Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Orang ramai kini boleh menyemak Daftar Pemilih 1999 yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 Feb lepas.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Muhamad Aszahari Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini berkata daftar pemilih berjumlah 9,509,332 itu boleh disemak melalui laman web SPR di http://www.spr.gov.my/

Katanya semakan itu juga boleh dibuat melalui telefon ke ibu pejabat SPR dan pejabat-pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara. SPR menasihati orang ramai supaya membuat semakan untuk memastikan nama mereka yang telah mendaftar terdapat di dalam daftar pemilih semasa.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com