Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


UMNO Menipu Perwakilan

Assalamualaikum dan Salam keADILan,

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan saudara pembaca semua tentang gelagat perwakilan UMNO yang berada di KL baru-baru ini dari sudut pandangan peribadi saya. Insya Allah, saya ingin mengajak saudara semua untuk merenung kembali kenapakah golongan veteran di negara kita masih KUAT lagi sokongan mereka kepada parti berkarat ini dan pada masa yang sama kenapa golongan belia generasi muda lebih cenderung beralih arah kepada pendokong perjuangan agama dan keadilan sejagat.

Kebetulan saya mengikuti satu seminar di ibukota selama 2 minggu dan menetap di sebuah hotel bertaraf 5 bintang juga yang terletak di Jalan Ipoh bersebelah dengan bangunan PERKIM. Saya memang menjangka bahawa hotel tersebut akan menjadi salah sebuat tempat untuk orang-orang tertentu dlm parti berkarat UMNO menempatkan para perwakilan mereka bagi memudahkan mereka berjalan kaki menuju ke PWTC kerana jaraknya yang hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki.

Pada tanggal 09/05/2000, hotel tersebut mula sibuk dengan kunjungan para perwakilan dari seluruh negara....dan pada keesokan harinya, kesibukan itu lebih ketara bahkan saya boleh menganggarkan bilangan mereka berlipat dua kali ganda. Maklum lah...perhimpunan agung katakan. Saya yang memang sudah jijik dan mual dengan telatah kebanyakan ahli-ahli parti tersebut sekadar mengambil kesempatan untuk meninjau keadaan di lobbu hotel tersebut setiap kali hendak pergi ke tempat seminar mahupun ketika pulang.

Pada malam 09/05/2000 lebih kurang jam 11:30pm, pintu bilik saya di ketuk berulang-ulang walaupun lampu "Don't Disturb Me" sudah dinyalakan...!! Saya merasa hairan dan berfikir kemungkinan ini adalah ketukan kecemasan. Saya bangkit dari katil dan menuju ke pintu dan meneropong ke luar melalui kanta pemerhati yang memang disediakan di setiap hotel. Saya hairan kerana saya melihat serama 5 orang makcik sedang berada di hadapan pintu bilik saya. Ketika membuka pintu tersebut, kesemua mereka terkejut dan kehairanan termasuk juga saya. Saya bertanyakan apa hal kepada mereka.Salah seorang makcik ini menjawab; "Anak tinggal di sini? Cik Rokiah ada kat dalam?"

Saya merasa terkejut dan menjelaskan bahawa saya hanya tinggal di bilik ini seorang diri. Mereka kelihatan kebingungan dan terpinga-pinga. Atas dasar kemanusiaan, saya bertanya nombor bilik mereka tetapi kesemua makcik tersebut menggeleng kepala dan hanya mampu berkata, kami ni tinggal kongsi sebilik dengan si Rokiah. Saya terkejut kerana setahu saya bilik yang ada di tingkat tersebut hanya untuk seorang (Single Bed). Sifat ingin tahu mendorong saya bertanya lagi : "Berapa orang semua dalam satu bilik makcik?" Mereka menjawab dalam 8-10 orang le....Selepas itu saya hanya mampu menolong memanggilkan receptionist dan mencadangkan agar mereka menunggu di lobby.

Keesokan harinya pada kira-kira pukul 0715am, ketika hendak pergi bersarapan, suasana di ruang hadapan bilik di sepanjang kawasan menuju lift dipenuhi oleh puluhan makcik-makcik yang pada firasat saya bersedia untuk menuju ke PWTC.Dalam hati saya perasaan sedih bercampur geli melihatkan nasib makcik-makcik tersebut yang dalam keadaan ghairah hendak hadir perjumpaan tetapi tinggal seperti ikan sardin dalam satu bilik HOTEL 5 Bintang.....!!

Pada firasat saya, inilah tektik kebanyakan "pemimpin" UMNO yang tidak peduli perasaan sesiapa. KEMUNGKINAN sewaktu di kampung atau di cawangan, mereka-mereka ini telah berkempen kepada makcik-makcik ini bahawa jika kamu memilih si fulan bin si fulan atau si folan binti si folan, maka kami akan membawa kamu semua ke KUALA LUMPUR dan tinggal di HOTEL 5 BINTANG....Apa lagi, generasi veteran kasihan, hanya untuk merasa duduk di Hotel 5 Bintang, sanggup bersetuju walaupun akhir-akhirnya mereka terpaksa tinggal bersesak umpama sardin dalam tin.Apakah analogi keadaan ini?

Bagi saya, kalau perkara begini pun mereka (generasi veteran) boleh diTIPU (maaf) seperti ini, apatah lagi dengan dakyah-dakyah bahawa :-

a) Jika kamu pilih UMNO, maka akan berbahagialah hidup kamu
b) Jika kamu pilih BN, maka kami menjanjikan keamanan
c) Jika kamu pilih P***M**, maka bla...bla...bla...

Senario itu juga membuatkan saya bertambah yakin bahawa generasi muda dan belia yang majoritinya sudah beralih kepada perjuangan mendokong keadilan lebih cermat dan kritis menggunakan akal fikiran mereka dalam menilai sesuatu berbanding makcik-makcik tersebut yang boleh dikategorikan hanya menurut sahaja apa yang dijanjikan. Sebab itulah majoriti mahasiswa/i, belia dan generasi muda lebih memikirkan tentang nasib mereka pada masa akan datang BERBANDING generasi veteran yang membandingkan nasib mereka sebelum merdeka dengan keadaan hari ini.

Fizikalnya memang macam lebih aman dan bahagia tetapi setahu saya, generasi veteran, ramai yang makan ubi kayu yang boleh digambarkan sebagai masyarakat yang kurang mampu pada waktu itu....TETAPI hari ini ramai juga anak-anak mereka yang masih makan ubi kayu moden iaitu Mee Maggi sebagai pengalas perut kerana........masih belum mampu seperti generasi dulu. KEBETULAN...majoriti golongan ini adalah MELAYU...bangsa yang diperjuangkan oleh parti UMNO yang sudah memerintah hampir 54 tahun selepas ditubuhkan....

Jadi, inikah yang dibanggakan oleh parti UMNO sebagai kejayaan....???

Salam perjuangan semoga generasi muda bisa memberikan pandangan dan cetusan pendapat kepada generasi veteran agar kelak mereka akan menerima keadaan sebenar yang kita fikirkan...!!

Wassalam

Alexander the Great


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com