Perjuangan nasionalis membendung konsep perpecahan
umat kerana ia memperjuangkan konsep jahiliyah, ia
tidak memperjuangkan hak Ilahiyah, hak Rasul dan hak
umat Islam.
Dilihat dari segi kebangsaan kemelayuan, jelas
perjuangan Umno telah gagal dan memperlihatkan bahawa
ianya adalah satu teori perjuangan yang kontradik (
bertentangan ) di antara teori dan praktikal.Nama
pertubuhan itu dinamakan dengan nama
Inggeris,sedangkan Melayu sudah merdeka dari
Inggeris.Umno tidak pernah memerintah bangsa Melayu
secara mutlak,tetapi ia telah bergabung dengan
pertubuhan nasionalis lain,iaitu nasionalis
Cina,nasionalis India,nasionalis Kadazan dan
lain-lain. Walaupun seribu kejelikan Umno dari segi
Umno,biarlah ia tetap terhumban di dalam kesesatan
yang tidak berpantai itu,tetapi apa yang perlu kita
sedari sebagai ummat Islam ialah tentang keganasan
perjuangan Umno terhadap gerakan Islam. Penindasan
bermakna kezaliman,kezaliman bermakna meletakkan
sesuatu bukan pada tempatnya.Maka di sini dapatlah
kita katakan bahawa penindasan Umno terhadap gerakan
Islam di Malaysia khususnya mengambil berbagai bentuk
antaranya:
1. Kerosakan perjuangan Umno itu sendiri
merupakan racun atau satu kekotoran,kerana ianya
batil,wajib kita orang Islam menghapuskan
kebatilan.Kebatilan perjuangan ialah ia telah
meletakkan Allah sebagai kawan perkongsian di dalam
menegakkan hukum dan pemerintahan.Firman yang
bermaksud:Adalah bagi Allah segala kejadian dan
urusan.Dan firmannya yang bermaksud:Tidak ada
kekuasaan memerintah itu melainkan kepunyaan Allah
sahaja.Ia perintah kamu jangan sembah dan mengabdikan
diri melainkan kepada Dia,kerana yang demikian itu
ialah agama yang lurus ( Yusuf: 40 ).Umno membawa
teori syirik dalam perjuangan.Kewujudannya adalah
fitnah.Sedangkan ‘Fitnah itu lebih bahaya dari
pembunuhan’.
Ia dikatakan fitnah oleh kerana ia memilih sifat-sifat
kekafiran,di mana ia membendung teori percanggahan
terhadap hukum Islam sebagai suatu konsep perjuangan.
Ciri-ciri kekafiran yang ada di dalam badan Umno ialah
yang nampak dengan jelas ialah di luar ialah : di luar
( pada nama pertubuhan ) nama disandar kepada nama
thaghut ( iaitu kebangsaan ), di dalam ( iaitu dasar
pertubuhan ) berlandaskan kepada matlamat thaghut
juga, bukan di atas dasar Allah Tuhanku, Allah
matlamat kami dan Allah Tuhan kami.
Gaya dan cara ( khittah atau guiding principle ) atau
garis perjuangan Umno tidak berlandaskan syariat
Allah, ia berlandaskan syariat Yahudi dan Nasrani.
Polisi: Umno tidak menjalankan polisi pertentangan
terhadap kafir, bahkan membawa dasar (polisi)
persahabatan atau bertolak ansur (kompromi) dengan
kafir. Ia tidak membawa dasar untuk menjatuhkan kafir,
hendak menghancurkan sistem kafir secara
keseluruhannya dan menegakkan kerajaan Islam dan hukum
Islam secara keseluruhan (total).
Jadi dapatlah disimpulkan di sini bahawa Umno itu
sendiri pun seperti ular senduk, samada ia gigit atau
mematuk, samada ia kecil atau besar, samada ia hidup
atau mati, maka ia tetaplah ular dan boleh dibunuh.
2. Penindasan secara terang-terang terhadap gerakan
Islam.
a. Meluluskan akta pengajian tinggi- Akta Universiti
dan Kolej.
b. Meluluskan akta ‘ISA’ dan Akta Pertubuhan 1981.
c. Pemecatan kakitangan dan penukaran pegawai-pegawai,
pensyarah-pensyarah dan guru-guru yang terlibat dengan
gerakan Islam.
d. Penangkapan terhadap ulama’.
e. Kawalan ketat terhadap kebebasan mengajar agama,
bersyarah agama, berdakwah, berkhutbah, dengan syarat
dan tauliah. Tauliah lebih rendah martabatnya daripada
lesen kereta motor yang boleh pergi ke mana-mana
sahaja di Malaysia, tetapi tauliah agama hanyalah
setakat sempadan negeri-negeri tertentu. Seolah-olah
agama Islam di Negeri Johor tidak sama dengan agama
Islam di Negeri Pahang atau lain-lain negeri.
Masjid-masjid dikawal ketat; masjid menjadi hak
kerajaan bukan hak Allah.
f. Tidak membenarkan menjemput penceramah agama yang
tertentu memberi ceramah agama di sekolah-sekolah, di
pejabat-pejabat dan di masjid-masjid yang di bawah
kekuasaan kerajaan.
g. Mensyaratkan secara tidak bertulis di dalam
peraturan kerajaan di dalam penerimaan pegawai-
pegawai atau guru-guru sesetengah institusi dengan
syarat-syarat mengisi borang Umno atau surat dari
cawangan Umno, dan lain-lain lagi.
Menyekat agama bermakna zalim, kerana agama yang
dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah merupakan rahmat.
Menyekat rahmat adalah seperti menyekat saluran air
untuk dibekalkan kepada orang ramai; adalah zalim.
Gerakan Islam juga bersifat rahmat, menyebarkan rahmat
Islam kepada semua umat manusia, menghapuskan penyakit
yang ada pada manusia dan menggantikan ia dengan ubat.
