Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Pencetak Harakah mengaku bersalah

Sumber Berita :
Harakah Daily

Kuala Lumpur, 22 Mei (Hrkh) - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman RM4,000 atau dua bulan penjara kepada pencetak Harakah, Chea Lim Thye selepas mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Akta Hasutan.

Bagaimanapun, Pengarang Harakah Zulkifli Sulong tidak mengaku bersalah dan perbicaraan ke atas beliau akan diteruskan pada pagi Khamis, 25 Mei ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Khadijah Idris menjatuhkan hukuman itu setelah mahkamah bersidang semula selepas ditangguhkan kira-kira satu jam Isnin lepas.

Chea Lim Thye, pemilik lesen syarikat Prema yang mencetak Harakah diwakili oleh Peguam K.K. Wong manakala Zulkifli Sulong diwakili oleh Zamani Ibrahim dan Hasnan Hamzah.

Timbalan Pendakwaraya Abdul Rahman Reza telah menjalankan pendakwaan di mahkamah yang penuh sesak dengan wartawan dalam dan luar negeri.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com