Dua hari lepas iaiti pada 5.5.2000 satu peristiwa penting berlaku di
Chabang Empat Tendong kepada Calon MT UMNO Dato' Paduka Ibrahim Ali yang
tewas dalam pilihanraya lepas dengan majoriti 8575 di tangan Ustaz Hj.
Ismail Noh.
Diringkaskan cerita pada hari tersebut, pembayaran keatas pengambilan
tanah kepada Tuan-tuan tanah untuk pembinaan Jambatan yang menghubungkan
Tendong dengan Pendek. Turut hadir adalah Menteri Tan Sri Kasitah Gadam
dan ramailah pembesar-pembesar yang jenis pakai tie. Orang kampong yang
keluar adalah lebih kurang 25 orang sahaja. Aturcara asal, tidak ada
ucapan dari Dato' Ibrahim Ali ni, tapi beliau mengambil masa lebih 25
minit untuk berucap dan memarahi orang kampong kerana tidak mengundi
beliau dalam pilihanraya lepas. Sedang asyik beliau berucap ada seorang
yang kurang siuman menyebut perkataan BELAWAK (Bohong) yang menyebabkan
beliau terus berhenti berucap.Majlis menjadi terdiam sebentar...si
berahim ali maluuuu besar kerana di depan nya ada menteriii.
Tu la kita orang nasihat dok belah benar dia tak sir....
YAKUB DIR BECAH.