Beta mengucapkan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah dan perkenan-Nya dapat Beta dan Permaisuri menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Yang Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Kesepuluh pada pagi ini.
Beta gembira kerana tahun permulaan alaf baru ini telah disambut dengan keadaan aman dan makmur di seluruh negeri. Keadaan yang sejahtera dan harmonis ini haruslah dikekalkan agar rakyat dan negeri Terengganu Darul Iman akan terus berpeluang mencapai tahap kemajuan duniawi dan ukhrawi yang sempurna. Di samping itu, dengan suasana politik, sosial dan ekonomi yang stabil, agenda pembangunan negeri akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan tanpa sebarang gangguan. Beta yakin dengan kepimpinan Kerajaan Negeri yang dinamik serta kerjasama dari seluruh lapisan masyarakat, Negeri Terengganu akan bertambah maju lagi di tahun-tahun akan datang, Insya Allah.
Dalam mengejar kemajuan, Beta berharap program-program dan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan akan berpaksikan kepada pembangunan yang bersepadu. Kesepaduan pembangunan bermakna mengambilkira aspek-aspek ukhrawi di samping soal-soal kemajuan duniawi. Beta yakin tema Membangun Menurut Islam akan memenuhi hasrat untuk mencapai tahap kemajuan yang disasarkan ini. Tema pembangunan negeri ini menjurus kepada tahap pembangunan Al-Falah atau pembangunan berteraskan kesejahteraan dunia dan akhirat. Konsep ini pasa asasnya akan mementingkan kemajuan berdasarkan kesempurnaan halacara-halacara pembangunan insan dan pembangunan ekonomi. Perspektifnya, kemajuan yang dituju adalah kemajuan yang syumul yakni yang mementingkan hubungan dengan Allah Subhanahu Wataala dan hubungan sesama manusia.
Beta dimaklumkan halacara-halacara pembangunan insan akan dilaksanakan melalui program-program pendidikan dan dakwah. Pendidikan akan dimula dan dilengkapkan dengan kurikulum berasaskan Islam kepada murid-murid pratadika, tadika, sekolah-sekolah rendah dan menengah. Tujuannya ialah untuk menyedia dan menguatkan asas-asas keperibadian dan keinsanan dalam menghadapi cabaran-cabaran era globalisasi kelak. Beta difahamkan penerapan nilai-nilai Islam ini akan diserasikan dengan semua aktiviti negeri Terengganu. Aktiviti-aktiviti dakwah pula akan menjadi pelengkap kepada langkah-langkah pendidikan. Majlis-majlis ilmu seperti tazkirah, kuliah, ceramah dan lain-lain perlu diperbanyakkan. Di samping itu, masjid-masjid dan surau-surau patut dijadikan pusat aktiviti-aktiviti pembangunan insan agar ia bersesuaian dengan tarafnya. Antara jabatan dan agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program-program pendidikan keinsanan ialah Jabatan Hal Ehwal Agama, Akademik Pembinaan Insan, Unit Pembangunan Insan, Yayasan Pembangunan Keluarga, Yayasan Islam Terengganu, Kolej Agama Sultan Zainal Abidin dan Sekolah-sekolah Agama Rakyat.
Dari perspektif kecemerlangan pendidikan pula, Beta berpuas hati dengan tahap pencapaian dalam peperiksaan-peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM di Terengganu. Trend tahun ke tahun juga membuktikan peningkatan prestasi cemerlang ini. Beta mahu Kerajaan Negeri ini terus menyokong inisiatif-inisiatif untuk meningkat tahap kecemerlangan pendidikan persekolahan di Terengganu. Pelaburan dalam bidang pendidikan akan memberi pulangan yang tidak terkira nilainya kepada negeri satu hari kelak.
Beta dimaklumkan kadar pengangguran negeri pada tahun lepas ialah sebanyak 4.5 peratus. Kadar ini telah dijangkakan akibat kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1998. Walaupun begitu dengan pengembangan aktiviti-aktiviti ekonomi pada masa ini, angka ini dijangka akan menurun pada tahun-tahun seterusnya. Dalam hubungan ini, pembangunan sumber manusia akan terus menjadi salah satu teras pembangunan ekonomi negeri. sedang menyediakan kaedah untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah membeli rumah kediaman.
Bagi melengkapkan program ini, Beta mencadangkan Kerajaan Negeri memastikan kemudahan-kemudahan seperti surau, balai rakyat, padang rekreasi dan jalanraya disediakan. Dengan adanya rumah kediaman, usaha-usaha untuk menambah pendapatan dan sekaligus meningkatkan kualiti hidup akan menjadi lebih selesa. Beta harap Kerajaan Negeri tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat yang berpendapatan rendah malah melipatgandakan usaha untuk memberi pertolongan secara ikhlas dan berkesan.