Menyekat kebebasan berdakwah dan berharakah bermakna
menyekat agama, yakni LAWAN TUHAN. Umno adalah sebuah
parti politik Melayu yang bekerja keras menyekat apa
sahaja gerakan Islamiah yang hendak menegakkan yang
ma’ruf dan menentang munkar, kerana bagi mereka agama
Islam dalam pengertian yang sebenar ( sebagai Ad-Deen
) lah yang akan menentang dewa-dewa nafsu mereka yang
berteraskan kemajuan kebendaan, yakni yang bertuhankan
hawa nafsu, iaitu misalnya seperti yang terkandung
dalam buku Malay Dilemma :Selagi orang Melayu
berpegang teguh dengan agama Islam ,selagi itulah
orang Melayu tidak akan maju. Menteri Kewangan ,Tengku
Razaleigh di Pulau Pinang pada 27 Mac 1982 telah
menyeru agar seluruh rakyat menolak parti-parti agama
dan perkauman kerana parti-parti tersebut mengancam
perpaduan dan persefahaman antara kaum yang telkah
wujud selama ini.Beliau menambah lagi bahawa isu-isu
seperti ayat Al-Quran yang digunakan ..........untuk
mencari pengaruh mereka di kalangan orang-orang Melayu
amat berbahaya kepada perpaduan kaum yang telah
menjamin keselamatan negara selama ini.Inilah antara
kekeliruan dan usaha yang dibuat untuk menentang Islam
yang dibuat oleh Umno. Ucapan ini dengan jelasnya
menafikan Umno sebagai parti agama dan bererti menolak
Al-Quran sebagai perlembagaan(piagam) hidup manusia.
Di sini kita cuba mendekatkan maksud ‘berpegang teguh
dengan agama’ (Petikan Malay Dilemma):Ia bermaksud
selagi orang-orang Islam melakukan yang haram,tidak
memakan riba’ sekalipun ia dikatakan kemajuan
masyarakat dan selagi orang-orang Islam berpegang
bahawa orang-orang Kafir tetap musuh Allah dan musuh
mereka,selagi itu orang-orang Melayu tidak menerima
konsep kemajuan haram dan pembangunan bathil .Maka
jika masyarakat Melayu Islam berpegang dengan ini maka
golongan pemimpin yang hendak menegakkan Thoghut akan
tergugat,oleh sebab itu bukanlah gerakan Islam sebagai
musuh Umno, tetapi Islam yakni menyuruh berbuat baik,
menyuruh menyembah Tuhan,mencegah kejahatan, melarang
sembah Thoghut ,sebagai musuh mereka. Dan bukan Islam
sebagai musuh Umno tetapi Tuhan. Sebaliknya bukan
Islam -DAP,MCA,MIC sebagai kawan Umno sahaja dan bukan
suruh buat jahat dan larang buat baik sebagai dakyah
Umno ,tetapi sebenarnya Umno berkawan dengan Thoghut
(Syaithon)-Sesungguhnya orang-orang kafir itu,
pemimpin mereka adalah Syaithon. Dengan demikian tidak
hairanlah kalau Umno menyekat sebarang gerakan dakwah
yang mempunyai konsep Ad-deen asebagai An-Nidzam
wad-Daulah(undang-undang dan pemerintahan).Dengan
penyebaran dakwah Umno ini perutusan atau mesej
keadilan Ilahi dirasakan oleh mereka akan tersekat
atau tertutup tetapi tidak,Allah akan menutup mulut
mereka.
3. Penindasan secara tersembunyi atau perang ideologi.
Umno merupakan sebuah badan yang bertanggung jawab
melancarkan penindasan terhadap harakah Islamiah di
Malaysia ini dengan mengatur berbagai taktik dan
polisi yang tidak di sedari atau difahami oleh
kebanyakan umat Islam.Ia melancarkan polisi ‘kelabu’
atau ‘jerat samar’ dan demi kejayaan polisi kotor ini
ia telah menjalankan taktik licin dan kotor terhadap
gerakan Islam.Contohnya seperti mengalih perhatian
umum di dalam sesuatu isu (permasalahan),seperti isu
‘Islam dan Pembangunan’, ‘Islam dan Kemajuan’.Di sini
,mereka melancarkan polisi mengaburkan Islam yang
bersih kedudukannya terhadap pembangunan dan kemajuan
,sehingga kan masyarakat menerima bahawa pembangunan
dan kemajuan merupakan matlamat utama di dalam
perjuangan Islam.Ia menggambarkan Islam dengan
gedung-gedung besar dan projek yang seumpama dengannya
sebagai induk dan dasar utama Islam,sedangkan hukum
Islam dianggap tidak berguna buat masa sekarang. Ia
melancarkan fahaman sekular di dalam Islam,agama dan
pemerintahan adalah berasingan.Fahaman sekular adalah
jerat yang membelenggu leher ummat Islam,manakala
ummat Islam dijerat dengan fahaman sekular,maka
ditikam pula dengan keris ,iaitu keris “Melayu adalah
Islam dan Islam adalah Melayu”,sebagai lawan Islam
iaitu kafir,dianggapnya kafir itu tidak akan menimpa
ke atas orang Melayu,kafir itu hanya menimpa bangsa
lain.Dengan itu matilah jiwa Islam di dalam tubuh
orang Melayu
dan yang hidup ialah konsep kebangsaan dan pendewaan
dalam agama mengambil alih bentuk pemujaan-pemujaan
seperti yang berlaku di dalam agama Buddha,Hindu dan
Kristian yang telah meletakkan konsep mendirikan
sembahyang sebagai tiang agama itu sama status atau
kedudukannya dengan peranan kemenyan dan lilin di
kuil-kuil. Umno senantiasa membuat analisa sosial di
kalangan orang-orang Melayu yang berpegang kepada
agama Islam. Aliran-aliarn harakah dan gerakan
Islamiah yang hendak memperjuangkan tertegaknya hukum
Islam di dalam negara dan tertegaknya hukum dan
ciri-ciri Islam dalam peribadi dengan ciri-ciri
tertentu seperti berjanggut dan berserban, maka Umno
telah menetapkan bahawa di dalam perjumpaan rasmi yang
diadakan dengan pembesar-pembesarnya hendaklah ada
orang yang berpakaian serban supaya mereka dapat
pamerkan di televisyen bahawa mereka juga menjalankan
agama Islam, padahal perintah memakai serban yang
mereka anjurkan itu atas asas nifaq bukan di atas
ketaqwaan.
Mereka telah menganalisa hobi atau kesukaan
orang-orang Islam di zaman penjajah dahulu suka dengan
berzanji, suka dengan berselawat, suka menyambut
maulud. Maka mereka terus mengadakan
rancangan-rancangan ini,dan rancangan-rancangan ini
disebarkan melalui pertandingan dan sebaran risalah.
