Respond terhadap tulisan Cucu Datuk Bahaman dan Tentera Berani Mati.
Kemudian Mamak Tongkang ini mahu berlagak lagi macam ulamak besar ( tak mahu kalah dengan ulamak-ulamak PAS), membaca doa penutup di akhir ucapan basinya dengan meminta perlindungan dari hasutan iblis dan syaitan dan daripada nafsu tamak. Walhal beliau sendirilah yang menjadi bapak syaitannya. Mana tidaknya, untuk kesekian kalinya si gila itu menunjukkan kebenciannya yang tidak dapat ditahan-tahan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengatakan, " Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain yang akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah s.w.t. sahaja".
Cucu Datuk Bahaman.
Saya tidak tahu perasaan orang lain, tetapi saya adalah mungkin di antara beribu atau berjuta lagi umat Islam yang teramat marah, sedih, geram, benci dan sejuta lagi perasaan berbaur yang tidak dapat dibendung terhadap si kafir murtad Mahathir Mohamad, Presiden UMNo dan Perdana Menteri Malaysia yang telah menghina dan merendah-rendahkan Nabi Muhammad s.a.w dalam ucapan dasar di Perhimpuan Agung UMNo pada 11 Mei lepas. Saya sebut sekali lagi petikan ucapan si kafir murtad tersebut di bawah ini;
" Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga TIDAK PERLU berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain yang akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu TIDAK PERLULAH kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah s.w.t sahaja."
Tentera Berani Mati
Mari kita lihat petikan sebenar ucapan Dr Mahathir.
Ada orang yang mengesyurkan supaya Melayu ini bersikap kurang ajar sedikit. Syor ini mendapat sambutan. Apa perlunya kurang ajar sedikit? Lebih baik kurang ajar sahajalah. Dengan ini maka berkembanglah pendapat bahawa tidak perlu ada perasaan terhutang budi sampai mati. Jangan ada langsung perasaan terhutang budi.Jangan berterima kasih kepada orang yang menolong kita. Memaki mereka dan memburuk-burukkan mereka tidak bersalah. Hanya diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu orang lain yang akan menyampaikanya.
Jadi kita juga tidak perlu berterimakasih Nabi Muhammad saw. Jika tidak Nabi Muhammad orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung agungkan Nabi Muhamad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja.Demikianlah antara budaya sesetengah Melayu Bandar sekarang. Dan budaya ini diburukkan oleh orang2…….
Dr Mahathir Mohamed.
Saya berasa amat hairan kenapa Cucu Datuk Bahaman dan Tentera berani Mati memutar belitkan kenyataan, apakah mereka ini jenis orang yang tidak faham apa yang mereka baca, jika mereka dari kategori ini maka segala tulisan tulisan serta pendapat pendapat mereka selama ini tertolak, atau apakah ini salah satu strategi mereka, jika ini adalah strategi mereka, maka strategi ini bukan sahaja akan merugikan mereka malah pejuang pejuang siber yang lain dan juga website ini akan hilang kredibilitinya.
Kita tahu bahawa ucapan Dr Mahathir didengar oleh hampir kesemua orang UMNO dan dibaca oleh berjuta orang termasuk orang orang Cina dan India. Apabila kita cuba memutarbelitkan kenyataan yang begitu jelas maksudnya, maka orang akan mentertawakan kita, dan akan mengukuhkan lagi pendirian mereka bahawa memanglah apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir terhadap kita adalah benar.
Tujuan saya menegur ini bukanlah kerana hendak membela Dr Mahathir, tetapi untuk memperbetulkan keadaan, kita tidak perlu satu pembohongan untuk berlawan dengan pembohong, kita tidakperlu memutarbelit untuk berlawan dengan sipemutar belit, apa yang kita perlu ialah kebenaran dan haq. Allah berfirman " Telah datang yang Haq dan hilanglah yang batil…" Al Isra: 81
Hari ini beribu orang termasuk saya melayari site ini setiap hari untuk mendapatkan berita, kita tidak mahu kerana satu berita yang terpesong, maka semua berita berita disite ini pun akan dianggap terpesong.
Saya akhiri dengan petikan ucapan YB Muhamad Sabu " Yang betui kita kata betui yang salah kita kata salah."
tukjanggut