Pada alaf baru ini, Beta merasakan kerajaan tempatan akan memainkan peranan yang semakin penting kerana pertambahan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dan juga keperluan kepada penkhidmatan perbandaran yang lebih berkesan dan komprehensif. Keadaan begini telah dijangka disebabkan peningkatan tahap pendidikan dan pendapatan penduduk-penduduk bandar. Justeru, khidmat-khidmat yang diberikan penguasa-penguasa tempatan haruslah bersesuaian dengan kehendak atau aspirasi rakyat di bandar. Pada masa yang sama masalah ketara kerajaan tempatan ialah mendapatkan peruntukan yang secukupnya bagi tujuan pelaksanaan program-program dan projek-projek masing-masing. Justeru, Beta mengesyorkan tumpuan dibuat penguasa-penguasa tempatan dengan melihat prioriti-prioriti tertentu dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian oleh penguasa-penguasa tempatan ialah penghapusan keranah birokrasi dalam berurusan dengan para pengguna. Beta percaya pelan-pelan struktur akan dijadikan terma rujukan bagi penguasa-penguasa tempatan memberi khidmat dengan lebih cekap dan efektif kepada penduduk bandar dan sekaligus mengatasi langkah-langkah kesesakan lalulintas, pencemaran alam sekitar, kekurangan rumah-rumah kediaman dan lain-lain lagi. Secara keseluruhannya, kerajaan tempatan hari ini merupakan pemberi khidmat terpenting kepada masyarakat. Oleh yang demikian Beta berharap penguasa-penguasa tempatan berusaha meningkatkan prestasi perkhidmatan agar rakyat di bandar dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa.
Beta berpuashati dengan prestasi perkhidmatan awam negeri Terengganu yang pada masa kini mempunyai anggotanya berjumlah 7,500 orang. Anugerah-anugerah kecemerlangan peringkat kebangsaan yang dimenangi hampir setiap tahun oleh jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri membuktikan kewibawaan dan kecekapan pegawai-pegawai serta kakitangan-kakitangan awam. Pada tahun 1999, sekali lagi perkhidmtan awam negeri menempah nama apabila Pejabat Daerah Setiu memenangi Anugerah Kualiti Ketua Pengarah MAMPU, manakala Pejabat Daerah Kemaman memenangi Anugerah Kualiti Pejabat Daerah. Beta dimaklumkan juga pada awal tahun ini, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu telah mendapat Sijil Pengiktirafan Sistem Kualiti MS ISO 9000. Beta mengucapkan syabas kepada jabatan-jabatan yang berjaya ini.
Beta beryakinan Kerajaan Negeri akan terus melipatgandakan usaha bagi memastikan prsetasi cemerlang perkhidmatan negeri ini berkekalan. Di samping itu, seiring dengan wawasan pembangunan negeri, Beta berharap semua pegawai dan kakitangan awam menanamkan sikap bekerja berasaskan konsep amal makruf nahi mungkar.
Pelaksanaan konsep ini akan memastikan setiap tugas akan dilaksanakan dengan amanah, adil, telus, cekap dan dinamis. Yang pastinya pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan awam perlulah membuktikan kepentingan sektor ini dalam merealisasikan agenda pembangunan negeri.
Kerajaan Negeri telah banyak memberikan galakan kepada perkhidmatan awam Negeri Terengganu. Yang terbaru sekali ialah skim pinjaman al-qardhul-hasan untuk pembayaran komputer dan kenderaan serta waktu bekerja lima hari seminggu dan cuti bersalin selama 90 hari. Dengan kemudahan-kemudahan ini, Beta berharap pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kerajaan Negeri lebih berupaya menambahkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
Peningkatan kualiti perkhidmatan ini akan memberi kesan yang menyeluruh demi untuk kemajuan Negeri Terengganu Darul Iman.
Keberkesanan sektor awam akan memampankan lagi pengurusan sumber kewangan dan material negeri di samping mengelak pembaziran dan pemborosan. Semua tindakan ini dalam jangka panjang adalah untuk kepentingan agama, rakyat dan Negeri Terengganu. Selain daripada itu, Beta juga mencadangkan semua pegawai dan kakitangan awam negeri sentiasa menambah ilmu dalam bidang-bidang yang dapat memantapkan lagi pengurusan pentadbiran awam negeri terutama dalam bidang maklumat, komunikasi dan teknologi. Dengan pengenalan ekonomi pengetahuan, projek kerajaan elektronik atau e-government dijangka akan berkembang dengan pesatnya. Oleh itu, adalah wajar perkhidmatan awam negeri bersedia untuk melaksanakan projek ini dengan efisien, cepat dan tepat. Beta percaya sektor awam, sektor swasta dan masyarakat keseluruhan akan dapat manfaat daripada projek e-government ini.
