Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


ABU SAYYAF-SATU RENUNGAN

Kini sudah lebih seminggu peristiwa penahan tebusan oleh Kumpulan gerila Abu Sayyaf. Apa yang hendak saya nukilkan di sini adalah bahawa betapa satu kumpulan yang dikatakan sebagai Pengganas tetapi adalah jauh lebih bertamadun dan berperikemanusiaan berbanding dengan Kumpulan yang sepatutnya menjaga Rakyat iaitu PDrM atau Polis Doktor Mahathir. Seperti yang kita lihat dalam siaran berita ( maaf tertengok jugak dalam TV3 Suku) para tebusan memberitahu mereka dilayan cukup baik semasa dalam tahanan. mereka dibenar sembahyang berjemaah dengan pasukan Abu Sayyaf. mereka dihidangkan dengan makanan tidak basi. mereka tidak diarahkab berbogel atau berseluar dalam sahaja. Malah lumpulan ini juga memohon maaf kepada keluarga mangsa yang terbunuh (disebabkan oleh tentera Filipina). Mereka ini tidak zalim jika dibandingkan dengan PDrM. Mereka tidak menangkap orang sewaktu sedang tidur lena. Mereka tidak membelasah tebusan apalagi untuk menumbuk mata orang yang bergari. Malah mereka tidak mengikat atau menggari pun tebusan. Mereka cukup bimbang jika tebusan tercedera sebab itu mereka membawa lari tebusan ketika tentera Filipina menyerang. Kita seharusnya melihat kejadian ini sebagai kehendak Allah supaya rakyat Malaysia khususnya melihat atau membezakan antara yang baik dan yang zalim. Walaupun Kumpulan Abu Sayyaf ini hidup dalam serba kekurangan tetapi nilai kemanusiaannya jauh lebih mulia dari Pasukan PDrM.

Cuma saya ragu-ragu adakah orang-orang UMNO berfikir sebegini. Adakah Astora Jabat masih beranggapan bahawa Mahathir adalah sebaik-baik pemimpin dan seorang pemimpin islam contoh. Bukalah matahati. Kesimpulannya PDrM adalah satu pasukan gerila yang tidak bertammadun jika dibandingkan dengan kumpulan Abu Sayyaf. Sebenarnya PDrM adalah pasukan Pengganas dan Abu Sayyaf adalah Pejuang. pengganas kegemaran mereka adalah membelasah orang terutama bagi mereka yang tidak bersenjata. Pengganas juga adalah golongan yang suka membuli dan menganiaya orang lain seperti membogelkan tawanan, memberi tawanan makan nasi basi, menyumbat tawanan dalam bilik yang sempit dan kotor. Pengganas juga selalu menuduh orang lain ganas. Pengganas adalah orang yang suka rasuah dan menyamun harta orang lain. Ketua Pengganas adalah orang yang takut untk melakukan keganasan sendiri tetapi mengarahkan orang lain dan paling takut keMAHKAMAH!

Sekian

jebat2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com