Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Perjuangan Umno bukan ibadat

Sumber Berita :
Harakah Daily

KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Hasrat Umno untuk menjadikan perjuangan parti itu sebagai satu ibadat adalah sia-sia dan tidak bermakna memandangkan dasarnya sekular.

Naib Ketua Lajnah Dakwah Tarbiyyah, Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Fauzi Zakaria berkata, makna ibadat dalam Islam ialah melakukan sesuatu yang dituntut, disukai dan diredhai Allah.

"Sedangkan perjuangan Umno adalah sekularisme. Ia sama sekali bercanggah dengan Islam sebagai Addeen, agama Allah adalah bersifat konfrehensif iaitu mencakupi seluruh kehidupan dunia termasuk politik," katanya di sini, hari ini.

Ketika perhimpunan agung Umno baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Abdul Hamid Othman dilaporkan berkata, umat Islam sentiasa dikelirukan mengenai perjuangan Umno, kononnya tidak mengambil berat mengenai Islam.

Begitu juga Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ahli-ahli Umno menjadikan perjuangan parti itu sebagai satu ibadat.

Mohd Fauzi yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar berkata, fahaman sekularisme yang menjadi amalan bagi Umno dengan memisahkan agama dan politik.

"Agama dianggap urusan akhirat dan politik adalah urusan dunia. Fahaman ini menjadi budaya Umno sejak dahulu lagi," katanya.

Beliau juga membuktikan Umno tidak mengutamakan soal halal dan haram apabila membenarkan anggota parti wanita dan lelaki bergaul bebas tanpa ada sekatan.

Malah, peraturan menutup aurat juga tidak diberi perhatian oleh parti itu. Cara berpakaian Ketua Pergerakan baru, Dato' Seri Rafidah Aziz juga mencerminkan Umno tidak mengambil kira soal dosa dan pahala.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com