Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Surat Terbuka Untuk Datuk Siti Zaharah Sulaiman(Kak Siti)

Terlebih dahulu diucapkan syabas kepada Kak Siti walaupun kalah dengan 12 undi yang membolehkan itik gembor-gembor menjawat Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Umum mengetahui, kemenangan Rafidah Aziz adalah hasil sokongan MAHATHIR dan publisiti yang meluas diberikan oleh media arus perdana kepadanya.

Sebab itu apabila Rafidah Aziz diboo oleh para perwakilan, MAHATHIR membela dalam ucapan penggulungannya bahawa ' Orang UMNO punya Boo, dia sayang ' dan lagi dia kata ' saya bersyukur kerana Datuk Zaharah yang kalah, dia tak ada sini,kirim salam kat dia '.Sili lihat dalam UTUSAN ONLINE. Inilah bukti kata-kata MAHATHIR yang memehak kepada Rafidah Aziz.

Oleh itu Kak Siti haruslah sedar bahawa MAHATHIR memang tidak suka pada KAK SITI. Ayuh!!! apa tunggu lagi Kak Siti, pergilah 'join' Kak Wan Azizah untuk memperkukuhkan Barisan Alternatif supaya UMNO tumbang pada pilihanraya akan datang ( 2004 ).

Semoga coretan ringkas ini sebagai renungan buat Kak Siti.

Bojeng Jetat.
15.5.2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com