Akhir kata, Beta berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala agar sentiasa memberi rahmat dan hidayah-Nya kepada rakyat dan Kerajaan Beta di bawah pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang. Beta menaruh keyakinan Negeri Terengganu akan terus cemerlang dengan halacara-halacara pembangunan insan dan ekonomi yang dilaksanakan khusus untuk menyempurnakan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri, Insya Allah. Semoga usaha-usaha murni ini akan mendapat keredhaan-Nya. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Beta merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Yang Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Kesepuluh.
setiap tahun untuk memastikan tenaga kerja yang terlatih dapat diserapkan.
* Akauntabiliti perlu menjadi elemen utama dalam menggubal dan melaksanakan halacara-halacara pembangunan dan pentadbiran negeri Terengganu.
* Mengharapkan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) berperanan dengan lebih berkesan di dalam menyalurkan hasrat rakyat kepada Kerajaan.
* Isu-isu ketidakseimbangan aktiviti-aktiviti ekonomi; tahap pendapatan rakyat yang masih rendah;prasarana sosial dan ekonomi yang belum lengkap; kekurangan tenaga kerja mahir; sumbangan sektor perkilangan yang masih berada di tahap minimum; dan kualiti hidup rakyat yang masih asas perlu ditangani oleh Kerajaan Negeri secara berperingkat-peringkat bagi memastikan setiap rintangan dalam sektor dapat di atasi dengan cemerlang.
* Menyarankan agar tenaga kerja dan usahawan-usahawan tempatan mengejar peluang-peluang yang ditawarkan. Syarikat-syarikat yang beroperasi di Terengganu perlu memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk bersama-sama memajukan ekonomi negeri.
* Kerajaan Negeri menyelaraskan dengan sektor swasta bagi memastikan pengagihan projek-projek perniagaan, perkilangan dan perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan saksama, sektor swasta merebut peluang-peluang yang terdapat dalam sektor industri kecil dan sederhana.
* Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan penglibatan tenaga kerja dan usahawan-usahawan tempatan mencapai tahap optimum dalam aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi negeri.
kelak.
Projek Terengganu * Net yang telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri adalah merupakan satu langkah yang tepat untuk memajukan bidang ini. Beta berharap usaha-usaha yang berterusan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membolehkan rakyat bersama-sama memanfaatkan k-economy ini. Beta mencadangkan supaya pengajaran teknologi, perlu melaksanakan tanggungjawab ini. Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian oleh penguasa-penguasa tempatan ialah penghapusan keranah birokrasi dalam berurusan dengan para pengguna. Beta percaya pelan-pelan struktur akan dijadikan terma rujukan bagi penguasa-penguasa tempatan memberi khidmat dengan lebih cekap dan efektif kepada penduduk bandar dan sekaligus mengatasi langkah-langkah kesesakan lalulintas, pencemaran alam sekitar, kekurangan rumah-rumah kediaman dan lain-lain lagi. Secara keseluruhannya, kerajaan tempatan hari ini merupakan pemberi khidmat terpenting kepada masyarakat. Oleh yang demikian Beta berharap penguasa-penguasa tempatan berusaha meningkatkan prestasi perkhidmatan agar rakyat di bandar dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa.
Beta berpuashati dengan prestasi perkhidmatan awam negeri Terengganu yang pada masa kini mempunyai anggotanya berjumlah 7,500 orang. Anugerah-anugerah kecemerlangan peringkat kebangsaan yang dimenangi hampir setiap tahun oleh jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri membuktikan kewibawaan dan kecekapan pegawai-pegawai serta kakitangan-kakitangan awam. Pada tahun 1999, sekali lagi perkhidmtan awam negeri menempah nama apabila Pejabat Daerah Setiu memenangi Anugerah Kualiti Ketua Pengarah MAMPU, manakala komunikasi dan maklumat kepada rakyat terutama murid-murid sekolah, pelajar-pelajar institusi-institusi pendidikan dan latihan, gunatenaga awam dan swasta dan semua yang berminat dibuat segera sebagai langkah untuk memastikan kadar celik komputer negeri termasuk penggunaan internet meningkat dengan drastiknya.
