Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Pidah menang..., derita buat ameno...

Petang tadi aku berbual dengan seorang makcik yang aku kenal amat kuat menyokong ameno. Makcik itu pernah mengajakku menghantarnya berkempen semasa pilihanraya dahulu. Ketika itu aku menolak dengan alasan keletihan kerana penat bekerja, walhal aku telah dingin terhadap ameno. Hari ini, dia amat marah kepada perwakilan. Katanya, "Perwakilan telah dibeli, perwakilan tidak mengundi kehendak ahli terbanyak, perwakilan telah melaknati hati ameno itu sendiri". Aku bertanya,"Apasal ni makcik, marah sakan aJE bunyinya".

"Mana tak marah, makcik sayangkan ameno. Sejak arwah Dato' Onn lagi makcik iku arwah ayah makcik kempen untuk ameno. Walaupun makcik benci amat sangat pada Mahathir, makcik diamkan juga kerana makcik sayangkan ameno. Makcik harap dalam pemilihan ini ameno kembali kuat, tetapi apa yang makcik lihat, ameno semakin lemah". "Apasal makcik kata macam tu?". "Tu si Rafidah yang menang tu. Menangnya hanya akan melingkupkan ameno. Dahlah ramai ahli yang benci kat Mahathir tetapi masih boleh diam sebab ada Zaharah, tetapi sekarang Zaharah dah tak ada, Rafidah pula gantinya. Rafidah ni ramai ahli wanita benci, tapi tak tunjuk saja. Lepas ni makcik yakin ameno lagi teruk. Dahlah pemudanya teruk, sekarang wanitanya pula yang teruk........." Panjang lagi ngomel si makcik tu .... tetapi antara nya yang masih terngiang-ngiang di kotak ingatanku ialah ".......makcik tahu pemimpin ameno ini penipu, tetapi penipuan yang terbaru makcik dah tak boleh tahan ialah dia kata ameno ada ahli dekat tiga juta, mana ada ... mana ada.., campur ahli yang dah mati agaknya...."

Last sekali setelah lebih setengah jam, aku usik dia, "Macam inilah makcik, kita keluar ameno amacam? Kita tubuh parti KeADILan atau masuk PAS". "Makcik idak dah nak masuk mana-mana parti. Kalau kamu nak masuk parti lain, pergilah, makcik tak halang ... makcik nak buat banyak ibadah". Dalam hati kecilku, "Rupa-rupanya makcik tak tahu lagi yang aku dah masuk BA". ameno....ameno....ameno.....kesian kamu ameno......

matdeghih


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com