Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Mohamed Yakcop dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed dalam hal-ehwal kewangan.
Nor Mohamed, 52, akan memainkan peranan sebagai penasihat terutamanya dalam urusan tugas Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), menurut satu kenyataan dari pejabat Perdana Menteri pada hari ini.
Beliau juga dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif MTEN dan kedua-dua perlantikan itu berkuatkuasa mulai 15 Mei ini.
Dengan pelantiikan ini maka desas desus krisis antara Mahathir dan Daim telah terbukti. Mahathir dikatakan tidak begitu setuju dengan cara Daim menyatukan. mahathir cukup marah dengan cara Daim kerana dengan ini banyak orang-orang Cina telah perpaling tadah kepada parti pembangkang.
Mahathir telah menafikan dakwaan bahawa wujud perselisihan faham antara beliau dan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin apabila ditanya oleh wartawan.
Dia berkata, laporan seumpama itu bukan perkara baru dan mula timbul sejak Daim menyertai kerajaan lagi. katanya lagi
memang sentiasa ada laporan mengenai perselisihan faham antara saya dan Tun Daim...dah beberapa lama sejak Tun Daim menyertai kerajaan. Mereka memberitahu saya bahawa beliau tidak dapat bekerjasama dengan saya tetapi pada masa krisis (ekonomi), beliau menyertai kerajaan dan membantu menyelesaikan masalah kita.Sebelum ini pun, memang ada cakap-cakap mengenai perkara ini tetapi beliau masih boleh senyum, berpeluk di antara satu sama lain dan kita
masih menguruskan kerajaan dengan berjaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai hari pertama Perhimpunan Agung Umno, di sini hari ini.
Kita nak tanya Medey ni... Dulu dia kata begitu juga semasa desas desus dia berkrisis dengan Musa. Dalam perhimpunan di peluk Musa, Musa peluk dia... sama-sama tersenyum... Apa komen Mahathir.
Begitu juga dengan Anwar... Tiap kali perhimpunan dia kata Anwarlah penggantinya. Tapi dia tikam Anwar sezalim-zalimnya.... Itu Mahathir Mohamad Pedana Menteri kita "Cakap tak serupa bikin".
Dr Mahathir ditanya oleh wartawan asing sama ada pelantikan Datuk Nor Mohamed Yakcop sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai Hal Ehwal Kewangan baru-baru ini, menunjukkan wujud perselisihan faham antaranya dengan Daim.
Mengenai kemungkinan ada petunjuk daripada Daim bahawa beliau ingin meletak jawatan daripada Kabinet, Perdana Menteri berkata sejak dari mula dilantik sebagai menteri lagi, Daim menyatakan bahawa pelantikannya
cuma bersifat sementara dan mahu mengundur diri apabila keadaan ekonomi pulih sepenuhnya.
Beliau memberitahu saya dari awal lagi bahawa beliau akan berkhidmat dalam kerajaan hanya buat sementara kerana kekurangan yang saya miliki, kekurangan tokoh dalam bidang ini (kewangan).
Tetapi saya percaya sebaik saja ekonomi pulih sepenuhnya, saya rasa beliau mungkin mahu meletakkan jawatan. Ini adalah syaratnya apabila menyertai kerajaan,” katanya.
Pulih tak pulih memang mereka ini bersahabat baik.... bersahabat dalam menjatuhkan Anwar. Tapi soal buat kroni...kumpul duit mereka tak berkrompomi.... Itulah mereka ini ada sedikit pertengkaran.
Kita tunggu dan lihat aje....
Tok Ayah