Diberitakan bahawa semua Pusat Dangdut terutama sekitar Jalan Ipoh, Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Ampang Park telah diserbu oleh perwakilan UMNO sempena persidangan UMNO kali ini. Patutlah kelihatan ramai yang terkuap-kuap ketika di dewan persidangan kerana kurang tidur. Kebanyakan pusat dangdut telah melanjutkan "khidmat" mereka hingga jam 4.00 / 5.00 pagi bagi melayani "tetamu-tetamu" yang datang dari jauh ini. Pusat Dangdut Teratak di belakang Hotel City Villa dikhabarkan sendat dengan tetamu UMNO hingga ramai yang terpaksa berdiri kerana tiada tempat duduk lagi. Dikhabarkan juga para GRO tersenyum lebar kerana rezeki begitu mewah sepanjang musim "Perhimpunan Lembu-Lembu Korban" ini - maklumlah tetamu-tetamu yang datang ni membawa banyak duit!! Tidak ketinggalan juga ada pusat dangdut yang menganjurkan acara khas yang "istimewa" bagi menyambut "tetamu-tetamu" ini. Begitulah meriahnya "Perhimpunan UMNO @ Perhimpunan Lembu-Lembu Korban" kali ini. Syabas. Malaysia Boleh.
Hardlong