Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PAS kesal kenyataan Hamid Albar

Sumber Berita :
Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kesal dengan kenyataan Menteri Luar, Dato' Seri Abdul Hamid Albar semalam yang menuduh PAS mengambil kesempatan politik di atas peristiwa penculikan di Pulau Sipadan baru-baru ini.

Ketuanya, Mahfuz Omar berkata, DPPP tidak mempunyai apa-apa "political mileage" dalam menangani isu tersebut.

"DPPP menghantar memorandum kepada Kedutaan Filipina atas kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab memastikan keselamatan dan kestabilan negara ini," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) selalu menuduh PAS tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada negara apabila kami berdiam diri dan mendakwa kami berkepentingan politik apabila berusaha untuk memgambil tanggungjawab," katanya.

Menurutnya, DPPP ikhlas untuk menyertai misi perundingan yang itu dan sangat optimis bahawa semangat aqidah dan ukhuwwah Islamiyyah boleh berperanan dalam rundingan itu.

Sehubungan itu, beliau berharap Wisma Putra bersikap terbuka dan berlapang dada berikutan tawaran oleh DPPP itu.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com