Kami tidak bermaksud untuk menafikan kebaikan ini
semua di dalam menyebarkan perkara itu adalah atas
asas hendak menyatakan bahawa mereka telah pun
berjuang menegakkan agama Islam seperti gerakan Islam
lain dengan mengadakan perarakan maulud, pertandingan
maulud, pertandingan berzanji, pertandingan
tilawatul-Quran dan sebagainya. Padahal perarakan
maulud itu disamakan dengan perarakan hari
kemerdekaan, dan bertandingan berzanji atau membaca
Al-Quran pula disamakan dengan pertandingan ratu
cantik, kerana jika mereka sebenarnya ingin menegakkan
Islam tentulah mereka menghapuskan pertandingan ratu
cantik terlebih dahulu, atau yang seumpamanya terlebih
dahulu.
Mereka secara tidak langsung telah meletakkan taraf
agama Islam pada darjah yang sama dengan agama yang
pernah dibuat oleh Akbar di India iaitu agama yang
luas yang boleh berkompromi (bertolak ansur) dengan
agama lain. Mereka juga telah menjadikan Islam sebagai
agama upacara dan bukan agama undang-undang. Mereka
telah menjadikan syariat atau hukum Allah lebih hina
daripada syariat yang dibuat oleh fikiran mereka.
Orang yang berzina didenda tidak lebih daripada RM
1,000 ringgit, sedangkan denda mambuang sampah pula
hingga RM 2,000.
Mereka telah mengadakan program-program yang padat
bagi melalaikan umat Islam daripada beribadah kepadah
Allah, seperti program yang ada di dalam televisyen,
di dalam alat sebaran am yang lain, di dalam dasar
pelajaran, di dalam dasar pemerintahan dengan
menjadikan kementerian kebudayaan belia dan sukan
sebagai jentera perosak akidah belia-belia Islam. Ke
dalam masyarakat kampung mereka anjurkan institusi
atau lembaga yang ‘lagha’ , yang sepatutnya di zaman
jahiliyah perbuatan lagha atau melalaikan atau maksiat
di jalankan secara individu , tetapi pada zaman
sekarang Umno telah menganjurkan maksiat melalui badan
dan pertubuhan, misalnya pertandingan
permainan-permainan tradisi seumpama dondang sayang,
boria, dikir barat, pertandingan burung, gasing dan
lain-lain.
Mereka telah menyerang daerah-daerah Islam yang baik
dengan mambekalkan kata-kata kotor daripada
sumber-sumber yang kotor seperti menghalalkan loteri,
menghalalkan ASN, menggalakkan pinjaman berunsurkan
riba’, mereka telah membuka lubang kejahatan dengan
seluas-luasnya di samping mereka juga mengadakan
usaha-usaha kebajikan.
Perangkap samar yang dipasang oleh mereka ialah mereka
mengasuh fikiran manusia supaya yakin bahawa segala
rezeki dan punca kehidupan manusia terletak di tangan
kerajaan, bukan terletak di tangan Allah, sehingga
orang-orang mukmin tidak ada sifat tawakkal, bila
tidak ada tawakkal kepada Allah dengan sendirinya umat
islam menjadi kafir.
Dengan melancarkan serangan-serangan ideologi ini
mereka dapat membendung perkembangan harakah Islamiah,
kerana bagi mereka orang-orang yang diorientasikan
otak ( dilatih dan dibiasakan ) dengan cara yang
demikian itu tidak akan sedia memberi sokongan kepada
mana-mana gerakan Islam yang menggugat kemewahan, ia
tidak menyokong gerakan Islam yang boleh meragut
nyawanya sekalipun pada jalan Allah, tetapi ia akan
menyokong mana-mana gerakan lain walaupun kerana
mendapat gaji RM 200, ia sanggup mati di jalan
thaghut. Jadi serangan-serangan ideologi ini merupakan
satu taktik untuk menyekat aliran perkembangan harakah
Islamiah yang sebenar.
Termasuk taktik yang digunakan dalam memasang
perangkap samar ini ialah dengan wang dan pangkat.
Dengan wang Umno boleh membeli ulama’, boleh membeli
golongan di kampung dengan memberi pangkat JKKK
sehingga kelabu mata ulama’ itu dan mereka
memperkudakan ulama’ dengan wang dan penghormatan yang
diberi dengan mengadakan jamuan-jamuan, majlis-majlis
kesyukuran sehingga para ulama’ dan pendakwah nya
lupa, dan hanya faham bahawa dakwah ialah mengajar
Al-Quran dan sembahyang, dan kalau mahu menegakkan
hukum Islam serahkan kepada kerajaan. Dengan wang yang
banyak yang mereka dapati daripada musuh-musuh Islam
di dalam atau di luar negeri ia dapat menidurkan
ulama’, ia dapat menutup agama Islam.
Di dalam serangan ideologi ini mereka mengadakan
serangan serampang dua mata, mata yang pertama menikam
di kalangan intelektual dan ulama’, iaitu supaya
ulama’-ulama’ ini yang mempunyai pengaruh kepimpinan
di dalam masyarakat dapat mempengaruhi
golongan-golongan jahil. Mata kedua pula menikam
golongan-golongan yang tidak berpelajaran, biasanya
golongan-golongan ini terdiri daripada
samseng-samseng, atau jahat atau memberi wang ataupun
pekerjaan bermutu rendah atau buruh kasar atau pangkat
seperti JKKK dan lain-lain. Golongan-golongan ini
dapat mempengaruhi golongan yang setaraf dengannya dan
mereka sanggup menjadi tentera-tentera Umno di dalam
mengganyang pejuang-pejuang Islam.
Bentuk penindasan yang ketiga adalah paling merbahaya
dan meracun generasi umat Islam kerana orang Melayu
yang memang sifatnya sederhana dan perlahan-lahan itu
lambat sedar untuk memberi sokongan kepada gerakan
Islam yang sebenar dan menentang Umno, kerana
kesedaran untuk menentang Umno biasanya disebabkan
oleh penindasan-penindasan Umno secara terang-terangan
terhadap gerakan Islam.
Umno juga menggunakan cap-cap tertentu terhadap
gerakan-gerakan Islam bertujuan untuk menakut-nakutkan
orang ramai daripada mendekati dan menyokong gerakan
Islam, mislanya; dakwah fanatik, ekstremis, songsang,
anti-nasional, lebih merbahaya daripada komunis, anti
kemajuan dan lain-lain lagi. Gelaran-gelaran ini
adalah gelaran-gelaran yang pernah lahir dalam bentuk
yang tersendiri di zaman Firaun, Namrud, zaman Abu
Jahal dan Abu Lahab yang digunakan untuk menentang
para utusan Allah swt.
