Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PAS / K

 

 

 

 

 

 

03-4516057

 

PAS / K.092 / 2.01h ( 32 )

 

7 Safar 1421 / 11 Mei 2000

 

Yang dihormati,

Tuan Haji Mohammad Nik,

Yang Di Pertua,

Majlis Perbandaran Ampang Jaya,

Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama,

Pandan Indah,

56100 Kuala Lumpur.

( No. Fax : 03-4968060 )

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan,

 

PERTIMBANGAN SUPAYA DITANGGUHKAN PEROBOHAN RUMAH-RUMAH DI KG. BUKIT TEMBUSU, LORONG 52C, KG. CHERAS BARU.

 

Kami difahamkan bahawa MPAJ di dalam mesyuaratnya yang terbaru telah mengarahkan supaya rumah-rumah di Kg. Bukit Tembusu dirobohkan secepat-mungkin.

 

Kami berharap agar pihak tuan dapat menimbang untuk ditangguhkan perobohan tersebut kerana perbincangan di antara penduduk kampung dan pihak pemaju sedang berjalan.

 

Kami yakin penangguhan ini tidak akan merugikan sesiapa dan adalah wajar demi keharmonian kita bersama di Ampang Jaya.

 

“BERSAMA MENEGAKKAN KEADILAN”

 

Saya dengan hormatnya,

 

 

 

 

ISKANDAR HAJI ABDUL SAMAD

SETIAUSAHA PAS

KAWASAN AMPANG JAYA

s.k.

1        YB Dato’ Presiden PAS.

2        YAB Menteri Besar Negeri Selangor Darul Ehsan.

3        Tuan Ketua Balai Polis Ampang.

4        Sdra. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

5         Sdra. Yang Di Pertua PAS Kawasan Ampang Jaya.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com