Dr. AQ~ siri 2 (d) MELAYU BERPECAH :
SIAPA
YANG TERPERANGKAP DAN SESAT ?
Siri 2 (c)
membentangkan pendapat mengenai kedudukan “igama” dengan pengertian peraturan
Tuhan yang berbeza dengan makna agama dan ugama yang makna masing-masing
sebagai peraturan sivil-jenayah dan budaya. Manakala ad-din
yang merupakan istilah yang tepat tetapi kurang diberikan rumusan
tekanan“hukum” oleh para ulama dan ilmuan sekarang. Begitu juga tentang
kedudukan istilah Islam sebagai ugama bagi
persekutuan yang tertera dalam Perlembagaan tetapi telah tersembunyi di
belakang tirai ugama/agama/religion Begitu juga tentang para pemimpin yang
tidak sedar atau tidak mahu melepaskan rangka pemikiran falsafah Rumawi-Yunani
yang telah melahirkan Kapitalisme, Marxisme dan berbagai sistem kehidupan yang meremehkan dasar tauhid. Hal ini
disentuh mengenai pembentukan pengaruh fikiran.
Sesungguhnya ramai
juga orang yang menyedari tentang kepincangan yang telah dan sedang berlaku
dalam pelaksanaan jalan kehidupan dan undang-undang yang batil, terutama
sesuatu yang berkaitan dengan Islam. Para hakim, peguam, pensyarah di fakulti
undang-undang termasuk penceramah dan pendakwah, baik rasmi dan bukan rasmi,
apabila menyebut Islam maka mereka masih merujuk pada landasan makna agama atau
ugama atau “religion”. Ertinya, Islam begitu longgar menurut tafsiran dan faham
masing-masing sahaja. Justeru itu, maka
rakyat yang bersih dan jujur, menjadi keliru dengan segala macam rujukan
dan hujah. Lantas, pemimpin politik pun, atas kepentingan politik mereka
sendiri, turut memberi yang boleh dinamakan sebagai “tafsir sendirian berhad”.
Ribuan buku dan
makalah mengenai Islam telah ditulis oleh “kaum” orientalist, penyelidik bukan
Islam dan Islam sendiri yang memakai kosnep sains sosial. Rumusan mereka ialah Islam
itu adalah sebagai suatu agama tradisi seperti juga agama-gama lain. Ia ada
kitab, ada nabi dan ada upacara ibadat kepada Tuhan. Justeru itu, maka tidak
jadi hairan Viladin Putin dari Russia, Clinton dan isterinya, Hillary dari
Amerika dan berbagai “ulama” yang dapat lesen terutama dari universiti Amerika
dan “Barat” turut memberikan makna dan konsep Islam begitu rupa.
KEWIBAWAAN ISLAM
Menyambung pendapat mengenai Islam dalam Perlembagaan
Malaysia seperti yang tersebut dalam siri 2 (a) dan di atas, kewibawaan merupakan faktor utama ditonjolkan
dalam perspektif yang hak. Apakah ia
mempunyai “zat” atau “roh” yang menyalurkan tenaga kepada sebutan
Islam itu, atau zat berkenaan memang ujud, tetapi terpendam atau dipendam oleh
“pakar” undang-undang ?.
Sebabnya, boleh jadi mereka dan para “perundangan” tidak sedar atau
tidak tahu tentang zat atau roh yang ujud. Zat Islam itu telah terlindung
oleh perkataan “religion” yang mereka faham. Boleh jadi sistem pendidikan undang-undang, di sekolah yang mereka belajar,
tidak memberi peluang untuk beralih pandangan kepada hukum Islam yang wajar.
