Petikan :
Tranung Kite eGroups
Pemasalahan
Assalamualaikum w.b.t
saya ada masalah.. saya menegur kawan saya yang tak sembahyang dan
tak suka tutup aurat.. saya menerima jawapannya sebegini...
"alah.. orang yg tak semayang dan tak tutup aurat tak semestinya lebih baik
daripada orang yang sembahyang dan tutup aurat..
sembahyangpun kalau tak khusyuk apa guna, ntah sah ker tidak... buat penat
badan jer.. baik tak sembahyang langsung"
apa yang harus saya katakan kepada kawan saya ni.. harap ada yg dapat
membantu.. a'kum dan terima kasih..
RESPON PERMASALAHAN
Pertama sekali, ana bukan nak tunjuk pandai. Hanya setakat ingin menyumbangkan sedikit
ide dan pandangan dari pengalaman dan dari apa yang saya tahu.
Di bawah ini diperturunkan beberapa kaedah untuk mengatasi masalah saudara.
1. Biasanya orang yang begini tidak akan mendengar nasihat yang baik, apatah lagi kalau
kita cuba dengan mendatangkan dalil dari nas al-Quran dan al-Hadis, dia hanya akan
menutup telinga; jadi ketakburannya itu kita balas pula dengan ketakburan (sebagai
pengajaran). Dalam hal ini ana pernah dengar kalau tak hadis mungkin kata-kata hikmah
ulama (tak berapa pasti tentang sumbernya-harap maaf : jika ada siapa-siapa yang dapat
sahkan sumbernya adalah sangat-sangat dialu-alukan) yang berbunyi (lebih kurang) :
"Takabur(pengajaran) keatas mereka yang takabbur itu sedakah"
caranya:
Kalau kebiasaan anda mengajak kawan anda kemana-mana, cubalah satu hari anda nyatakan
akan pergi ketempat yang menjadi kegemaran anda berdua, tapi jangan sekali-kali
mempelawanya. Cuba lakukan beberapa kali sehingga ia bertanya, kenapa anda tak
mengajaknya bersama. Kalau dia bertanya; peluang anda menjawab secara bersopan;
begini"saya sebenarnya malu nak ajak anda ketempat itu, takut anda tak mau, sebab saya
ajak anda sembahyang pun anda tak mau, malu pulak rasanya jika anda jawab macam-
macam, ya lah... kita ni kadang boleh bersabar, kadang-kadang pula boleh hilang sabar,
daripada berlaku apa-apa yang tak diingini lebih baik saya elakkan demi kawan..!"
Tunggu respond darinya....kalau dia menjawab dan membangkitkan isu lama yang menjadi
punca ketersinggungan anda: peluang anda untuk bertindak seterusnya: begini"saya
sebenarnya takut kalau anda mati, saya terpaksa turut menyembahyangkan anda, sedangkan
anda sendiri berpendapat "tak payah sembahyang" jadi saya membayangkan, kalau ketika itu
anda boleh bercakap, tentu anda akan marah semua orang yang cuba menyembahyangkan
anda. Nyatakan juga bahawa mulai dari sekarang anda tidak akan cuba mengajaknya
sembahyang, kerana takut dengan ajakan anda itu dia semakin jauh terpesong (murtad
melalui perkataan)," maklumlah nak balas hujjah anda saya memang tak mampu (merendah
diri) kerana saya memangpun tidak memiliki ilmu agama".
PENDEK KATA kita cuba guna logik dan diplomasi dengan orang begini.
2. Kalau anda tahu mengenai tarikh lahirnya, maka semasa majlis hari jadinya, bolehlah anda
cuba hadiahkan buku-buku yang sesuai untuk menjinakkannya dengan agama. Kaedah ini
biasanya berkesan tetapi memakan sedikit masa.
3. Mengajaknya bertemu dengan mereka yang boleh memberikan jawapan yang memuaskan
hatinya. Cubalah anda sendiri yang mengajukan soalan yang serupa dan memberi jawapannya
di hadapan "alim" itu, seolah-olah anda yang punya masalah, dan cuba libatkan kawan anda
untuk memberi pandangan di hadapan orang alim itu.biasanya orang alim akan diberi "ilham"
oleh Allah dalam menghadapi masalah begini.
4. Atau, mulai hari itu, anda mesti menunjukkan satu sikap yang manandakan anda terkilan.
Seperti, kurangkan bercakap dengannya kecuali yang benar-benar perlu sahaja, tetapi anda
jangan lupa mengajaknya sembahyang dengn penuh hikmah, jika ia cuba timbulkan masalah,
anda hendaklah terus mengelak dengan alasan yang manis.
5. Atau, mulai dari satu tarikh (yang anda tentukan), anda cuba boikot beliau, tapi jangan
sampai tiga hari tak bercakap. Ulangi setiap kali sehingga menampakkan kesan positif.
Tunjukkan bahawa anda lebih suka berkawan dengan orang yang suka sembahyang
berbanding beliau, supaya beliau juga mengubah sikap.
saya rasa itupun sudah memadai untuk dicuba.
kalau boleh kita selalulah juga mendoakannya agar hatinya terbuka untuk bertaubat.
sekian,
AZHARI(S)