Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Perletakan jawatan Ling Leong Sik':Tekanan lebih hebat untuk Umno

Petikan daripada :
Detik Daily Internet Edition

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Perletakan jawatan Presiden MCA, Dr Ling Leong Sik dari Kabinet akan menambahkan lagi tekanan kepada Umno agar memberikan kedudukan yang lebih kepada parti itu (MCA).

Ini kerana, usaha MCA untuk memdapatkan tempat yang labih sebelum ini telah gagal walaupun mereka berjaya memberikan kerusi yang banyak kepada BN dalam pilihan raya umum lalu. Presiden MCA meletakkan semua jawatan kabinetnya Isnin lepas.

Bagaimanapun, Ling masih kekal sebagai Presiden MCA. Perdana Menteri dalam sidang akhbarnya petang Isnin juga memaklumkan perletakan jawatan itu dan beliau terpaksa menerimanya.

Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor berkata, perletakan jawatan Ling Leong Sik itu juga membayangkan betapa hebatnya krisis yang berlaku dalam BN walaupun Dr Mahathir menuduh parti BA yang menghadapi krisis.

Sebelum ini, pelbagai berita telah tersebar berhubung pertembungan antara Ling Liong Sik dan timbalannya, Lim Ah Lek.

Menurut akhbar The Rocket, lidah rasmi DAP dalam terbitan terbarunya, pertembungan antara keduanya adalah berikutan kegagalan Ling Leong Sik mendapatkan jawatan menteri yang lebih untuk MCA walaupun berjaya dengan cemerlang mempertahankan BN dalam pilihan raya lalu.

"DETIK SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com