak memahami apa tujuan penyokong reformasi cuba lakukan.

Berbalik pada kisah Black 14 tadi...(dah melarat masuk citer lain lak), walaupun saya juga seorang penyokong Barisan Alternatif, tapi saya sama sekali tak setuju dengan segala perhimpunan jalanan yang dianjurkan oleh sebarang parti gugusan BA dizaman pemerintahan Dr.M. Dari dulu kita boleh tengok apa akan jadi ngan nasib orang yang di tahan, dah la kena gari,masuk lokap pulak, silap haribulan kena buang kerja dan nak kena ulang alik ke mahkamah lagi. Kalau dah kena buang kerja, siapa yg nak tolong bayar hutang kereta, rumah, perabut dan lain-lain? Adakah pemimpin Barisan Alternatif boleh tolong bayarkan?

Mungkin pembaca menganggap saya ni seorang yg tak sanggup nak berkorban untuk kepentingan bangsa, negara dan agama tapi cuba pembaca tenung didalam diri saudara, tengok diluar dan tengok didalam rumah..sebelum bertindak. Kita tidak boleh menganggap perjuangan kita ni seperti dizaman dahulu. Dulu orang tak berani nak fitnah orang. Dulu polis tak berani nak belasah orang awam. Dulu mana ada KLCC. Dulu mana ada segalanya tapi sekarang dah lain. Sekarang semuanya ada dan semuanya BOLEH. Yang tersangat pastinya DUNIA DAH NAK KIAMAT dan orang islam sesama islam bergaduh. Malaysia boleh!! Masalah yang dihadapi oleh rakyat negara Malaysia ini takan dapat diselesaikan cuma apa yang YB dan ahli parlimen Barisan Alternatif dapat lakukan hanyalah membentangkan usul di Dewan Rakyat / Parlimen. Itu pun jika mendapat kebenaran yang Dipertua Dewan. Kalau tidak, letih saja menyiapkan teks. Itu lah sistem demokrasi di Malaysia. Rakyat yang miskin tidak dibantu, rakyat negara jiran yg jauh beribu-ribu batu diderma. Bagi pemimpin UM-NO ni, soal agama diatas dunia tak ada didalam agenda hidup mereka. Mereka hanyalah sekumpulan manusia yang beragama islam yang berpegang pada prinsip `Hidup hari ini ialah untuk hari ini...bila mati lain citer'. Kalau mereka memikirkan apa akan terjadi pada mereka setelah mati, rasanya tidak akan ada laungan REFORMASI kedengaran hari ini.

Begitu juga dengan soal pengharaman Harakah, pihak yang terbabit tak perlulah membuangkan masa dan penat lelah mengutus surat rayuan pada KDN dan tak perlu nak berdemo dijalanan. Biar seribu tahun kita berdemo pun, kerajaan UM-NO tak akan ambil kisah. Mereka telah memutuskan untuk mengharamkan Harakah dah lama dan mereka takan jilat balik apa yg mereka ludah. Mereka berkuasa keatas segalanya tapi mereka lupa mengenai kuasa yang azali. Olehitu biarkanlah mereka hanyut. Kita cuma berupaya menyedarkan rakyat tentang penyelewengan yang pemimpin UM-NO lakukan. Itu saja yang kita mampu lakukan sehingga hari ini. Dulu saya juga salah seorang ahli UM-NO tapi saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada Dr.M kerana telah memecat DSAI. Tanpa peristiwa tersebut, saya dan puluhan ribu rakyat malaysia yang lain mungkin tak akan tahu banyak cerita-cerita ganjil, sex dan anih dibalik tabir. Dulu apa yang mereka buat, saya pun macam burung belatuk..angguk kepala saja tanda setuju!

ASTORA JABAT
Sebelum saya nak tamatkan pandangan saya ni, saya minta laa pada sesiapa yg selalu mengirim e-mail pada Astora Jabat di Mingguan Malaysia, hentikanlah!!. Takde guna u all melayan orang yang boleh diibaratkan seperti seekor burung. Seingat saya ada sejenis burung yg suka berbunyi dan ianya boleh dijumpai dikawasan kampung saja(saya tak tau apa nama burung tu). Jika ada manusia yg mengikuti bunyinya, maka burung ini akan menguatkan lagi bunyinya dan begitulah seterusnya, seolah-olah dia tak mahu mengalah pada kekuatan suara manusia yg mengatasi bunyi.Dalam hal ini, sama jugak ngan Astora Jabat ni. Dia takan mengalah padahal dia tau siapa dia!. Apakah makna Jabat ni? Saya tanya pada kawan saya orang kelantan, kawan saya cakap, Jabat ni adalah satu nama tempat di Siam!. Patutlaa!!

Wassalam.
myLORD.com!!


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com