Sumber Berita :
Harakah Daily
KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Hrkh)- International College of Terengganu (ICT), sebuah institusi pengajian tinggi swasta di bawah kerajaan negeri membuka peluang kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti program pra-Tati sesi Julai 2000/2001.
Menurut Pengurus Pengajian ICT, Pathooraman Abu, bagi lulusan SPM untuk mengikuti program dengan usahasama Institut Teknikal Tinggi Terengganu (Tati) itu hendaklah lulus dalam Matematik, kepujian dalam mana-mana matapelajaran sains kecuali Biologi.
Bagaimanapun keutamaan diberi kepada calon-calon yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen/Sains Tambahan dan Matematik Tambahan.
"Calon-calon yang berjaya menamatkan program ini dan menepati syarat-syarat boleh melanjutkan pengajian di Tati," katanya kepada Harakah.
ICT juga, katanya menawarkan kursus peringkat sijil sepenuh atau separuh masa bagi Bahasa Inggeris, Arab dan Mandarin di mana pengambilan secara terbuka.
Katanya, pengambilan pelajar bermula Julai ini dan untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi talian 09-6225452atau 09-6261148.