Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Syahadat Mahathir...baru punya ke..

2000/05/17

" Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah"

Inilah rupa kalimah tauhid yang diikuti dan dihayati oleh PM kita. Syahadat yang kedua iaitu

" dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Telah hilang dari minda dan fikirannya.

Sedarkah Mahathir bahawa mengucapkan kedua kalimah syahadat mengandungi pengertian bahawa seseorang itu menjadi muslim yang mana difardukan ke atasnya segala hukum Islam. Pengucapan syahadat itu hendaklah disertai dengan melaksanakan perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jadi macamana Mahathir tidak mahu bersyukur dan berterimakah kepada Nabi Muhammad yang kita cintai. Tanpa Nabi Muhammad, wahyu Allah tidak akan dapat dipegang dan diamalkan serta menjadi pedoman hidup kita.

Boleh masuk syurgakah Mahathir???Timbul pertanyaan ini dibenak hati saya selepas mendengar ucaptama beliau di persidangan Umno dulu. Kerana Dua kalimah syahadat itu adalah dilaksanakan sebagai ANAK KUNCI yang dengannya manusia masuk kedalam alam keselamatan (ISLAM) dan dengan kalimah ini juga manusia dimasukkan ke dalam syurga.

" dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Ucapan yang kedua ini memberikan kesan kepada yang mengucapkannya; bahawa dia menyatakan dirinya tunduk, percaya dan menjadi pengikut Nabi Muhammad saw. Oleh sebab itulah kita perlu menurut tanpa ragu-ragu terhadap kepimpinan dan sunnah Rasulullah.

Di dalam syahadat kedua ini harus terdapat dua pengetahuan

i. Bahawa Nabi Muhammad itu adalah nabi dan Rasulullah untuk semua umat manusia sampai ke akhir zaman kelak

ii. Bahawa Nabi Muhammad itu adalah nabi dan Rasulullah yang terakhir, selepas beliau tidak ada lagi seorang nabi dan rasul. Tetapi Mahathir begitu mudah merendahkan martabat rasul yang kita cintai ini.

Ingat dua kalimah syahadat ini adalah perkara paling pokok atau menjadi paksi kepada keislaman. Jadi kita boleh menilai sendiri adakah Mahathir yang selalu bercakap tentang Islam itu Islam atau sebaliknya???

Allah berfirman

" Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan kepada manusia untuk memberikan berita gembira dan berita peringatan" Surah Saba' 28

Hatta Iblis sendiri mengakui kerasulan Nabi Muhammad saw inikan pula manusia yang bergelar Mahathir yang sudah lupa "berterimakasih" atau secara tidak langsung tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad saw.

Lebih teruk daripada Iblis Laknatullah.

Buat Mahathir bertaubatlah...

Wallahualam

anak_adam


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com