Saudara/i ku sekalian.... Ketahuilah bahawa lagi cepat orang Melayu yang bangga sangat dengan pengakuan Islam kita ini sedar tentang betapa senangnya hukum kafir boleh terjatuh ke atas kita, lebih cepat Malaysia akan bebas dari kezaliman yang sedang mencengkam kita dan seterusnya bangun menuju kepada kejayaan yang sebenar.
Aku dok tengok kau orang tak habis2 berbahas dalam FGR ini nak menangkan regim pemerintahan yang berwalikan kepada Taghut di negara ini sampai terlupa kau orang nak pikir sikit tentang benda paling asas sekali yang wajib setiap individu yang mengaku Muslim itu pikirkan. Tilik sikit dalam diri kau orang tentang hal ini……
Sebenarnya kita terlupa tentang betapa halusnya garis pemisah di antara iman dan kufur. Yang kita ingat ialah asalkan kita ini orang Islam dan sudah bersyahadah, maka kononnya sudah selamatlah kita. Kononnya syurga itu pasti menjadi milik bagi orang2 yang melafazkan syahadah kerana dengan jahilnya kita begitu kuat sekali memegang kepada janji2 Allah dan Rasul yang berkata demikian. Disebabkan ini, kita pun boleh terus happy2 dan relax2 tak payah risau tentang apa2 lagi. Maka demi untuk mempertahankan sangkaan yang sesat lagi menyesatkan ini, hadis2 Nabi yang berkaitan dengan hal ini digali dan dikemukakan bagi mententeramkan jiwa manusia2 yang sudah buta hati ini. Kita lupa bahawa janji2 balasan syurga yang indah ini hanyalah ditujukan kepada orang2 mukmin yang benar2 mendirikan kalimah syahadah itu dalam kehidupan mereka dengan usaha yang bersungguh-sungguh, dan bukan setakat melafazkannya sahaja macam burung kakaktua.
Malangnya, hadis2 Nabi dan ijma' ulamak mengenai perkara2 dan perbuatan2 yang boleh membatalkan syahadah kita, langsung kita tidak mahu ambil tahu. Dan yang paling menyedihkan ialah ayat2 Allah yang begitu jelas sekali mengancam akan menghumban orang2 yang menghina dan memperolok-olokkan ayat2 Nya dan Rasul2Nya ke dalam neraka jahanam hingga kekal abadi itu pun kita sengaja tak mahu faham. Dengan ketulian kita yang sungguh tidak terperi ini, kita masih mahu menyangka bahawa ayat2 ini kononnya tidak ada kaitan dengan sesiapa yang sudah melafazkan syahadah. Sebenar, jika inilah pegangan kita, kita sudah termasuk dalam kategori orang2 yang sudah pun mabuk dan terperangkap dengan khayalan dan janji2 syaitan yang sudah pun berjaya menyesatkan kita.
Disebabkan perasaan yakin yang tak bertempat ini, kita pun semakin hanyut dan tertenggelam dalam alam khayalan kita sendiri yang penuh dengan kesesatan. Kita langsung tidak menyedari bahawa dengan bersikap begini, jarak kita dengan neraka menjadi semakin hampir setiap saat yang berlalu. Dengan semakin jauh kita dalam kesesatan ini, kita menjadi semakin angkuh dan rasa tidak takut lagi untuk membuat berbagai-bagai kemungkaran. Malah lebih dari ini lagi, kita terus menerus seronok menjadi salah seorang dari penyokong kepada orang2 yang sudah jelas mengingkari ayat2 Allah. Sudahlah kita berlaku zalim kepada diri kita sendiri, kita tambah pula dosa kita dengan menjadi penyokong kepada kezaliman yang hasilnya memberi kesan yang lebih besar kepada ramai orang lain. Kita jadi begini kerana kita tipu diri kita dengan mengambil sikap yang hanya mahu mempercayai bahawa Allah itu HANYA mempunyai sifat2 yang Maha Penyayang (Ar-Rahim) dan Maha Pengampun (Al-Ghafar) sahaja. Sebaliknya sifat2 Allah yang Maha Perkasa (Al-Aziz & Al-Qawiy), yang Maha Gagah (Al-Jabbar), dan Yang Maha Memurkai & Menuntut Balasan (Al-Muntaqim) langsung kita tak mahu ambil hirau. Kita ingat Allah ini macam budak2 kecik kononnya.
Lupakah kita bahawa Allah itu adalah Tuhan yang mencipta kita dan segala-galanya yang wujud di seluruh alam semesta ini? Lupakah kita bahawa Allah memiliki segala-galanya? Lupakah kita bahawa kita akan menghadap Allah satu hari nanti samada kita suka atau tidak untuk diadili segala amal dan perbuatan kita semasa hidup di dunia sekarang? Lupakah kita bahawa disamping sifat2 Allah yang lembut dan penyayang itu Dia juga mempunyai sifat yang amat benci kepada hamba2Nya yang ingkar kepadaNya? Lupakah kita bahawa Allah juga sudah berjanji yang Dia tidak akan mengampunkan langsung dosa2 orang yang syirik dan menyekutukanNya? Lupakah kita bahawa Allah telah berjanji tidak akan menilaikan dan ambil kira apa2 amalan orang2 yang syirik dan kafir kepada ayat2Nya samada sebelum atau selepas dia melakukan dosa syirik itu? Lupakah kita bahawa balasan bagi orang2 yang begini adalah siksaan di dalam neraka Jahannam yang kekal abadi itu? Lupakah kita kepada semua ini???
