Kami mengesyaki node-node tertentu Telekom Malaysia (yang mengendalikan talian ISP Jaring & tm.net) telah sengaja didowngrade (sama ada dengan mengurangkan jumlah modem, menyempitkan bandswidth atau lain-lain) bagi mengelakkan pengguna mengakses ke internet. Alasan yang diberikan ialah 'terdapat sedikit kerosakan' dan 'sedikit kerosakan' ini telah melampaui seminggu.
Kita difahamkan, pihak berkuasa tidak akan menapis bahan-bahan di internet sebagai jaminan dalam pelaksanaan projek mega MSC. Bagaimanapun, jaminan tersebut telah memakan diri dan pihak berkuasa seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada dilihat/diketahui cuba melakukan penapisan di internet.
Bagaimanapun, mereka boleh melakukan kerja-kerja kotor di balik tabir dengan mengarahkan Telekom Malaysia 'berbuat sesuatu' bagi menyukarkan pengaliran maklumat khusunya yang berkaitan dengan gerakan pro-reformasi. Ini disebabkan pihak berkuasa telah kehilangan punca bagi menyekat kemaraan gerakan reformasi yang dilakukan di ruang siber.
Keperluan untuk pihak berkuasa menyekat pengaliran maklumat di internet semakin mendesak menjelang perhimpunan rakyat 'Black 14' dan seterusnya perhimpunan agung umno.
Sila dapatkan maklumbalas (kalau boleh PW laman-laman yang masih dapat beroperasi seperti biasa) mengadakan 'poll' khas bagi mendapatkan maklumbalas drp pengguna sama ada mereka ada menghadapi apa-apa masalah utk mengakses internet sejak akhir-akhir ini. Jika respons menunjukkan satu trend yang luarbiasa, sesuatu tindakan secara kolektif perlulah diambil bagi menghalang pihak berkuasa 'mengganggu talian internet'.
Adalah diharapkan para pengunjung yang dapat mengakses kenyataan ini dapat menyalin dan mengirimkan kpd Sdra Ezam. Lim Kit Siang, Harakah, Malaysiakini. Amin Sapiro, Marhaintua dll agar mereka turut sama memantau keadaan ini dan mengambil tindakan bersesuaian dengan kadar segera.
Kepada pihak Telekom, kami tidak menggunakan perkhidmatan anda dengan percuma.
Kerjasama semua amat dihargai. Terima kasih. (hanya inilah satu-satunya mesej yg dapat dihantar sepanjang hari ini 6 April)
SAMARITAN