Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Respons kepada sesiapa yang berbicara tentang Dakyah Kristianisasi

Email kedua

Salam sejahtera kepada semua,

Tujuan saya bukanlah mengeruhkan lagi situasi yang semakin membingitkan ini tetapi bersama-sama memberikan pendapat yang logik dari segi pemikiran yang rasional.

Setiap umat mempunyai kepercayaan mereka yang tersendiri. Tidak kira sama ada agama Islam, Buddha maupun Kristian, masing-masing mempunyai cara mereka yang tersendiri yang perlu dipatuhi dan dilakukan. Berbicara perihal agama ini ianya sungguh sensitif untuk dibincangkan diruangan seperti ini kerana tidak ada fakta yang sahih yang boleh mengukuhkan kepada semua hal yang telah diperkatakan itu.

Daripada pemerhatian saya, jelas bahawa agama kristian ini mendapat pandangan negatif daripada pihak yang berkenaan. Walaubagaimanapun sesiapa sahaja berhak untuk berbicara tetapi biarlah apa yang dibicarakan itu tidak menimbulkan rasa tidak senang bagi pihak yang berkenaan. Setiap agama tidak membenarkan kita memburukkan agama lain, bukan?. Jika apa sekalipun hal yang berlaku, sebagai orang awam kita tidak berhak menghakimi sebaliknya jika benar semua ini sebaiknya diserahkan kepada pihak yang berwajib.

Justeru itu, jangan terlalu membuat andaian yang melampaui batas yang sepatutnya. Itu juga merupakan satu DOSA.

Email Pertama

Salam Sejahtera kepada semua yang sudi membaca artikel saya di laman ini,

Merujuk kepada kenyataan TARABULSI yang menyatakan DAKWAH KRISTIANISASI DI UPM TERUS BERGOLAK itu hanya ibarat menceritakan suatu cerita donggeng yang tidak sepatutnya diceritakan. Ianya ibarat satu tuduhan keras yang boleh menimbulkan kebencian bagi mereka yang berkenaan. Maksud saya di sini bagi mereka yang beragama kristian. Malahan ianya boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan mengaibkan pihak tertentu.

Apa yang perlu dihairankan jika UPM lah satu-satunya universiti yang mempunyai gereja (yang begitu kecil sekali saiznya). Ianya tidak bertujuan untuk menjahanamkan para pelajar tetapi memberi kemudahan kepada pelajar yang beragama kristian untuk bersembahyang setiap minggu. Tiada yang mustahil di dunia ini. Mengapa pula tiada pihak yang hairan jika di setiap pelusuk pun pasti ada "SURAU" disediakan. Malahan MASJID di UPM pun tersergam indah. Untuk apa?...pastinya untuk kemudahan pihak berkenaan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap kewajipan kan. Semua orang faham akan situasi ini. Lagipun saya difahamkan oleh sumber yang boleh dipercayai di UPM bahawa gereja tersebut bukan kepunyaan UPM sendiri malahan ianya memang sudah wujud di situ sebelum adanya UPM. Jika benar perkara seperti yang diceritakan itu, saya rasa dan pasti sebilangan besar pelajar di UPM bukannya MELAYU... tetapi ianya tidak berlaku kerana setiap insan sudah ada pegangan mereka yang azali.

Menurut sumber saya yang boleh dipercayai di UPM juga menyatakan bahawa senario ini tidak seperti yang digembar-gemburkan. Mereka langsung tidak pernah mendengar tentang TAKTIK KOTOR itu dilakukan secara berleluasa, malahan tidak langsung ada. Hairan sekali mengapa isu ini harus timbul tanpa bukti yang kukuh. Bagi pelajar yang menukar agama kepada KRISTIAN, jika benarpun saya pasti mereka pasti bukan pelajar MELAYU, jika pelajar MELAYU yang berbuat demikian sudah tentu mereka akan mendapat tindakan dari pihak yang tertentu dan ianya perkara yang mustahil untuk dibenarkan.

Mengenai HOLY WATER itu, saya menyokong penuh pendapat HBM. Apa yang penting ada pada seseorang yang mempunyai pegangan agama pastinya mempunyai iman yang kuat. Di negara kita, semua umat manusia diajar menghotmati agama masing-masing dan orang lain. Saya harap jangan terlalu mempercayai cerita seumpama itu bulat-bulat semata-mata kerana kebenarannya belum dapat dipastikan lagi. Walaubagaimanapun saya masih berusaha menyiasat perkara ini agar tidak ada lagi cerita songsang yang memburukkan antara sesama manusia.

Sekian,
EL 2oo5

Komen Din Com : Rasa tulisan datang daripada bukan Islam. Atas dasar Islam saya memberi ruang untuknya memberi pandangan. Wa'alahualam


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com