Sebab itulah aku dah kata dari dulu lagi, muhasabah diri cepat2. Tanya diri kita samada apa yang kita lakukan selama ini dengan secara sedar atau tidak boleh membatalkan syahadah kita atau tidak. Dalam hal ini, aku dah berkali-kali ingatkan kau orang bahawa perbuatan2 seperti menghina hukum2 Allah dan mempersenda-sendakan sunnah Nabi SAW itu semua masuk dalam kategori yang membatalkan syahadah kita. Ini semua adalah perbuatan kafir musyrik yang sombong, bongkak dan angkuh. Dosa itu tidak terampun selagi orang yang melakukannya tidak bertaubat kerana ia termasuk dalam dosa Syirik Hakimiyah, yakni mensyirikkan Allah dengan menghina hukum-hakamNya. Semua ulamak telah bersepakat tentang hukum ini. Na'uzubillah hi min zalik. Dosa yang sama juga disabitkan ke atas penyokong2 kepada orang yang melakukan perbuatan2 biadab ini. Dalil2nya sudah puas aku postkan di FGR ini berkali-kali dan di sini aku post-kan sekali lagi supaya kau orang boleh membacanya lagi.
[At-Taghaabun (64) : 10] "Dan orang2 yang kafir dan mendustakan ayat2 Kami, mereka itulah penghuni2 neraka dan mereka kekal di dalamnya. Di situlah seburuk-buruk tempat kembali."
[Al-Kahfi (18) : 103 - 106] "Katakanlah : Apakah mahu Kami beritahu kepadamu tentang orang2 yang paling rugi akan perbuatan mereka? Mereka itulah orang2 yang sia2 perbuatannya dalam kehidupan semasa di dunia sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sedang berbuat sebaik-baiknya. Mereka itulah orang2 yang kufur (ingkar) terhadap ayat2 Allah dan kufur terhadap hari di mana mereka akan dihadapkan untuk berjumpa dengan Allah. Maka hapuslah segala amalan2 mereka, dan Kami tidak akan menilaikan walau sedikitpun amalan2 mereka di hari Kiamat nanti. Demikianlah keadaan mereka. Balasan bagi mereka adalah neraka Jahannam, disebabkan oleh kekafiran mereka dan disebabkan oleh kerana menjadikan ayat2 Ku dan rasul2ku sebagai olok2."
Bagi penyokong2 kepada orang yang melakukan perbuatan biadab ini pula, Allah pun telah menjanjikan neraka bagi mereka juga kerana Allah menganggap mereka itu sama saja seperti yang membuat dosa besar itu :
[An-Nisaa (4) : 140]
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar dan kemudian mengingkarinya serta memperolok-olokkannya, maka janganlah kamu duduk berserta mereka sehinggalah mereka itu memasuki perbicaraan lain, yakni kembali bertaubat. Kerana sesungguhnya jika kamu masih bersama mereka, tentulah kamu ini pun serupa sahaja dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang2 yang munafiq dan orang2 kafir di dalam Jahannam."
Oleh itu, lagi cepat orang Melayu faham tentang apa yang aku sedang cuba nak ingatkan kau orang di sini, lebih cepatlah negara kita akan bebas dari kezaliman dan menjadi selamat kerana semua orang akan tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk menyelamatkan diri dan keluarga masing2 dari azab siksaan Allah ini. Ini adalah kerana sudah pasti kita akan berasa insaf dan gerun kepada ancaman Allah yang begitu keras ini dan akan tanpa lengah2 lagi bertindak segera untuk berlepas diri dari sistem Taghut yang begitu sesat dan menyesatkan ini. Fikirkanlah tentang mati wahai saudara/i ku.... Fikirkan tentang azab neraka Allah itu yang sedang menunggu mereka yang begitu kafir sekali kepada ayat2Nya.
[An-Nisaa (4) : 56]
"Sesungguhnya, orang2 yang kufur dan ingkar kepada ayat2 Kami, kelak Kami akan masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami gantikan kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka akan merasakan azab ini (secara berkekalan). Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Ini persoalan serius. Ini soal iman-kufur. Ini soal syurga-neraka yang bersifat kekal itu. Kalau kita mengaku Islam dan beriman kepada Allah, RasulNya, dan Hari Akhirat yang kita semua bakal tempuhi samada kita suka atau tidak, marilah kita sama2 ambil perhatian tentang perkara ini dengan serius.
Sempena Maal Hijrah hari ini (6/4/00), marilah kita sama2 perbetulkan aqidah kita dan berusaha dengan tekun untuk memantapkannya, berhijrah dari kebatilan kepada kebenaran menuju jalan yang diredhai oleh Allah, dan berjihad dengan tanpa henti2 menumbangkan Taghut yang zalim itu. Marilah kita bersama-sama merapatkan diri dalam satu saff dan berjihad untuk tegakkanlah kaliman tauhid "La ilah ha illallah" itu dengan sebenar-benarnya sehingga mautlah yang akan memisahkan kita dari tanggungjawab ini. Islam mesti memerintah, bukan diperintah!
Tok Misai
tokmisai_2000@yahoo.com