Mengenai kedudukan Islam dari
berbagai segi telah diberi pandangan oleh sejumlah penulis dalam jurnal
undang-undang. Begitu juga beberapa
kertas kerja telah dibentangkan dalam beberapa seminar, mengenai
kedudukan, taraf dan pelaksanaan agama Islam sebagai “ugama bagi Persekutuan”. Antara lain yang
berusaha ialah arwah Tan Sri Profesor Ahmad bin Ibrahim pernah menulis “The
Position in the Constitution of Malaysia” dalam The consttuition of Malaysia – further perspectives and
development. (1986) dan “Freedom
of Religion Under the Federal Constitution” (Jurnal
Perundangan) dan beberapa peguam dan hakim telah menyentuh tentang
perspektif Islam. Namun demikian, sayang sekali mereka tidak terbuka hati
untuk menghuraikan tentang kewibawaan Islam sebagai landasan mutlak bagi
Perlembagaan dengan tafsiran yang hak dan sah.
Meskipun ayat
“ugama bagi Persekutuan” telah dengan sengaja dimaktubkan dan perkataan “rasmi”,
sebagai agama rasmi Persekutuan, diketepikan dengan asalan tertentu. Namun
demikian, kita tidak boleh mengambil perkataan religion dan diterjemahkan dengan ugama atau agama begitu
rupa. Ia hendaklah dikaitkan dengan
perkataan Islam (contextual situation) dalam ayat
yang berbunyi : “(1) Ugama Islam ialah
ugama bagi Persekutuan”. Dalam hal ini hendaklah dipakai pengertian ad-din
dan Islam itu sendiri.
Seperti yang telah berulang
disebut bahawa Islam mempunyai zat atau
roh yang terbina dalam dirinya sendiri (built-in element). Justeru itu,
perlu ada rumusan dan “akta” bagi Islam itu sendiri.
Oleh itu dengan demikian, tidaklah ia selamanya menjadi “bahan” perselisihan
antara orang Islam sesama sendiri. Malahan pemimpin bukan Islam sudah berani memperkatakan tentang perundangan Islam
secara yang tidak wajar !
Jika perkataan khalwat sebagai
“sebiji kelikir” dalam jalan raya perundangan Islam, sudah diberikan ketentuan
(maknanya yang asal sudah tercemar) maka mengapa pula Islam sebagai pokok
kehidupan Perlembagaan* tidak ditentukan dengan sempurna mungkin ? * Lihat Ahmad Qamar, Harakah, 1
Mac, 1999 .
TAFSIRAN ISLAM. Kegagalan
pelaksanaan Islam adalah disebabkan oleh berbagai faktor. Pertama, pemegang
kuasa yang tidak menekankan secara undang-undang pada pengertian Islam sebagai
“ugama bagi Persekutuan”. Kedua, pentafsir
yang lazimnya dipengaruhi oleh falsafah sistem pendidikan sekular, menolak
tauhid, atau memisahkan ikatan gereja dari negara (politik). [ Sejarah memperlihatkan bahawa agama Katolik telah
gagal memimpin negara di Eropah kerana banyak sebab dalaman dan kelemahan
syariat yang menyeluruh bagi dunia dan akhirat. Bagi manusia berkenaan agama
hanya merupakan satu daripada “gejala sosial”, atau satu warisan nenek moyang
yang berupa budaya upacara kebatinan (spiritual)]*.
*[Lihat
M. Suffian Hashim, “The Relationship between Islam and the state in Malaya”, Intisari Vol. 1, No. 1
hal. 8 yang dikutip oleh Ahmad Ibrahim bagi penulisan
di atas. Perbandingan agama
sebenarnya telah gagal untuk menyamakan beberapa unsur agama lain dengan Islam
terutama mengenai konsep tauhid, surat Ikhlas. Islam terbina atas kekuatan
rukun iman dan rukun Islam. Jadi dalam hal kegagalan agama lain termasuk agama
Kristian mencampuri urusan negara tidak boleh disamakan dengan syariat Islam
yang mengatur peraturan hidup dan mati, dari sejak kahwin, jimak, mandi manda,
bayi sampai tua dan mati. Begitu juga mengatur masyarakat dan negara]
sila
ikuti sambungan ke siri 2 (e), insya-Allah.
dr_ahmadkamar@hotmail.com