Walaubagaimanpun samada Umno menentang gerakan Islam
atau tidak, atau Umno berikat dengan komponan parti
lain atau tidak, tetaplah bahawa Umno itu sendiri
tidak sah dan perjuangan Umno itu tetap perjuangan
bathil, thaghut dan merbahaya.
7. Umno menyebarkan fahaman pembangunan dan hawa nafsu
dan pemujaan hawa nafsu atau ideologi pembangunan dan
modenisma.
Modenisma ialah satu akidah atau ideologi yang menjadi
asas kepada satu cara hidup yang mempercayai bahawa
tidak ada kebenaran melainkan apa yang didapati di
alam kenyataan sahaja.Adanya Allah SWT dan hari
akhirat dinafikan kebenarannya kerana perkara-perkara
ini adalah perkara yang ghaibdan tidak dapat dilihat
dan dirasakan dengan pancaindera manusia.
Ciri-ciri sifat modenisma ialah:
1. Menolak dan mengingkari hari kiamat.
Mereka tidak mempercayai hari kiamat. Oleh itu
matlamat hidup mereka hanyalah mengejar keemewahan
kebendaan, kejayaan keduniaan, kerehatan rohaniah dan
kebahagiaan peribadi. Tidak ada sifat dan rasa
tanggungjawab kepada Penciptanya iaitu Allah. Apa yang
mereka percaya bahawa tanggungjawab mereka hanyalah
terhadap dirinya sendiri sahaja.
2. Menyembah dan mendewa-dewakan manusia
Penyembahan terhadap manusia seringkali berlindung di
sebalik sains. Kaum modenis yakin bahawa kemajuan
mereka dalam pengetahuan sains pada akhirnya akan
memberikan mereka semua kuasa Tuhan dan melalui sains
kebenaran akan dapat dijumpai apabila rekaan alat-alat
moden dibuat setelah manusia mencapai kemajuan yang
tinggi.
Satu lagi bentuk pendewaan manusia ialah nasionalisme
( semangat kebangsaan, asabiah atau perkauman);iaitu
pendewaan terhadap kelompok kaum sendiri yang tertentu
dan sekaligus menaruh rasa benci terhadap orang-orang
asing dan kaum-kaum lain daripada kaumnya.
3. Mempercayai bahawa tidak ada ukuran objektif
(tepat) dan mutlak bagi kebenaran
Kaum modenis yakin bahawa kebenaran dan sifat-sifat
akhlak itu hanya bersifat relatif (sementara) sahaja
dan kesahihannya adalah dibatas olah masa, tempat dan
keadaan ,ertinya menolak kerohanian dan alam ghaib
atau menolak agama.
Kalau saudara sekalian memerhatikan dengan mata hati
yang sesungguhnya, maka ketiga-tiga ciri itu, iaitu
ciri modensima yang lahir dalam alam sekular itu
sedikit sebanyak ada pada Umno dan seterusnya ada pada
rakyat yang dipimpinnya.
Sepanjang sejarah perjuang Umno dari 11 Mei 1946
hinggalah sekarang, ketiga-tiga ciri di atas lahir
pada ucapan-ucapan, tindakan-tindakan dan perlakuan
para pemimpinnya dan juga penyokongnya. Lebih ketara
lagi ialah pada sifat dan dasar parti Umno itu sendiri
yang berteraskan kepada kebangsaan dan pragmatik.
Pembentukan ahli-ahlinya ialah kepada cintakan dunia,
bukan untuk melahirkan generasi yang cintakan Allah
dan Rasul.
Saudara-saudara kami yang cintakan Allah dan Rasul!
Perjuangan Umno yang menyebarkan ajaran sesat dan
songsang yang diistilahkan sebagai Fahaman Pembangunan
dan Modenisme itu adalah mengancam kesucian Iman dan
mengotori perjuangan dan memesongkan matlamat hidup
insan yang sebenarnya. Umno membawa diri-diri kita dan
generasi kita yang akan datang ke neraka, bukannya ke
syurga.
Modenisme merosakkan Iman kita kerana ia meletakkan
kepercayaan kepada kebendaan dan membiakkan suasana
atau perasaan cintakan dunia sebagai matlamat hidup
dan takutkan mati kerana perjuangan Islam.
Mengikut Al-Ustaz Said Hawa dalam bukunya Al-Islam
bahawa adalah membatalkan Islam atau menjadi kafir
sesiapa yang mencintai kehidupan dunia mengatasi
kecintaan kepada akhirat, ia telah menjadikan ia telah
menjadikan dunia ini sebgai matlamat hidupnya yang
utama. Iaitu sebagaiman firman-Nya yang bermaksud;
“ Allah juga yang mempunyai segala yang ada di langit
serta yang ada di bumi, dan kecelakaan besar bagi
orang yang kufur ingkar ( terhadap Al-Quran ) dari
azab yang amat berat ( yang akan menimpa mereka kelak
). Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada
akhirat dan menghalang manusia daripada jalan Allah,
dan menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong,
mereka itulah orang-orang yang terjerumus kedalam
kesesatan yang jauh terpesong,” Ibrahim : 2-3.
Firman Allah yang bermaksud: Barangsiapa yang keadaan
usahanya semata-mata berkehandakkan dunia dan
perhiasannya ( dengan tidak disaksikan sama oleh
Al-Quran tentang sah dan batalnya ), maka Kami akan
sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka
tidak akan dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah
orang-orang yang tiada baginya pada akhirat kelak
selain daripada azab neraka, dan pada hari itu
gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan
batallah apa yang mereka kerjakan.
