Tahukah anda ?
KP Imigresen Md. Aseh telah menerima arahan keras oleh
Menteri Dalam Negeri TPM Datuk Seri Abdullah Ahmad
Bedawi berpindah “serta-merta’ ke Jab. Perkhidmatan
Awam ‘cold freezer’..!? Setakat ini arahan itu belum
disiar untuk makluman umum, tetapi telah ditetapkan
berkuatkuasa awal bulan Mei ini.
Tahukah anda apa puncanya ?
Tidak ada sesiapa dikalangan pihak atasan yang tahu.
Baru-baru ini berlaku perselisihan faham antara KP
Imigresen Md. Aseh dengan TPM Datuk Seri Abdullah
Ahmad Bedawi. Kejadian itu berpunca dari kesah seorang
warga Bangladesh telah datang membawa surat yang
ditandatangani oleh TPM Datuk Seri Abdullah Ahmad
Bedawi sendiri berjumpa Md Aseh. Warga Bangla itu
memohon kelulusan imigresen bagi sekumpulan 50 orang
warga Bangladesh. Kerana didapati beberapa dokumen
tertentu tidak lengkap dan permohonan itu
mencurigakan, lalu ia tidak dilayan oleh Md. Aseh.
Apa yang sangat mencurigakan Md. Aseh dan menjadi
tandatanya kepada beliau ialah apa perlunya TPM
sendiri menghantar ‘covering note’ menggunakan
‘letter-head’ KDN dan menandatangani sendiri surat itu
mengarahkan Md. Aseh personally meluluskan? Sekiranya
ia permohonan kemasukan biasa pekerja warga asing,
apa perlu campurtangan TPM Abdullah Bedawi begitu
sekali? Kerana Md. Aseh enggan meluluskan, terbitlah
pertengkaran kecil antara beliau dengan Datuk Seri
Abdullah Ahmad Bedawi. Dengan itu beliau telah
menerima arahan keras secara langsung dari TPM
merangkap Menteri KDN “bertukar serta-merta’.
Md. Aseh telah berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohammad menerangkan kejadian itu. Tetapi
Dr. Mahathir Mohammad buat muka “cool” selamba sahaja
tanpa sebarang komen. Kerana Md. Aseh tikdak dilayan
PM, beliau pulang ke pejabat dengan perasaan sangat
kecewa.
Tahukah anda mengapa Datuk Seri Dr. Mahathir bersikap
begitu?
Beberapa pihak “inteligensia dalaman” (pihak mana? Itu
rahsia) telah tercium satu Skim Terperingkat yang
dikendalikan oleh segelintir individu kepercayaan
‘top’ Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad iaitu Datuk
Aziz Shamsuddin.
Skim itu merancang untuk menubuh satu gerombolan
‘askar upahan’. ‘Gerombolan upahan’ itu terdiri dari
pasukan ‘berani mati’ yang terlatih secukupnya dan
dilengkap dengan peralatan a la ‘Rambo’. Tugas mereka
adalah untuk melaksana satu rancangan kontigensi
‘menyelamat’. ‘Gerombolan upahan’ itu ditugaskan
merancang, mengendali dan menjamin keselamatan diri
Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad,
keluarga dan kroninya jika berlaku sebarang huru-hara
dalam negeri. Sumpah “berani mati” Gerombolan itu
ialah untuk mempertahankan individu tertentu
sekeliling Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad sehingga
mereka selamat dilarikan keluar negara. Mereka akan
hanya dikerah serta-merta pada bila-bila masa
sekiranya berlaku sebarang kekacauan huru-hara dalam
negeri yang mengancam keselamatan peribadi Datuk Seri
Dr. Mahathir, dll.
Jangan anda tidak sedar :
Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad telah
mendapat ‘cue’ dari apa yang berlaku terhadap Nawaz
Sharif di Pakistan. Berita risikan terbaru merumuskan,
Dr. Mahathir tidak yakin lagi dengan ATM untuk
diserahkan merancang, mengendalikan dan menjamin
keselamatan diri beliau, keluarga dan kroninya jika
berlaku sebarang huru-hara. Beliau tahu ATM dianggotai
oleh orang Melayu yang kuat semangat kebangsaan dengan
Motto “Cintakan Negara, Bangsa dan Ugama” dengan
eligience mereka tertakluk secara langsung dibawah
bidang kuasa Yang Di Pertuan Agung. Kerana itu, Datuk
Seri Dr. Mahathir Mohammad telah dinasihatkan oleh
beberapa individu terdekat dengan keluarga beliau
supaya bertindak pantas merekrut anggaran 200 – 400
askar upahan khas dari beberapa negara, khasnya warga
Bangladesh. Anggota “Rambo” melindungi identiti mereka
dengan menyamar sebagai pekerja biasa dibeberapa
kilang tempatan. “Gerombolan” ini dibiayai peruntukan
sejumlah wang puluhan juta (ratusan?). Pihak
Inteligensia dapat tahu “clue” sumber wang diketahui
(perlu dirahsia).
Sedikit masa dulu skim ini dikendalikan oleh Aziz
Shamsuddin. Hasilnya, sebahagian dari kumpulan
‘Gerombolan upahan’ ini telahpun menyusup masuk dan
telah berada di negara ini dengan uruskendali Aziz.
Sekarang TPM Datuk Seri Abdullah Ahmad Bedawi
merangkap Menteri Dalam KDN telah termasuk dalam
kumpulan perancang utama.
Ambil ingatan, Skim ini tidak diketahui umum lagi.
Tetapi perkembangan terbaru ini adalah melampau.
WASPADA!
“Deepthraot_atm’