Beta dimaklumkan projek-projek prasarana akan terus dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Penekanan akan diberi untuk menyediakan kemudahan-kemudahan sosial kepada rakyat negeri. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mengoptimunkan peruntukan pembangunan, projek-projek juga akan dihadkan kepada yang akan memanfaatkan sepenuhnya kepada seluruh lapisan masyarakat. Beta setuju dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk berbelanja dengan lebih berhemat dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Beta yakin tindakan yang bertanggungjawab ini akan mengelakkan pembaziran serta pemborosan. Kemudahan-kemudahan sosial seperti sekolah, masjid, jalan raya, jambatan, balai rakyat dan lain-lain telah banyak dibina dalam setiap daerah. Kemudahan-kemudahan ekonomi seperti kawasan perindustrian, sistem perhubungan telekomunikasi, pelaburan-pelaburan perikanan dan perindustrian dan lain-lain juga telah disediakan di Terengganu.
Walaupun demikian, Beta pasti tuju sektor ini bersesuaian dengan kehendak semasa dan keperluan setempat. Sektor pertanian yang merangkumi sub-sektor penanaman, perikanan, penternakan dan perhutanan mempunyai 75,000 gunatenaga pada tahun 1999. Beta difahamkan, Dasar Pertanian Negeri semasa akan menekankan kepada penambahan pendapatan gunatenaga sektor ini, peningkatan pengeluaran hasil-hasil pertanian dan peninggian nilai ditambah komoditi-komoditi. Petani dan nelayan perlu diberi peluang untuk menambah pendapatan kerana kebanyakannya masih lagi berada pada jumlah yang tidak memuaskan. Pengeluaran hasil-hasil pertanian ke Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri perlu meneruskan kempen-kempen galakan di samping meningkatkan kemudahan-kemudahan prasarana dalam sektor ini. Untuk sub-sektor perdagangan pula, Beta difahamkan Kerajaan Negeri akan memberi penekanan kepada usahawan-usahawan dalam sub-sektor ini terutama peniaga-peniaga kecil dan penjaga-penjaga untuk bersama-sama meraih peluang-peluang yang ada. Tindakan ini diambil sebagai salah satu sektor awam, pelaburan awam akan terus menyumbang kepada KDNK negeri walaupun sepatutnya sektor swasta akan berkembang dengan lebih pesat lagi untuk menjadi pemangkin pertumbuhan dalam sektor ini dan seterusnya keseluruhan ekonomi negeri.
Beta bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan negeri untuk mengawal kesan rupabumi dan memelihara alam sekitar dalam melaksanakan halacara-halacara pembangunan. Pengurusan khazanah rupabumi dan alam sekitar merupakan amanah yang harus dipikul oleh Kerajaan Negeri agar setiap projek-projek dan program-program pembangunan terutama perindustrian dan pelancongan mengambilkira juga kesan-kesan langsung dan tidak akan mengekalkan kawasan-kawasan tadahan hujan, pejalanan ekosistem teratur serta kehidupan flora dan fauna terselamat. Keberkesanan pengurusan pembangunan lestari atau sustainable development akan mempengaruhi sektor-sektor lain terutama sektor pelancongan.
Dalam melaksana agenda pembangunan negeri, Beta mahu Kerajaan Negeri memberi penumpuan khusus kepada program-program pembasmian kemiskinan. Kadar kemiskinan adalah tinggi untuk negeri ini. Langkah-langkah yang khusus perlu di ambil memandangkan masih ramai lagi rakyat yang tergolong dalam taraf miskin dan termiskin. Beta menyarankan kaedah baru diperkenalkan untuk menangani masalah ini bagi mempastikan keberkesanannya. Lagipun dengan peluang-peluang niaga dan kerja yang bertambah dari setahun ke setahun, kaedah pengagihan pendapatan yang lebih saksama perlu diperkenalkan. Beta percaya Kerajaan Negeri akan bertungkus lumus berusaha untuk membebaskan keluarga-keluarga miskin dan termiskin daripada belenggu kesusahan hidup. Kerajaan negeri akan memberi penekanan khusus kepada rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah kediaman. Pada masa kini permintaan rumah kediaman ialah sebanyak 8,500 unit setahun dengan rumah kos rendah merangkumi 70 peratus daripada jumlah ini. Beta dimaklumkan Kerajaan Negeri sedang menyediakan kaedah untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah membeli rumah kediaman
Kaedah ini akan memberi peluang kepada 6,000 keluarga memiliki rumah kediaman. Oleh kerana program ini merupakan tanggungjawab sosial, Kerajaan Negeri akan menyediakan kaedah pinjaman yang berteraskan Islam dan tidak membebankan rakyat Beta bersetuju dengan kaedah ini kerana pemilikan rumah kediaman adalah merupakan keperluan asas.