Hud : 15-16
Kita selalu mendengar orang-orang yang melaungkan
persamaan usaha dan tumpuan antara dunia dan akhirat,
sebenarnya mereka itu tidak sedar bahawa sebenarnya
mereka sedang menyesatkan diri mereka
dan masyarakat yang mengikuti mereka. Mereka yang
berkata dan berseru dengan seruan supaya disamakan
antara usaha mengejar dunia dan usaha mengejar akhirat
adalah mereka sebenarnya yang menyebarkan ajaran
songsang dalam masyarakat; ucapan seperti ini ialah
ucapan yang sudah menjadi ucapan asam garam bagi
kalangan ahil-ahli Umno. Malah yang lebih sesat dan
lebih jahat lagi ialah ada yang sanggup berkata bahawa
Nabi Muhammad saw berkahwin dengan Khadijah adalah
bermkasud untuk mengejar pembangunan dan kemewahan
dunia. Jelas kepada kami bahawa siapa yang berkata
demikian runtuh Imannya berdasarkan kepada pendapat
Ustaz Said Hawa, bahawa perkara yang ke-13 yang
meruntuhkan Iman ialah mereka yang tidak beradab dalam
pergaulan dengan Rasulullah saw, iaitu mengejek
tentang keadaan hidup, perbuatan, dan perjalanan hidup
baginda Rasulullah saw; perkara yang ke-17 meruntuhkan
Iman ialah tidak mengetahui atau mengenal Rasul dengan
sebenarnya atau menafikan adanya sifat-sifat terpuji
yang ada pada Rasullah saw yang diberikan oleh Allah
atau menghina sifat-sifat kepujian atau tidak
meng`iqtikadkan bahawa bagindalah contoh ikutan yang
terbaik bagi manusia.
Mengenai kehidupan dunia Allah telah berfirman dalam
surah Ali Imran, ayat 14-15; yang bermaksud :
Dijadikan indah pada ( pandangan ) manusia kecantikan
kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita,
anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak,
kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah
ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi
Allah tempat kembali yang baik ( syurga). Katakanlah:
inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik
daripada demikian itu? Untuk orang-orang yang
bertaqwa( kepada Allah ) pada sisi Tuhan mereka ada
syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka
kekal di dalamnya. Dan ( ada pula ) isteri-isteri yang
disesuaikan serta keredhaan Allah. Dan Allah Maha
Melihat akan hamba-hamba-Nya.
Hasil perjuangan Umno, maka di kalangan masyarakat
Melayu Muslim hari ini, modenisma telahpun diterima
sebagai polisi dan matlamat hidup.Walaunpun mereka
sembahyang, puasa, zakat, dan menunaikan haji, tetapi
dalam hidup sehariannya telah meletakkan peningkatan
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sebagai matlamat
perjuangan.Maka tidak hairanlah keluar kata-kata
daripada pemimpin-pemimpin Umno : Dasar Ekonomi
Barulah yang akan menyelamatkan Melayu, matlamat orang
Melayu ialah 30 peratus penguasaan ekonomi negara pada
tahun 1990.Amanah Saham Nasionallah penyelamat bangsa
Melayu dan lain-lain lagi kata-kata hikmat yang
memesongkan manusia Melayu Islam.Sampai satu peringkat
manusia Melayu sudah percaya bahawa kerajaanlah yang
memberi rezeki kepada mereka.Hidup mati mereka adalah
di tangan kerajaan.Projek-projek dan rancangan
pembangunan yang kerajaan buatlah yang akan
menyelamatkan mereka.Sudah syirikkah mereka? Bukankah
ini ajaran komunis, ajaran Firaun? Muslim moden
percaya bahawa progress atau kemajuan atau pembangunan
adalah menjadi ukuran untuk menilai seseorang atau
sesebuah negara.Misalnya Presiden Naser di Mesir telah
telah mempengaruhi rakyatnya supaya percaya bahawa
Islam memundurkan ekonomi negara.Oleh itu untuk
menjadi kaya dan kuat adalah perlu untuk meninggalkan
Islam.Arab Saudi pula mempengaruhi rakyatnya dengan
mengatakan bahawa pembangunan itu fardhu a’in, Allah
SWT telah menyuruh kita supaya menjadi kaya dan mewah
seberapa cepat yang boleh. Secara umumnya Umno
beranggapan bahawa kebahagian yang diingini oleh
manusia itu boleh dicapai dengan meningkatkan
kemewahan dan mengurangkan kesusahan.Mereka cuba
berhujjah bahawa tiada pertentangan percanggahan
antara pembangunan ekonomi dengan Islam.Mereka
mencorakkan polisi masyarakat supaya sesuai dengan
kehendak pembangunan. Contoh polisi itu ialah seperti:
Kawalan penduduk- Penduduk yang terkawal jumlahnya dan
saiz keluarga yang kecil akan meningkatkan tabungan
wang dan pelaburan, dengan itu akan bertambah
keselesaan dan kemewahan hidup.
Dasar atau polisi pelaburan - menambahkan lagi
penglibatan masyarakat dalam perjalanan polisi-polisi
pembangunan.Ini adalah satu proses di mana nilai-nilai
barat diterima oleh masyarakat dengan tidak secara
langsung.
Polisi pelancongan- matlamat utamanya ialah
keuntungan.Soal kemasukan pengaruh-pengaruh kafir yang
berlawanan dengan Islam tidaklah menjadi perhatian
mereka.
Perkilangan dan perbandaraan- perkara yang penting
ialah supaya tercapainya mutu hidup yang tinggi, dan
dengan sendiri lahir jiwa kebendaan. 5.Pendidikan-
supaya lahir generasi yang mendokong polisi
pembangunan ekonomi, dan menerima modenisma sebagai
matlamat hidup. Kesemua polisi-polisi di atas adalah
bertentangan dengan Islam.Islam mengehadkan keinginan
nafsu kepada kehendak-kehendak yang tidak perlu dan
membazir. Hidup mestilah secara hidup sederhana.Islam
menutup kesemua pintu-pintu kepada perbelanjaan
membazir. Islam mengajurkan cara hidup zuhud iaitu
cara hidup Rasulullah saw.
Rasulullah saw sendiri selalu mengingatkan kita dari
bahaya kemewahan peningkatan hidup. Dari kumpulan Imam
Bukhari, Muslim dan Abu Said, sabda Rasulullah saw;
Ertinya: Yang paling kukhuatiri bagi kamu ( umatku )
ialah keberkatan bumi yang dikeluarkan Allah untukmu.
Orang bertanya, apakah keberkatan bumi itu?
dijawabnya; kemewahan dunia .
Malah Rasulullah saw sendiri selalu pula berdoa supaya
dihindarkan dari kemewahan hidunya. Riwayat Imam
Tarmidzi, Ibnu Majjah daripada Abu Said, sabda
rasulullah saw:
Ertinya: Ya Tuhanku, jadikanlah makanan keluarga
Muhammad secukupnya.
Sabdanya lagi:
Ertinya: Ya Allah, hidupkanlah daku sebagai orang
miskin, dan matikanlah aku dalam keadaan miskin dan
masyarkanlah ( himpunkanlah ) daku dalam rombongan
orang-orang miskin.
