Muslimin-muslimat sekelian !
Sekali lagi Presiden Umno, Dr. Mahathir, menghina diri Rasulullah saw di
dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno pada 11/5/2000.
Berikut saya petik sedutan ucapan beliau yang dipetik dari akhbar utusan
malaysia 12/5/2000 untuk renungan pembaca sekelian.
"Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki
yang kita dapati bukan dari orang yang menyampaikannya. Jika tidak
orang itu, orang lain yang akan menyampaikanya. Jadi kita juga tidak
perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad saw. Jika tidak Nabi
Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam.
Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan nabi Nabi Muahammad.
memadailah dengan bersyukur kepada Allah swt sahaja".
Seperti biasa Mahathir tidak akan berpuashati jika tidak memperlekehkan
Rasulullah saw secara halus. Di dalam perhimpunan agung umno tahun
lepas, Mahathir menghina dan mempertikaikan Imam Bukhari/muslim yang
telah membukukan hadith-hadith rasulullah saw. Mahathir mendakwa tidak
mungkin manusia mempunyai ingatan yang sebegitu kuat sehingga dapat
menentukan dan mengingati mana satu hadith dan bukan hadith.
Di Perhimpunan Agung Umno kali ini, Mahathir sekali lagi menghiris
perasaan kita ummat Rasulullah dengan mengaitkan diri Rasulullah saw
apabila Presiden Umno itu sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat!
Sebenarnya sejahil-jahil dan sejahat-jahat ummat Islam tidak berani
mempertikai, memperlekeh diri rasulullah saw dan semua ummat Islam
menghormati rasulullah serta mengagung-agungkan Rasulullah keran
perintah Allah saw swt yang menyuruh kita dan semua malaikatNya
berselawat dan mengucapkan salam kepada diri baginda Rasulullah saw.
Bahkan alam ini tidak akan diadakan jika tidak kerana Baginda Rasulullah
saw. Beginilah tingginya dan mulianya Rasulullah saw di sisi Allah swt
dan seluruh penduduk langit termasuk iblis laknatullah pun mengakui akan
kebesaran dan pangkat Rasulullah saw yang memiiki Maqam Yang Terpuji.
Siapa dia Mahathir Mohamad yang hendak mengaitkan dan membandingkan diri
belia dengan Rasulullah saw apabila pemerintahan sudah mula ditolak oleh
rakyat.
kesimpulannya Mahathir adalah seorang penganut fahaman orientalis yang
kufur kepada Allah dan RasulNya, pendusta dan salah seorang DAJJAL akhir
zaman. Amat malu kita kepada Allah dan RasulNya kerana berperdana
menterikan seorang dajal dan musuhnya. Orang Melayu terkenal baik budi
pekerti, lemah lembut dan halus bahasanya tetapi siapa sangka di dalam
kelembutan orang melayu itu, salah seekor Dajjal akan juga dilahirkan
dari bangsa yang terkenal sopan santun ini. Dajjal ini sangat keras
hati, sangat menentang hukum Allah, mempesenda alim-ulamak bahkan
menghina Rasulullah saw yang kita kasihi dan cintai adalah mainan
mulutnya. Sangat zalim pemerintahnnya dan tersangat benci kepada
orang-orang yang mahu menghidupkan sunnah Rasulullah saw seperti
menyimpan janggut dan memaki serban. Apatah lagi menolak Hukum Allah
swt.
Kita berdoa kepada Allah swt supaya memberikan kekuatan kepada kita
untuk menghadapi musuh Allah dan rasulNya ini dan mempertahankan nama
baik Nabi kita, Muhammad saw yang kita cintai dan kasihi, pelita yang
menerangi, pemberi syafaat di Hari Masyar keran Baginda rasulullah
sudah lama meninggalkan kita, tidak ada lagi Umar Al Khatab, Abu Bakr As
Siddiq, Ali bin Abi Tholib dan Uthman Al Affan serta sahabat yang lain
(radhiaAllah hu anhum) untuk mebela diri Rasulullah saw apabila Baginda
dihina dan dicaci oleh musuh-musuhnya.
Marilah kita menyebar dan menyedarkan masyarakat islam akan kebaculan
mulut Dr. Mahathir ini
Sekian,
Wasallam.
Ummat Rasulullah saw.
p/s harap siarkan artikel untuk pengetahuan semua umat Islam. Terima
kasih. JazalakkaAllah khairan kathira.