Semasa Awang Jabar diberi ' mic ' oleh Pengerusi Tetap
UMNO maka si-Awang Jabar membawa cadangan akan '
Kakitangan Kerajaan Persekutuan Terengganu ' yang
menentang ditukarkan. Si Awang Jabar ingat tak semasa
UMNO/BN memerintah siapakah yang memenuhi /
mempergunakan ruang/meramaikan manusia untuk
mendengar ucapan MAHATHIR diperhimpunan rakyat contoh
' SEMARAK '.
Masa tu mungkin ' Kakitangan Kerajaan Persekutuan
Terengganu ' telah dibutakan mata dan dipekakkan
telinga tetapi sekarang mereka telah sedar dari mimpi
ngeri yang diulit UMNO/BN.
Mereka menjalankan tugas seperti biasa sebagaimana
yang diamanahkan bukannya ' Menerima Gaji Buta '.
Sedarlah sikit wahai si Awang Jabar.
Isu 2 : Mahathir pemimpin lucah
Dalam ucapan penggulungannya(13.5.200) beliau ada
menyebut ' wanita perlu buka zip jika diperlukan dan
saya pun pakai zip tapi saya buka zip pada masa yang
tertentu'.
Inilah cakap-cakap lucah seorang Perdana Menteri /
Presiden UMNO maka tidak hairanlah bagaimana beliau
mempertahankan aksi lucah Datuk Seri Adnan Yaakob.
Ahli-ahli UMNO patut renung dan fikirkan kesan
daripada ini. Cukuplah dan sertailah BARISAN
ALTERNANIF.
Bojeng Jetat
14.5.2000