Kami bukan menolak peralatan moden, tetapi kami
menolak IDEOLOGI PEMBANGUNAN. Penciptaan benda-benda
adalah masalah daya ciptaan manusia, dia akan sentiasa
berkembang.Tapi kita mesti ingat, bahawa penciptaan
alat-alat moden oleh Barat,sebahagiannya adalah
berdasarkan pemujaan hawa nafsu dan berunsur
penindasan. Sebagai kesimpulannya dapat dikatakan
bahawa antara Islam dan Barat ( modenisma yang
didukung oleh Umno ) tidak mungkin ada tolak ansur dan
titik persamaan baik dari segi ideologi mahupun dari
segi metodologi ( kaedah ).MODENISMA DAN PEMBANGUNAN
EKONOMI ADALAH SATU IDEOLOGI DAN CARA HIDUP YANG
MENYESATKAN MANUSIA.Ia melumpuhkan gerakan ummat Islam
untuk kembali kepada Islam, ia merosakkan sendi -sendi
akhlak Islam.Ia meruntuhkan semangat JIHAD.Persoalan
ekonomi bukanlah merupakan satu masalah besar dalam
Islam, ia hanya berkenaan dengan pembahagian rezeki
dan harta kekayaan secara saksama dan setiap individu
mestilah mengurangkan kehendak hawa nafsu
masing-masing.Marilah kita kembali kepada cara hidup
Islam yang sesungguhnya.
8. UMNO mencegah manusia ke masjid dan lalai terhadap
azab Allah, lupakan azab neraka.
Allah menjadikan insan supaya mereka beribadah
kepada-Nya, lalu dijadikan bumi tempat tinggal mereka
buat sementara, diprtingatkan bahawa iblis merupakan
musuh mereka yang nyata, lalu didatangkan hidayah
untuk mengatasi tipudaya iblis dan tentera-tenteranya,
dan untuk kembali hampir ke sisi hadhrat-Nya yang
mulia, tetapi sayangnya di antara insan banyak yang
mengingkari hidayah, dan umurnya dihabiskan di dalam
hiburan dan kerja yang sia-sia. Maka celakalah orang
yang di dalam keadaan alpa. Celakalah ia, kepada
sebilangan kecil yang menurut hidayah, kepada mereka
disegerakan syurga di dunia, syurga Iman dan maarifat,
sedangkan syurga yang lebih nikmat di akhirat menunggu
mereka.
Hasil daripada cara hidup sekular yang dibendung dan
dipuja oleh Umno dan dihayati oleh kebanyakan rakyat
Malaysia, maka kita melihat hati manusia sedang berada
di dalam keadaan resah gelisah dan kesedihan yang amat
sangat, dan amat hauskan sesuatu yang dapat memberi
ketenangan dan kebahagiaan. Sebenarnya hati itu sudah
jauh dari Allah, maka dekatlah ia dengan syaitan dan
iblis. Firman Allah yang bermaksud: “ Dan barangsiapa
yang berpaling dari menyebut dan mengingati Tuhan
Ar-Rahman, nescaya Kami letakkan baginya seekor
syaitan untuk menjadi temannya.” AZ- Zukhruf: 23
Mungkin terlalu berat untuk menuduh Umno dan juga
kerajaannya mencegah manusia ke masjid, menyebabkan
manusia lalai dari mengingati Allah dan menyebabkan
manusia lupa akan nasibnya di akhirat kelak, tetapi
apabila diteliti, itulah hakikatnya. Di satu pihak
kerajaan Umno membina masjid, akan tetapi pada masa
yang sama mereka menganjurkan , membenarkan atau
menyokong dijalankan perbuatan-perbuatan yang
melupakan manusia kepada Allah. Alangkah besarnya dosa
mereka.
Sekularisme yang disebarkan oleh Yahudi dan Nasrani
tidak berjaya mengajak orang Melayu Islam ramai-ramai
mengisytiharkan diri mereka keluar dari Islam,
walaupun begitu Yahudi dan juga Nasrani berjaya
mensyirikkan Melayu Islam supaya meninggalkan cara
hidup Islam dan mengamalkan cara hidup jahiliyyah.
Musuh-musuh Allah tidak akan redha selama-lamanya
sehinggalah kaum Muslimin mengikuti millah ( agama
atau cara hidup ) mereka seperti firman Allah yang
bermaksud: “Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha
selama-lamanya dengan kamu sehingga kamu mengikuti
millah mereka.” - Al- Baqarah:120
Kerajaan Umno adalah bertanggungjawab mengeluarkan
lesen-lesen arak, judi dan tempat-tempat hiburan yang
menggalakkan perzinaan dan pelacuran.
Radio dan televisyen adalah merupakan alat iblis, alat
Yahudi dan Nasrani yang paling bahaya sekali dan
merosakkan kehidupan kerohanian insan. Ia merupakan
panggung wayang kecil yang sedang pesat masuk ke dalam
rumah orang-orang Islam. Radio dan televisyen adalah
pada asalnya suatu alat hiburan dan bukan sangat alat
menyampaikan berita atau mendidik manusia dengan
akhlak yang luhur, ia juga bukan alat untuk
menambahkan Iman, bukan alat yang mendorongkan manusia
beribadah dan bermujahadah supaya Allah membukakan
jalan-jalan-Nya untuk sampai ke makam yang tinggi di
sisi-Nya.
Kerajaan Umno membenarkan tersebarnya akhbar-akhbar
dan majalah-majalah yang menyiarkan gambar-gambar dan
cerita-cerita yang melupakan manusia kepada Allah dan
memuja hawa nafsu.
Kerajaan Umno menganjurkan, membenarkan atau menyokong
diadakan pesta-pesta kebudayaan tradisi bangsa yang
bercorak jahiliyyah, yang melekakan, yang memuja
nafsu, yang mencegah manusia ke masjid, yang mencegah
manusia membaca dan meneliti ayat-ayat suci Al-Quran
dan Hadis-hadis, dan yang melupakan manusia
mengenangkan nasibnya di akhirat kelak.
