Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

Perbezaan perjuangan UMNO dan PAS/BA

Jika kita menilai sesuatu perjuangan itu diatas pencapaian ataupun atas sifat sifat peribadi pengikutnya, maka sampai bila pun kita tidak akan dapat melihat kepada kebenaran yang sebenarnya yang ingin dibawa oleh perjuangan itu. Kita mesti kembali kepada punca ataupun sumber perjuangan itu sendiri. Dalam segi perjuangan PAS/BA dan UMNO, kita perlu rujuk kepada Menifesto mereka untuk menilai mereka, bukan kepada kehebatan mereka atau apa yang telah mereka capai dan bawa atau pun kedudukuan mereka dimuka Bumi ini. Yang mana lebih hampir kepada kebenaran yang dikehendaki oleh Allah swt itulah yang kita terima.

Jika kita merujuk kepada pencapaian meterial untuk menilai sesuatu perjuangan itu, maka disinilah kita silap besar. Kita lihat orang orang yang diluar Islam, pencapaian mereka hebat belaka, setakat bangunan macam KLCC dan KLIA, lagi berlambak dinegeri mereka, dari segi teknologi kita jauh ketinggalan dibelakang, dari segi ekonomi mereka mengusai ekonomi seluruh dunia dari segi penerokaan mereka telah sampai ketempat yang mana tidak pernah tersampai dan terfikir untuk sampai oleh orang orang Islam, dari segi kehebatan berpakaian mereka lebih hebat dari kita, dari segi menikmati kehidupan apa saja yang mereka mahu hari ini mereka boleh dapati, apakah mereka didalam kebenaran dan perjuangan mereka yang benar? Jika inilah yang menjadi sandaran kepada kita untuk menilai kebenaran dan perjuangan yang benar, maka hari ini umat Islam kena keluar dan tinggalkan Islam, kerana Islam hari ini telah ketinggalan dalam serba serbi dan hampir segala hal.

Tetapi kita tidak mengukur kebenaran dan perjuangan yang benar begitu, kita tidak melihat kepada pencapaian mereka tetapi kita melihat kepada pegangan mereka. Kita lihat kepada sumber mereka(kitab)dan kita lihat kepada sumber kita(Alquran). Dari sumber sumber inilah kita tahu bahawa walaupun kita ketinggalan tetapi dari segi yang Haq kita lah yang benar dan kitalah yang mendahului mereka. Dan dari sumber inilah juga kita tahu ketinggalan kita adalah berpunca dari sikap dan perbuatan kita sendiri bukan berpunca dari kebenaran dan perjuangan kita.

Begitulah antara PAS dan UMNO kita perlu kembali kepada sumber perjuangan mereka. Satu ditubuhkan demi untuk membawa kita merdeka dan kembali kepada Islam dan satu lagi ditubuhkan demi untuk membawa kita merdeka dan berkongsi kuasa dengan orang orang kafir. Fikirkanlah sendiri perjuangan yang mana lebih mulia, yang ingin berjuang untuk Islam ataupun perjuangan yang telah menyebabkan sebuah negeri milik orang orang Islam menjadi negara kafir.

Allah berkali kali didalam Alquran menyuruh kita berfikir dan menggunakan akal kita dalam menilai sesuatu kebenaran itu, tetapi sayang seribu kali sayang hari ini kita telah tidak menggunakan akal, tetapi telah menggunakan mata kita sahaja untuk membuat penilaian. Untuk ini Allah telah memberi amaran kepada kita melalui firmannya.'..Allah menimpakan kehinaan kepada orang orang yang tidak mempergunakan akalnya." Yunus:100

tukjanggut



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Balik Semula Laman Tranung Kite