Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Ucapan Mahathir difitnah kata Astora Jabat

Mingguan Malaysia 21.5.2000 dalam ruagan Bicara Agama oleh Astora Jabat begitu menyerlah sekali dia mempertahankan ucapan Mahathir. Bagaimana beliau boleh berkata demikian padahal jelas sekali ucapan itu menghina Nabi Muhammad S.A.W. Mungkin sifat mengampu yang ada pada diri Astora Jabat sudah berkulat. Cuba perhati dan menilai ucapan Mahathir ' Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama islam'. Walhal sebelum kelahiran kitab suci Al-qurqn dan Nabi Muhammad itu sendiri, kitab terdahulu telah pun menyatakan bahawa akan lahir seorang manusia yang bernama Muhammad untuk menyampaikan agama islam di mukabumi ini. Takkan itu pun Astora Jabat tak tahu.

Satu lagi ucapan/kata-kata bangang Mahathir yang cuba diperbetulkan oleh Astora Jabat adalah ' Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad '. Mungkin Mahathir nak ahli-ahli UMNO dan Astora Jabat mendewa-dewakan beliau seorang sahaja. Kita kena ingat setiap kali pada hari Jumaat Tok Khatib selalu berpesan dengan sepotong hadis yang berbunyi ' Barang siapa yang berselawat keatas ku sekali nescaya Allah akan berselawat keatasnya 10 kali'. Begitu juga tiap hari kita berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. sebanyak 9 kali dalam sembahyang.Ini menunjukkan betapa perlunya kita sebagai orang islam mengagung-agungkan Nabi S.A.W.

Saya faham apa yang dimaksudkan disebalik kata-kata Mahathir yang bermulut celupar tu.( Lidah Mahathir bercabang ). Kalau iyapun sebagai contoh, misalan, perbandingan dan perkara-perkara yang seumpama tidak sepatutnya Mahathir menghina, merendah-rendahkan dan memperlekehkan Nabi Muhammad S.A.W. Ini akan menjejaskan kemuliaan, ketinggian, keunggulan, keagungan dan kehormatan Nabi Muhammad S.A.W. Bukannya tidak ada contoh lain yang membolehkan Mahathir berkata sedemikian. Inilah menunjukkan kedangkalan dan keangkuhan Mahathir maka berpadananlah dengan pengakuannya ' Saya Adalah Mahafiraun'. Ustaz Astora Jabat, kalau iyapun nak mengampu biarlah bertempat. Bukan sekali Mahathir menghina Nabi S.A.W. dulu dia kata Nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur. Apa saemuanya ini?.

Mahathir dan kuncu-kuncunya silalah bertaubat sebelum PADAM.

Bojeng Jetat
21. Mei 2000.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com