Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Respons Kepada "Kembali ke Persada Perjuangan" Laman Reformasi

(Dipanjangkan dari FGR)

Assalamualaikum

Setelah merenung saranan 'Kembali Ke Persada Perjuangan' dari Bekas Webmaster Laman Reformasi yang disusuli dengan ikrar "Pemuafakatan 'Siber' Yang Bersejarah" saya harap dapat dipastikan dengan lebeh spesifik lagi apa yang dimaksudkan dengan Laman Reformasi sudah "tergelincir" dari tujuan perjuangan asalnya.

Saya kira adalah perlu bagi pihak Webmaster untuk memberi garis panduan. Apakah topik-topik penulisan serta berita-berita yang dianggap terkeluar dari landasan perjuangan yang diasaskan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

Adakah penulisan, mithalnya oleh Amin Sapiro dianggap mempunyai ajenda tersembunyi kerana mirip penulisannya lebih kepada menyeru ahli-ahli UMNO supaya mengulingkan Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya dengan matlamat untuk memulihkan UMNO supaya dapat diterima kembali oleh orang Melayu.

Adakah artikel-artikel berunsur agama dikira punyai ajenda tersembunyi untuk memajukan kepentingan PAS; seperti penulisan-penulisan yang menyeru kepada perjuangan menegakkan negara Islam, isu aurat, gejala murtad yang banyak dikemukakan oleh penulis-penulis seperti Cucu Datuk Bahaman, Cilli Api dan Tarabulsi. Adakah penulisan seumpama ini juga akan kena 'ban'.

Harap mendapat penjelasan yang lebih lanjut lagi dari Webmaster Laman Reformasi supaya mudah bagi penulis-penulis Siber mengarah-tujukan hasil karya mereka kepada website yang berkesesuaian.

Terima kasih,

r4Mc.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com