Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

Kemiskinan - Rakyat pelu disedarkan

Marang : Kerajaan menyeru semua agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) memainkan peranan masing-masing bagi menyedarkan rakyat seluruhnya supaya tidak bergantung harap kepada bantuan kerajaan semata-mata bagi mengatasi masalah kemiskinan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan Negeri, Y.B. Haji Abu Bakar Abdullah berkata kerajaan akan memastikan rakyat negeri ini hidup dengan baik dan mendapat pengagihan yang saksama dari hasil kekayaan negeri menjelang alaf baru.

Katanya, kerajaan menguatkuasakan kenaikan bayaran bantuan am golongan miskin Terengganu mulai April ini bukan sebagai skim galakan untuk tujuan berlumba-lumba bagi mendapatkan bantuan kebajikan tetapi sebagai usaha meringankan bebanan golongan miskin.

Haji Abu Bakar berkata kenaikan bayaran itu bersesuaian pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada al-Yaum di Majlis Taklimat Pejabat Kebajikan Daerah Marang di sini, semalam.

Kadar bantuan am dinaikkan dari minimum RM50 kepada RM100 sebulan manakala maksimum dari RM150 kepada RM250 sebulan.

Haji Abu Bakar berkata bagi mengatasi masalah golongan ‘miskin tidak produktif’, kerajaan meminta NGO turut memberi sumbangan material dan spritual agar mereka berkeupayaan berdikari bagi memastikan

Dipetik daripada Al-Yaum


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com