Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

Akhbar fitnah baru berada "di pasaran pendalaman".

Semalam saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada "orang kuat UMNO Dungun". Dia beritahu banyak kali dah nak telefon tapi tak sempat... Kadang-kadang telefon saya tak ada di rumah. Memanglah saya sibuk sedikit sejak akhir-akhir ini...

Rupanya dia nak beritahu saya tentang "AL-HAQ" akhbar Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baru diterbitkan. Dia beri saya satu salinan untuk saya buat komen dan penilaian. Saya pun hubungi Ketua Penerangan Pemuda untuk memdapat sedikit pandangan. Dia beri laluan kepada saya... Kata-kata akhirnya "...kalau tikam musuh, tikam sampai mati".

Akhbar yang ada no. permit iaitu PP 8911/4/2000, harga 80 sen senaskah. Diterbitakan oleh Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan Di cetak oleh Aspirasi Teras Sdn Bhd, Gong Badak. Bilangan muka surat ialah 12.

Apa yang nak diberi ulasan untuk hari ini ialah :-

1. Tiada perkataan 'UNTUK AHLI SAHAJA'.... seperti HARAKAH.
Apakah UMNO boleh berbuat sesuka hati kerana dia memerintah sebagaimana dia memerintah Terengganu dia boleh buat sesuka hati. Semua harta kerajaan dinggap harta mak bapak dia.... Kita nak sewa (bukan nak guna percuma) dia tak bagi. Akhirnya bila kita memerintah dia kata kita tak nak bagi balai raya... Orang yang buat jahat kepada orang lain akhirnya malu pada diri sendiri... Itulah UMNO.

2. Tiada nama pengarang
Tak tahu sebab pengarang takut ke nak dedah diri... atau hanya seorang aje pengarang...(yang baru pencen...dulu kerja dengan Ayah Wan). Bila saya teliti rupa ada kebenarannya juga sebagaimana yang diberitahu oleh kawan UMNO saya tu...

3. Semua berbentuk fitnah buka berita
Yang ini saya akan ulas kemudian....

...bersambung

Tok Ayah


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com