Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Isu Ling memberi peluang BA menang di Teluk Kemang

Peringkat awal dirasakan peluang untuk BA menang umpama jauh panggang dari api tetapi rupa-rupanya panggang itu semakin hampir dengan api. Panggang itu BN dan api itu BA. Panggang yang mengepit ketulan daging mentah amat enak dipanggang di api yang marak berbara. Daging mentah itu ialah habuan yang akan dihamburkan oleh BN kepada pengundi di TK dan sebagai pengundi, mereka harus membuat keputusan cara mana untuk mengenakkan daging yang segar bugar itu. Antara caranya ialah dengan memanggang daging tersebut di api yang berbara. Kalau tidak dibawa kepada api, bermakna daging tersebut akan terus tersimpan beku di peti-peti ais atau terbiar busuk berulat sehingga menimbulkan satu bau yang busuk lagi membusukkan ... rugi

Kesanggupan BA mencalonkan Roslan Kassim menimbulkan banyak kegelisahan kepada BN. Majoriti pengundi Melayu dijangka berubah rentak kepada BA. Pengundi Melayu yang dahulunya mengundi BN akan berfikir kembali hendak mengundi siapa kali ini. Dahulu kalau undi BN - India, kalau undi BA - pun India, sekarang BN masih kekal India dan BA - Melayu. Orang Melayu akan bersalah sekiranya tidak mengundi calon Melayu di pilihanraya TK ini. Hampir 46 peratus pengundi adalah Melayu. Jangkaan mudah, PASti 35 daripada 46 peratus Melayu itu akan beralih kepada BA dan yang bakinya adalah golongan tua atau lanjut usia dan juga sebilangan besar anggota tentera yang masih mengundi BN. Walaupun disedari majoriti tentera berpihak kepada BA, tetapi SPR akan memainkan peranan sekali lagi untuk menafikan sokongan mereka kepada BA.

Bagi pengundi bukan Melayu yang seramai 54 peratus itu, mungkin dua pertiga sahaja yang bersama BN. Satu pertiga kepada BA, bermakna 18 peratus lagi sokongan menjadi milik BA dan jumlah ini jika dicampur dengan 35 peratus orang Melayu yang bersama BA, sudah tentu menjadi 53 peratus ... cukup untuk BA menang di TK. Bagi menarik sokongan 18 peratus pengundi bukan Melayu ini, DAP, PRM dan keADILan harus bergerak cergas di kawasan bukan Melayu ini. Mainkan isu perletakan jawatan Dr. Ling Liong Sik dalam MCA. Sudah tentu pengundi Cina akan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam MCA ... bermakna juga dalam BN. Waktu yang sama jentera MCA PASti lumpuh dan kesempatan ini harus digunakan sepenuhnya oleh BA. Saya tidak begitu menggalakkan PAS bergerak cergas dalam kawasan ini kerana dibimbangi pengundi Cina akan berasa tidak selesa ... biarkan DAP, keADILan dan PRM memainkan peranan mereka.

PAS pula harus lebih menumpukan di kawasan Melayu. Bergerak bersama keADILan dan PRM. DAP pula kurangkan berada di kawasan Melayu kerana orang Melayu masih tidak selesa dengan DAP. Cuba bergerak serentak, baik dalam ceramah atau sebagai perayu undi dari rumah ke rumah atau peraih undi di pondok-pondok panas semasa pilihanraya.

Pengundi India mungkin sukar untuk menyokong BA kerana calonnya India dan ini memberi makna yang MIC menghadapi kesukaran untuk menembusi kawasan bukan India. Hendak harapkan MCA, MCA bermasalah. Hendak harapkan UMNO, UMNO pun sudah punah. Mahathir adalah masalah kepada UMNO dan Isa pula masalah kepada UMNO NS. Isu JE masih menghantui orang Melayu NS.

Keyakinan saya BA menang di TK tetap ada walaupun majoriti BN menang 29 November 1999 yang lalu menjangkau hampir 10,000. BA hanya memerlukan 5000 undi sahaja bagi menafikan keangkuhan BN. Hanya 1000 undi di setiap DUN kerana TK mempunyai lima DUN. Pengundi baru dijangka banyak memihak kepada BA. Oleh itu yakinlah yang BA boleh menang di TK walaupun BN melancarkan amalan-amalan kotornya ... rakyat sudah sedar akan amalan-amalan ini, dan mereka hanya senyum sinis, sedangkan di hati si Roslan akan diundi.

PASti menang.
matdeghih


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com