Assalamualaikum wm wbt,
Warga Malaysia,para mukminin dan pejuang PAS yang dihormati sekealian.
Rasanya cukuplah kita bergembira meraikan kemenangan PAS di Terengganu,sebaliknya bersedia untuk menghadapi perancangan musuh untuk merampas kembali Terengganu seterusnya meneruskan agenda jahanam mereeka terhadap umat Islam di Malaysia.
Sama ada disedari oleh kepimpinan PAS atau tidak,kami yang berada di bumi Mesir ini sedang di serang hebat oleh UMNO.
Kebelakangan ini,menteri-menteri silih berganti datang berkempen di sini,dan kehadiran pelajar adalah memuaskan .
Saya mengharapkan agar pihak PAS melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan,kesan daripada syarahan-syarahan itu,ada yang mendatangkan kesan kepada pelajar. Ingat target ,mereka pilihanraya 2004.
Walaupun ada segelintir sahabat-sahabat di tanahair yang mempertikaikan sejauh mana penglibtana siswa-siswi Al Azhar di Malaysia,seolah-olah kami di sini tiada saham di dalam kemenangan itu,kami dapat mengurut dada bersabar di atas segala tohmahan.
Namun,anda akan menghadapi masalah,sekiranya nanti bertambah ramai lepasan Al Azhar yang menjadi UMNO akibat kelalaian PAS pada hari ini.
Kami boleh berbangga dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz dan T.G Hj Abd Hadi lepasaan Al Azhar...namun dalam masa yg sama kami ingin mengingatkan bahawa Hamid Othman dan Wan Mokhtar serta ramai lagi pun adalah darai institusi yg sama.
Antara Menteri yang datang ke sini dalam tempoh empat bulan ini,Anuar Musa (bekas Menteri),Hamid Albar (bulan 3 lalu),Kadir Sheikh Fadzil (semalam 15/4/2000),akan datang Menteri Pendidikan (bulan Mei) dan Mahathir (bulan 6). Walaupun kehadiran mereka atas nama tugas atau portfolio ,namun zyarahan mereka banyak berkisar PAS UMNO.
Saya secara peribadi sudah mempertikaikan persatuan persatuan pelajar (persatuan anak-anak negeri dan persatuan induk )yang memberi laluan kepada pihak kedutaan sehinggalah program program menteri dihadiri oleh ramai pelajar. Hantarlah penceramah-penceramah dan pimpinan-pimpinan PAS utk cover balik. Tolonglah,jangan biarkan.
Saya sedih melihatkan banyak kawan kawan yang sudah terpengaruh terutamanya dari Negeri Sembilan dan Johor.Saya bimbang tahun 2004,ustaz/ustazah lepasan Al Azhar inilah yang akan bertindak megimpin utk umno di kampung kampung.
Saya hanyalah pemerhati politik persendirian di sini,namun saya sedar,kalau saya tidak bersuara takut-takut masalah ini tidak sampai kepada pimpinan PAS di Malaysia.
Sekian
Wassalam
Hamba Allah
Ahli PAS