Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Rahsia Yang Tidak Akan Diakui

Petikan :
Tranung Kite eGroups

Berikut adalah maklumat yang tidak akan diakui oleh sesiapa dan akan dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh semua yang terlibat. Tetapi akan diakui di dalam "memoir" setelah mereka-mereka ini sudah tidak wujud lagi. Setelah melihat tanda-tanda dari ucapan Datuk Shahrir dan "update" di LR, terdetik untuk kami melapurkan apa yang diketahui.

Sejak lama lagi Pak Lah, orang Penang, adalah penyokong kuat DSAI. Apabila DSAI dipecat, dianiaya dan dizalimi, Pak Lah telah melakukan sesuatu untuk tidak mengulangi kesilapan bagi kali kedua. Beliau belajar, apabila Team A dan Team B wujud suatu masa dahulu. Apabila pemimpin dan ahli UMNO keluar menubuhkan Semangat 46, untuk menentang Maha Firaun (MF), kekuatan yang sebegitu besar telah tidak dapat menumbangkan MF. Malah S46 terus berkubur. Sebagai "acid test" Zahid digunakan untuk menguji tindakan MF. Setelah melihat reaksi MF, Pak Lah dan penyokong DSAI di dalam UMNO telah tidak keluar UMNO. Mereka berpendapat adalah lebih bijak menentang MF secara senyap dan dari dalam. "If you can't beat them, you joined them ... and beat them!"

Apabila DSAI menjadi Menteri Dalam Negeri, demi meyakinkan MF, Pak Lah bertindak seperti yang diharapkan oleh MF. Sehingga begitu meyakinkan lakonan Pak Lah, MF "set the stage to test Pak Lah" pada Gelita 14. MF tabur dulu fitnah besar sebelum ke Cuba dan Pak Lah memainkan peranan sebagai Menteri Dalam Negeri sehingga meyakinkan semua pihak bahawa Pak Lah adalah "orang MF". Tindakan PDrM memang meyakitkan hati kerana mengikut kitab SOP. (Tak guna akai!)

Di dalam UMNO dan Kerajaan, kedudukan Pak Lah tidak kuat. Sememangnya menyedari tindak-tanduk MF, terutamanya menghalalkan tindakan MF melalui mahkamah, Pak Lah menggunakan peluang perhimpunan Agong UMNO untuk menguatkan kedudukan beliau. Percaturan politik beliau telah berjaya menyebabkan Najib, Muhyiddin dan Mike Tyson kembali sebagai Naib Presiden. Walaupun menafikan pakatan Team Wawasan (mereka tetap tidak akan mengaku!), bahawasanya Pak LAh berusaha menyusun semula penyokong kuat DSAI. Ini telah dapat dilakukan [ada saat-saat akhir perhimpunan oleh penyokong-penyokong DSAI yang masih dalam UMNO. (Inilah tujuan utama mereka tidak meninggalkan UMNO ketika krisis memuncak. Kalau mereka keluar, maka mereka tidak dapat menempatkan penyokong kuat DSAI sebagai NP). Inilah diantara sebab mengapa sesetengah calon NP mendapat pencalunan yang tinggi tetapi gagal di saat akhir. Mike Tyson yang tiada jawatan kerajaan berjaya mengalahkan MB Abu Hassan. Bagaimana Sharir Samad tiba-tiba boleh menang? Bagaimana Zahid yang "dicap" orang DSAI boleh terpilih? Ali Rustam dimenangkan

Lee Red


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com