Bolehkah kemaksiatan dan kemungkaran yang disebutkan
di atas dan yang tidak disebutkan boleh ditegah dengan
khutbah yang hanya sekali seminggu, ceramah agama
sekali sebulan atau sekali-sekala, dengan bulan
dakwah, dengan perayan dan perarakan maulidur-Rasul
saw, dengan pertandingan membaca Al-Quran dengan
papan-papan tanda yang ditulis dengan ayat-ayat suci
Al-Quran dan Hadis-hadis. Amat sedikit kesannya. Kalau
inilah cara yang terbaik, maka orang-orang yang
mula-mula sekali melakukannya ialah Nabi besar kita
Nabi Muhammad saw. Baginda boleh menjemput Abu Jahal
dan Abu Lahab merasmikan pertandingan membaca
Al-Quran, baginda boleh meletakkan ayat-ayat suci
Al-Quran di Kaabah dan di sekitar Mekah.Tetapi ini
bukan ini jalannya, Nabi saw mencabar kekuasaan
thaghut, menentang kesyirikan dalam masyarakat, inilah
akhlak yang terpuji. Baginda tidak bertolak ansur
dengan kerajaan taghut, tidak pernah mengajak
berunding dan jauh sekali dariripada untuk bekerjasama
dalam perkara yang bertentangan dengan perintah Ilahi
.Marilah sama-sama kita mengikuti sunnah Nabi saw.
Marilah bersama-sama kita menyelamatkan diri kita dan
jenerasi jenerasi kita yang akan datang. Firman Allah
yang bermaksud: Hai orang-orang yang
beriman,peliharalah dirimu dan kelurgamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras,
tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperitahkanNya kepada mereka dan mengerjakan apa yang
diperintahkan.At-Tahriim:6.
FirmanNya lagi: Sesungguhnya berjayalah orang-orang
yang beriman, iaitu mereka yang khusyu’ dalam
sembahyangnya;dam mereka yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia;dan mereka yang
berusaha membersihkan hartanya ( dengan cara
menunaikan hak harta itu );dan mereka yang menjaga
kehormatannya;kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah
tercela;kemudian, sesiapa yang mengingini dari yang
demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui
batas;dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;dan
mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;mereka
itulah orang-orang yang berhak mewarisi, yang akan
mewarisi syurga Firdaus;mereka kekal di dalamnya.
Al-Mukminun:1-2
Ayat di atas menerangkan tujuh sifat yang menjadikan
orang-orang mukmin beruntung.Selama 25 tahun mencapai
kemerdekaan, dan berada di bawah pemerintahan Umno,
adakah kita semakin hampir atau semakin jauh daripada
tujuh sifat itu? Kalau semakin jauh apakah tindakan
yang harus dilakukan. Sabda Nabi saw:
Maksudnya: “ Siapa yang menolong mengangkat orang
zalim, Allah akan mengenakan kezaliman itu ke atas
dirinya.”
Zalim yang sesungguhnya ialah menolak Allah dan Rasul,
sebaliknya menerima dan mengikuti thaghut.
PENUTUP
1. Daripada seluruh huraian yang kami kemukakan,
jelaslah bahawa Umno adalah sebuah parti yang sesat
lagi menyesatkan. Umno memilih jalan yang bathil,
jalan thaghut, bukannya jalan yang haq dan benar,
jalan neraka bukan jalan syurga. Kebaikan yang
dilaksanakan adalah kebaikan yang tiada nilainya jika
di-bandingkan dengan kezaliman hakiki yang dilakukan oleh
Umno iaitu menolak Islam secara keseluruhan, menolak
Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan hidup,
sebagai dasar hidup masyarakat dan negara Malaysia.
Walaupun Umno mengakui ia adalah parti Islam yang
terbesar di Malaysia dan parti Islam yang ketiga
besarnya di dunia, walaupun Umno membuat sejuta
masjid, membuat sejuta universiti Islam, membuat
sejuta institusi atau badan ekonomi Islam, membuat
pertandingan Al - Quran setiap bulan, dan membuat
berjuta- juta lagi kebaikan yang lain, tetapi Umno
masih lagi bersifat dengan sifat kekafiran, sifat
thaghut, masyarakat tidak akan terlepas bebas daripada
KEMURTADAN ( terhadap sesiapa yang redha dan menyo-
kong Umno ) sehinggalah Perlembagaan Malaysia itu
diubah menjadi Perlembagaan Islam. Perlembagaan itu
menjadi perlembagaan yang mengakui Kedaulatan Allah,
mengakui Ketinggian Allah, mengakui Allah-lah Yang
Maha Berkuasa, dan menentukan segala-galanya
berdasarkan Al - Quran dan Al-Hadis. Perlembagaan yang
didasarkan kepada Laailahaillah Muhammadar -
Rasulullah, negara yang tunduk kepada Allah sebagai
penjelmaan daripada Kalimah Thayyibah itu. Kalau
tidak, maka bererti kita sekarang dan sampai bila-bila
seolah-olah berada di dalam api, dan menanti di
akhirat api neraka yang tidak tergambar azabnya. Yang
mencorakkan hidup kita sekarang ialah Perlembagaan
Malaysia itu, ia seumpama pokok beracun, ia mesti
dibunuh, dicabut hingga ke akarnya. Kalau hanya
dipotong - potong dahannya dan di situ ditampal dahan
pokok yang manis lagi lazat, tetapi walaupun kelak
akan keluar buah yang manis lagi lazat tetapi tetap
juga beracun dan berbahaya kerana ia hidup subur di
atas pokok yang beracun. Wahai saudara-saudaraku
seagama! Kalau saudara masih menyokong Umno, bererti
saudara redha dengan segala-galanya yang telah di-
lakukan oleh Umno, iaitu terhadap apa yang telah kami
huraikan di atas atau kepincangan-kepincangan lain
yang tidak kami huraikan.
2. Kami ingin berbicara dengan saudara-saudara kami
yang masyarakat dunia menggelarkannya Al-USTAZ,
TUAN-TUAN GURU dan ULAMA’ yang memasuki Umno supaya
memperbaiki diri mereka dari dalam.
Adakah saudara - saudara kami sekalian berbuat begitu
kerana mengikut sunnah Rasulullah saw atau mengikut
nafsu? Pada kami, saudara - saudara sekalian adalah
mengikut nafsu dan kerana keuntungan-keuntungan dunia
yang fana. Kalau saudara mengatakan bahawa ia adalah
satu hikmah, maka hikmah itu adalah sunnah, bukan
nafsu. Rasulullah saw tidak pernah bekerjasama dengan
Abu Jahal dan Abu Lahab, Rasulullah tetap dengan
partinya dan tidak pernah memasuki atau menyokong atau
bertolak ansur dengan parti Abu Jahal dan Abu Lahab
dan kemudiannya memperbaiki dari dalam. Penyempurnaan
akhlak yang hen- dak dicapai oleh Rasulullah saw ialah
supaya manusia bebas daripada kesyirikan dan hanya
menyembah Allah swt, menentang kesyirikan itulah
akhlak yang paling terpuji.
