Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Akhbar milik Umno dibenarkan tanpa permit?

Petikan daripada :
Detik Daily Internet Edition

Kuala Lumpur, Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengenakan pelbagai sekatan terhadap penerbitan media parti pembangkang dianggap tidak profesional.

Sebaliknya kementerian itu dikatakan mengamal sikap double standard apabila sebuah makalah terbitan perhubungan Umno Terengganu tidak memenuhi apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan ke atas Harakah serta majalah milik pembangkang.

Demikian menurut bekas Pengarang Majalah Detik, Ahmad Lutfi Othman sebagai mengulas tindakan KDN yang menggeledah serta merampas lebih 500 naskah makalah milik beliau, Haraki semalam.

Menurut Lufti, beliau berasa hairan mengapa KDN tidak mengambil tindakan ke atas makalah terbitan Umno sebaliknya mengadakan sekatan terhadap apa jua terbitan milik pembangkang.

"Sepatutnya kerajaan mengambil tindakan ke atas Al-Haq walaupun tanpa permit sebagaimana yang dikenakan ke atas akhbar pembangkang," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Ujar beliau, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan merasmikan makalah tersebut.

Semalam, makalah Haraki yang diterbitkan oleh Penerbitan Pemuda dirampas berikutan dianggap tidak memenuhi syarat yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas semua media politik.

"DETIK SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com