Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Respon daripada artikal Tentera Berani Mati dan Cucu Datok Bahaman 2

Assalamualaikum,

Saya telah forward email kepada sahabat-sahabat yang mengatakan bahawa Dr.M menghina rasulullah s.a.w. dalam ucapan dasar. Seorang sahabat telah membuat komen bahawa petikan yang disertakan itu tidak lengkap dan maksud Dr.M telah diputar-belitkan. Berikut adalah petikan yang beliau dalam English.

**** petikan start ****

There are people who suggest that Malays be a little rude. This suggestion has been well received. But why be a little rude? Just be downright rude. And so the views that it is unnecessary to feel obliged to the benefactors gained acceptance.

There should not be any feeling of gratitude, these same people suggest. There should be no sense of indebtedness to those who have helped us. It is not wrong to condemn and ridicule them.

We need only be grateful to God. Our blessings and fortune do not come from people. If it does not come from one person, it may come from someone else. Therefore we need not be thankful to Prophet Muhammad (peace be upon him). If it is not him, it would be another individual who would bring the message of Islam. Therefore, we need not glorify Prophet Muhammad. Suffice for us to be grateful to God only.

These are among the values of some urban Malays now. And these values are further eroded by politicians with vested interests. Don't be thankful, say these people. If we are in power, we will give you the same and may be more. Therefore, reject those who have helped you. Instead bite the hand that feeds you.

**** petikan end ******

Perhatikan paragraph di atas yang bermula dengan "...These are among the values of some urban Malays now ...". Maksudnya petikan yang tentera berani mati tulis tu sebenarnya dimaksudkan oleh Dr.M sebagai pemikiran of "some urban Malay" dan bukannya pemikiran beliau sendiri. Kita mesti berhati-hati dalam perjuangan kita. Jangan kita terikut-ikut rentak media-media yang kita boikot tu. Jangan sekali-kali TERsebar berita yang yang boleh membawa kepada fitnah.

Saya attachedkan sekali full text in English. Open using web browser. The information is from Star online.

Regards,
AZLIN.

wrote:

Assalamualaikum wr wb.

Kehadapan Tentera Berani Mati.

Saya memang sokong atau stuju dengan sebahagian huraian saudara di dalam artikel Mahathir menghina Nabi. Dan analisa saudara mengenai umat Islam malaysia memang cukup tepat sekali, yakni, iman umat islam di Malaysia, ramainya sudah lemah akibat kekayaan yg dikurniakan Allah SWT.

Tetapi ada beberapa perkara yg. saya ingin menasihatkan saudara. Kita tidak boleh lagi menuduh mahathir seorang kafir murtad seperti yang di katakan oleh saudara. Ini berdasarkan hadis nabi di Sahih Bukhari. Walaupun saudara rasa tersangat marah dgn ungkapan Mahathir itu, kita masih lagi tidak diizinkan oleh Nabi SAW sendiri untuk menghina sesiapa (walaupun kemarahan saudara itu justified). Saya bukan cuba menyokong mahathir, malahan saya memang membantah ungkapan sebegitu, tetapi didalam islam kita digalakkan mengawal kemarahan dan ucapan kita sewaktu marah, kerana kalau tidak kita bisa mengeluarkan kata2 yg akan menyebabkan kita menyesal nanti.

Satu lagi perkara, ialah darah mahathir belum dihalalkan lagi. Ini berdasarkan hadis2 sahih bukhari. Kalau kita hendak melakukan sesuatu, kita mesti berdasarkan shariah, dan sunnah Nabi SAW (ie. hadis2).

Maka, saya sarankan saudara tulis kembali artikel itu dan membuat pembetulan dan memberi bukti2 dan hujjah2 berdasarkan AlQuran/hadis, dan bukan emosi. Mudah-mudahan ianya akan lebih diterima oleh massa, terutama kpd mereka2 yg lemah imannya (kerana itulah target kita ie. untuk membangkitkan umat yang telah lemah iman mereka dgn izin Allah). Jika kita keluarkan hujjah secara emosi, mereka tidak akan menyokong kita. Apa yg mereka nampak nanti dari artikel saudara bukan penghinaan Mahathir terhadap rasulullah SAW tetapi emosi marah saudara sahaja.

Maka sama2lah kita berusaha untuk membanteras kejahilan di kalangan umat kita. Dan moga2 Allah SWT memberi petunjuk kepada kita termasuk juga kpd Mahathir. Amin

Wassalam
taufiq
mdtaufiq258@yahoo.com


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com