Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

"Mickey Mouse" yang menghina Islam !

Assalamualaikum,

Mesej ini berkaitan dengan sebuah laman web, the official Messiah Mickey homepage di alamat http://garnet.acns.fsu.edu/~rdm5570/

Setelah dibuat sedikit pemerhatian, didapati laman web ni boleh Memesongkan AQIDAH, terutamanya anak-anak Islam. Sebab :

1) Dalam web ini, watak utamanya, MESSIAH MICKEY (Messiah = Masihi, @ nabi Isa) disalibkan.

2) ruangan History - diceritakan kononnya Walt Disney adalah Tuhan, Mickey adalah anak Tuhan (macam Jesus).

3) ruangan News - Mickey Acquires Islam! - ada gambar Masjidil Haram, tapi Ka'abah telah DITUKAR kepada glob putih, seperti terdapat di Walt Disney World (barangkali). Ruangan ini juga tertulis nama Islam bagi Mickey ; Muhammad Mickey.

4) ruangan J4KIDS (just for kids) - kisah sejarah nabi-nabi & penciptaan alam. Antara lainnya kisah penciptaan Nabi Adam & Hawa, Kisah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dll. Semuanya telah diselewengkan.

cth: Nabi Nuh digambarkan seorang yang mementingkan diri sendiri & tidak mengajak kaumnya ikut bersama-sama ke atas bahtera yang dibina kecuali kaum keluarganya shj. Nabi Nuh juga kononnya menipu jirannya supaya beliau tidak diselamatkan ketika berlaku banjir besar.

Kesimpulannya : kisah-kisah ini membuatkan kanak-kanak yang membacanya berasa benci dengan Tuhan kerana beberapa `ketidak adilan' di dalam cerita-cerita yang telah diselewengkan.

Kami juga mengandaikan bahawa laman web ini adalah milik orang perseorangan atau suatu badan yang sedang giat menyebarkan dakyah- dakyah untuk menyelewengkan penganut-penganut agama wahyu khususnya Islam, bukan milik Walt Disney Company, pemilik hakcipta watak Mickey Mouse dll.

Sekiranya saudara-saudari berasa terpanggil untuk membuat sebarang komen/bantahan untuk penyelewengan ini, hantarkan ke alamat : mickeymouse121@excite.com (pemilik laman web Messiah Mickey)

atau pergi ke alamat di bawah untuk menghatar bantahan anda ke pengurusan Walt Disney Co. (International Site). Seharusnya mereka perlu memberikan ulasan untuk perkara sebegini. http://disney.go.com/mail/international/

Honda


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com