Menjadi tugas para Rasul bukan sahaja menetang syirik,
tetapi juga menetang fahaman syirik ( seperti
menduakan atau menyamakan kuasa lain dengan kuasa
Allah, menyamakan undang-undang lain dengan Allah ).
Tujuan Islam ialah untuk menghancurkan thaghut, dan
bukan memperbaiki thaghut, sepatutnya saudara -
saudara menghancurkan thaghut ( Umno ) dan tegakkan
yang hak. Inilah teori perjuangan Islam dan perjuangan
para rasul. Firman Allah yang bermaksud;
“ Tidak ada paksaan untuk ( memasuki ) agama ( Islam
); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari
jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar
kepada Thagut ( syaitan dan apa - apa sahaja yang
disembah selain Allah swt ) dan beriman kepada Allah,
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali
yang amat kuat dan tidak akan putus. Dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah pelin- dung
orang-orang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari
kegelapan ( kekafiran ) kepada cahaya ( Iman ). Dan
orang-orang kafir, pelindung- pelindungnya ialah
syaitan ( pemimpin mereka yang menyesatkan ), yang
mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (
kekafiran ). Mereka itu adalah penghuni neraka; dan
mereka kekal di dalamnya.” Al-Baqarah; 256-257
Tugas ustaz, tuan-tuan guru atau ulama’ bukannya
mengikut arus kejahilan dan kesesatan masyara- kat,
tetapi mesti menyanggahinya dan mendidik masyarakat
yang menentang Allah supaya kembali ke jalan Allah.
Nyatakan yang halal dan yang haram, bukannya
menghalalkan yang haram, bukan hanya memberitahu yang
halal dan mendiamkan yang haram.
Bukan sifat pewaris para nabi untuk hidup bermewah -
mewah dan mengejar dunia, masyarakat mesti melihat
yang mana ulama’ dunia, ulama’ penjilat, ulama’
munafiq dan ulama’ penyebar fitnah. Jauhilah dari
mereka.
Adakah saudara-saudara sekalian, selama saudara berada
di dalam Umno saudara dapat mengubah dasar Umno supaya
kembali kepada Allah dan Rasul. Umno sudah menjangkau
umurnya 50 tahun, yang jelas- nya bertambah sesat.
Jadi, kalau begitu saudara hanya sebagai pengikut, pak
turut, dan bila sampai musim pilihanraya saudara
rancak berkempen ke sana ke mari, ertinya saudara kami
sekalian adalah juga penyokong thaghut,saudara
bercakap mengenai Islam dan pada saat itu juga saudara
menentang Islam. Saudara mahu memperbaiki kerbau,
tetapi saudara sendiri merupakan kerbau, sepatutnya
saudara manusia yang suci bersih, barulah saudara
dapat mengeluarkan kerbau dari kubangnya yang kotor
itu.
Memasuki Umno bererti saudara memasuki tong tahi,
saudara tidak menemui sesuatu yang haram mengikut
pandangan akal yang waras, bukannya mengikut pandangan
lalat. Redhakah saudara menjadi lalat?
3. Akhirnya kami ingin berbicara dengan
saudara-saudara kami yang memasuki mana-mana gerakan
Islam.
Saudara-saudara, gerakan-gerakan thaghut yang cuba
memesongkan umat Islam dari jalan kebenaran menuju ke
jalan kesesatan adalah gerakan yang lengkap teratur,
yang lincah dan kemas perjalanannya. Kerana itu kita
tidak dapat menghapi suatu gerakan yang kuat itu
dengan hanya sekadar untuk bertahan, sebaliknya mesti
ada suatu persiapan ke arah menyerang balas dan
menghancurkan mereka itu. Persiapan dan perjuangan
menentang kesyirikan yang sentiasa berubah gayanya
tidak akan mencapai kejayaan kalau hanya dengan
mengajak manusia membuat kebaikan dan kebajikan tetapi
tidak mencegah kemungkaran, tidak menyerang
unsur-unsur taghut dan kesyirikan dan kezaliman dalam
masyarakat.
Ramai orang yang berjaya mengajak manusia kembali ke
masjid, tetapi dalam masa yang sama mereka yang
kembali ke masjid itu masih tetap menyokong taghut,
ini adalah kerana mungkin gerakan saudara tidak
memenuhi seruan Allah sebagaimana maksud ayat di
bawah: “ Dan mestilah ada di antara kamu segolongan
yang menyeru manusia kepada kebajikan, menyuruh kepada
yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, merekalah
orang-orang yang dapat kejayaan.” Ali Imran:104
Sekarang, nilai - nilai yang bukan Islam telah
meresapi ke dalam masyarakat Islam, dan
gerakan-gerakan Islam haruslah berhati-hati agar
nilai-nilai yang bukan Islam jangan masuk ke dalam
gerakan Islam. Kemenangan gerakan Islam hanya dapat
dicapai hanya setelah kita betul - betul membela agama
Allah. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan
diberikan kepada para peluang yang rela berkorban,
kuat menahan penderitaan dan kepapaan.Kesabaran dan
ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin
yang mendekatkan diri kepada Allah swt.Kalau ahli-ahli
gerakan Islam IKHLAS ia akan memperoleh pertolongan
dan dorongannya. Janganlah dan tidak sepatutnya
orang-orang mengaku ahli-ahli gerakan Islam bersifat
dan berperiba- di seperti mereka yang tidak menyertai
gerakan Islam baik secara lahir atau tersembunyi, baik
kehidupan peribadi atau kehidupan keluarga dan akhlak
keluarga seluruhnya. Bahaya yang ada dalam Islam ialah
orang-orang Islam yang jahil mengenai agamanya, putus
hubungan berkat dengan Allah disebabkan oleh dosa.
Taqwa dan wara’ adalah sebagai asas kepada berkat.
Keikhlasan kita adalah senjata kita yang kekal dan
tidak dapat dihancurkan.
Kami akhiri risalah ini dengan firman Allah yang
bermaksud: “ Hai orang-orang yang beriman ! Jika kamu
menolong ( agama ) Allah, nescaya Ia akan menolong
kamu, dan Ia teguhkan langkah-langkah kamu.” Muhammad:
7