Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


LAGU UMNO: SERI MERSING, LAMBANG UMNO TANYA ADNAN

Berita Mahathir ‘sedekah’kan kerja kat Dollah Bedawi sebab dia sendiri nak ‘turun padang’, bukan main menyukakan hati Dollah. Mungkin dirasakannya, dia akan dapat lebih ‘power’. Paling sedikit, nak rasa juga macamana rasa ‘jadi PM sementara’.

Dollah dilaporkan sebagai berkata, “Saya faham dan saya sukacita dengan keputusan Dr. Mahathir. Beliau akan dapat menemui rakyat dan beliau akan mendapat kesempatan bersoal-jawab mengernai sesuatu perkara. Saya akan tunaikan tanggungjawap dengan sempurna.” katanya.

Ramai orang yang tercengang mengapa secara tiba-tiba Mahathir nak berjumpa dengan rakyat. Kenapa tak teruskan berjumpa orang besar-besar dunia. Di Amerika ada Yahudi yang lebih hebat dari orang kampung, nelayan dan buruh ladang sawit. Orang-orang ini apa gunanya Mahathir nak jumpa. Jumpa sajalah anggota korporat yang billionaire. Orang kampung dah karat.

Kalau gitu, polis pun kena bagi permit kalau PAS, KeADILan, PRM & DAP nak buat ceramah juga. Janganlah pulak, permit dibagi tetapi bila satu jam lagi nak adakan ceramah permit ditarik balik. Itu bukan jadikan orang hormat kat polis; tambah menyampah lagi ada!!

Saya yang cuba jengah kat PWTC sehari-dua dulu . Memang dah tak minat kalau Mahathir datang kat kampung nenek saya. Saya tak mau atok & nenek terpengaruh dengan sekularisma UMNO. Saya bukan nak fitnahkan UMNO, Abdullah Badawi minta ahli-ahli Umno menjadikan perjuangan parti itu sebagai satu ibadat. Ibadat apenye yang ada pada UMNO. Bila pulak Allah turunka nabi dari golongan UMNO, ha? Nak murtad ke?

Padahal agama dianggap urusan akhirat dan politik adalah urusan dunia. “Fahaman ini menjadi budaya UMNO sejak dahulu lagi," kata Dollah.

Saya hairan, Mahathir berdoa semasa di Perhimpunan. Tetapi tiba-tiba nak pisahkan ketuhanan dengan politik. Dollah anak ulamak pi sokong pulak. Nampaknya politik UMNO dah takde panduan. Samalah nanti macam kapal tak ada kemudi.

Sekarang ni masih ada ulamak yang memberi panduan kepada UMNO. Kalau dah pisahkan UMNO dengan ugama; maka samalah macam kapal layar tanpa kemudi. Jadi, kalau tak karam pun, masakan sampai ke destinasi. Kalaupun sampai, kita akan tengok nakhoda dan anak-anak kapal semua dah mati kelaparan. Minum air laut!!

Habis, selama 30 tahun PAS wujud di negara ini, mengapa bila UMNO nak kalah bontang orang Islam/Melayu dah ‘fed-up’ baru cuba nak pisahkan “Ugama dari Politik”? Apakata kalau “ugama dijadikan panduan dalam pentadbiran politik”, tentu perbuatan macam Adnan Yakob di Sanggang, Rahim Thamby Chik, Rafidah, kerja bermaksiat macam Mahathir fitnahkan orang, penjarakan sebelum orang didapati bersalah dapat dicegah?

Saya tak taulah apa sebenarnya motif UMNO. Tapi yang saya nampak, bukan kerana orang Melayu berpecah, tetapi kerana UMNO dah hancur berkecai…Konon-konon itulah caranya nak ajak nenek ngan atok saya nak join UMNO. Hisyyyyy… undi nenek saya mahal oiiiiii……!!

Tadi saya dengar Kamariah Nor nyanyi Lagu Seri Mersing. Katanya, “Hancur berkecai terhempas kebatu….!!” Tergelak saya, elok jadikan lagu tu jadi lagu resmi UMNO saja……

Elniza.
Emeil: elniza@yahoo.com


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com