Muslimin-Muslimat Sekelian !
Saya terbaca kenyataan Dato Hamid Othman (Mid Man) di dalam akhbar Utusan Malayia selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Besar Barisan Nasional di Putra Jaya 4 hari yang lepas yang mana Kerajaan Pusat akan memastikan semua ustaz-ustaz dan imam-imam yang mengajar di masjid, surau dan madrasah seluruh negara hendaklah menjelaskan "Islam dalam konteks negara ini sahaja". Katanya lagi kita tak mahu "idealisme mengatasi realiti".
Mid Man melalui arahan Perdana Menteri tidak mahu ustaz-ustaz ini mengajar ilmu-ilmu Islam yang sebenar sebagaiman yang diajarkan di dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah saw. Kerana bagi Mid Man beliau tidak mahu idealisme Islam seperti ada Hukum Hudud, Takzir, Muamalat Islam dan sebagainya yang sering disebut oleh ustaz-ustaz kita setiap malam di masjid-masjid menjadi kenyataan kerana Mid Man kata realiti masyarakat kita tidak membenarkan hukum-hakam Islam ini dipraktikkan.
Kita semua kena ingat Kerajaan sekarang cuba mencorakkan pemikiran ummat Islam di negara ini kepada pemikiran yang liberal dan sekular dan Kerajaan amat gerun jika rakyat sudah mula mengenai dan berjinak-jinak dengan Islam. Cuba lihat kes Fauziah Ahmad Daud (Ogy) bila kawan tu dah pakai tudung dan beri sedikit syarahan, Mid Man dah susah hati sebab takut orang terpikat dengan kata-kata Ogy yang ramai pengaruh di kalangan remaja itu.
Kita anggap Mid Man dan Mahathir adalah 2 syaitan besar dan salah seorang Dajjal Akhir zaman. Waspadalah kita dengan tipu muslihat mereka yang licik bertopengkan Islam ini.
Semuga Allah swt memelihara kita semua dari pengaruh dan hasutan Dajjal ini.
WaAllah hu 'alam.
saudaramu Se Islam
Ahmad