Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Mid Man Gentar Dengan Ogy

Sumber :
Tranung Kite eGroups

Kebetulan bercuti, saya ke kedai buku pagi tadi. Pandangan saya tiba-tiba tertarik pada akhbar Warta Perdana keluaran Ahad 21 Mei 2000 dgn tajuk hadapan "Menteri Arah Ogy Henti Ceramah" dgn gambar Ogy dan Mid Man terpampang bersamanya. Saya terus membelinya dan setelah diteliti artikel itu menyatakan bahawa Mid Man telah mengarahkan Jakim supaya menghalang Ogy daripada menyampaikan ceramah berunsur agama dgn alasan bahawa ceramah tersebut berunsur pemujaan di mana beliau mengatakan di dalam ceramah tersebut seolah-olah Ogy menyatakan dia menerima wahyu dan ini boleh memesongkan beribu-ribu umat Islam. Beliau juga menyatakan bahawa larangan itu akan ditarik balik jika Ogy kembali lurus.

MasyaAllah. Berderau darah saya membacanya. Manusia jenis apa si Mid Man ini. Bagi saya beliau bukanlah seorg ulamak walaupun untuk dikelaskan sebagai 'ulamak UMNO'. Beliau sebenarnya adalah syaitan yg bertopengkan manusia. Apa salah Ogy sehingga ditekan sebegitu rupa. Tulisan saya ini bukanlah untuk membela Ogy secara membuta tuli tetapi saya dapat rasakan bahawa arahan dan dakwaan Mid Man itu tidak berasas dan berkepentingan lebih-lebih lagi apabila dilihat Ogy mula intim dgn muslimat PAS.

Setahu saya daripada wawancara dgn Ogy di dalam Muslimah dan majalah lain, beliau tidak bersedia utk memberikan ceramah agama di dalam masa terdekat ini kerana beliau sedar dgn kekurangan beliau di dalam ilmu agama dan ingin terus mendalaminya terlebih dahulu. Apa yg disampaikan oleh Ogy di dalam ucapannya sebelum ini adalah pengalamannya sebagai insan seni dan juga bagaimana saat-saat beliau mendapat hidayah dan seterusnaya kembali menghambakan diri kepada Allah dan Islam.

Apakah kenyataan Ogy yg menceritakan bagaimana beliau seolah-olah mendengar bisikan supaya beliau bertaubat ketika di Mekah ditafsirkan sebagai wahyu oleh Mid Man Si Haman celaka ini? Apalah sempit dan jahatnya pemikiran beliau. Mereka yg menerima wahyu adalah dari para nabi dan rasul sahaja, sedangkan Ogy tidak pernah mengaku dirinya nabi. Nauzubillah.

Bagi saya apa yg dilakukan oleh Ogy sekarang ini adalah sesuatu yg betul. Jika di zaman kejahilannya dulu, mungkin beribu-ribu anak gadis yg mengikut jejak dan gaya perangainya, maka Ogy bertanggungjawab untuk membawa mereka ini mendekati Allah semula. Salah satu caranya adalah dengan menceritakan pengalaman beliau dan kekesalannya dgn apa yg dilakukan sebelum ini dan mengajak umat Islam yg lain kembali kepada ajaran Islam.

Tetapi nampaknya Si Haman Celaka ini tidak senang dgn perubahan Ogy ini. Arahan beliau tersebut, sebenarnya cuba menekan Ogy supaya berputus asa dgn jalan yg ditempuhinya sekarang. Apakah maksudnya yg mengatakan arahan akan ditarik balik jika Ogy kembali lurus. Apakah dgn cara Ogy sekarang ini yg bertudung litup itu adalah sesat dan terpesong? (Mungkin gaya mengerbang Rafidah korup itu lurus bagi Mid Man). Apakah jika Ogy kembali membuka aurat seperti dulu baru beliau dikira lurus? Apa yg menyakitkan hati ialah Mid Man tidak pernah bimbang dan kesal dgn pengaruh tidak sihat yg dibawakan oleh artis termasuk Ogy satu waktu dulu tetapi mula sibuk bila mereka insaf dan kembali kepada Islam.

Kepada Kak Ogy, tabahkanlah semangat. Usah gentar atau kecewa dgn arahan oleh si Mid Man itu. Teruskan perjuangan Kak Ogy di dalam dunia Islam ini. Sedarlah bahawa dugaan akan sentiasa menunggu kita. Beristiqamahlah Kak Ogy dan sentiasalah berada di dalam jemaah. Jangan sesekali bergerak/berjuang berseorangan. Sentiasalah mendampingi ahli jemaah dan di dalam situasi ini berdoalah banyak-banyak kepada Allah supya dikuatkan semangat dan iman Kak Ogy.

Saya juga ingin mengesyorkan kepada Kak Ogy supaya kembali ke Terengganu untuk mendalami lagi ilmu agama. Percayalah, di sini persekitarannya lebih aman dan tenang utk Kak Ogy menghambakan diri kepada tuhan. Juga di setiap pagi Jumaat Kak Ogy boleh mengikuti kuliah oleh Tuan Guru Menteri Besar di Masjid Rusila. Sesungguhnya kami amat berbesar hati jika Kak Ogy dapat kembali ke Terengganu dan berjuang bersama-sama muslimat Pas untuk menegakkan Islam di Malaysia ini. Kemasukan Kak Ogy ke dalam Pas akan menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli Pas khususnya dan pencinta Islam amnya.

Kepada rakan-rakan reformis yg lain marikan kita menghantar posting-posting pemberi semangat kepada Ogy supaya beliau tidak merasa keseorangan di dalam perjuangan ini.

Sekian. Lawan Tetap Lawan.

Doktor Muda


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com