Setelah kita dijamu dengan Perhimpunan UMNO yang makin lama makin basi. Nak tak nak bila buka aje TV, si tua dan awak-awaknya memenuhi acara TV yang makin lama makin dipulau kerana hilang krebelitinya.
Pemilihan UMNO kali ini, nampak taklah segit sangat tapi "makam dalam", macam suami isteri bergaduh, bunyi kong-keng kong-keng, bila jengok tak nampak apa.... tiba-tiba bercerai berai. Jadi selepas ini kita nak lihat juga...??
Saya nak ambil kesempatan ini untuk membincangkan apakah orang yang mengadai maruah boleh diterima oleh UMNO dan kunco-kunconya. Kesimpulan awal yang boleh kita buat semua mereka yang mengadai maruah telah kecundang dalam pemilihan kali ini.
Bermula dengan Kuli...yang telah jadi "kuli" seumur hidup. Diikuti oleh Rais Yatim yang akan memnjadi objek perbincangan saya nnti....telah kecundang. Begitu juga dengan Siti Zaharah...?? Yang menjadi tanda tanya ialah kemanangan Zahid Hamidi sebagai ahli MT ?
Apakah ahli UMNO tidak menerima mereka yang bermaruah dalam UMNO demi untuk membaik pulih imejnya atau UMNO ada agenda sendiri untuk berhadapan dengan PAS bagi abab 20 ini ? Banyak persoalan boleh dijadikan perbincangan. Kita melihat ada usaha-usaha yang dibuat untuk menyatu padukan semula UMNO dengan mengambil kembali semua ahli-ahlinya termasuk mereka yang tak bermaruah, yang telah singkirkan dan
mereka yang berada dalam Parti Keadilan dengan pelbagai janji-janji. Saya juga percaya bahawa Siti Zaharah akan dilantik sebagai ahli MT demi menjaga golongan yang tersingkir dalam permilihan wanita UMNO dan ini akan menambahkan lagi bilangan "orang-orang Anwar" yang dikatakan telah ada 12 orang dalam MT UMNO itu tak termasuk lagi team wawasan yang telah menang Naib Presiden.
Fokus kita kali ini ialah Rais Yatim yang telah membakar Jambatan ! Sebelum perhimpunan kita lihat Rais Yatim begitu kerap keluar dalam media... hingga kita merasa suatu yang pelik selepas sahaja Madey, Paklah.... maka tak terhenti-henti kita lihat Rais ini muncul mengulas pelbagai isu. Apakah agenda mahathir dengan "Si Tak Bermaruah" ini. Apakah Madey telah sedar kekuatan team wawasan dalam UMNO yang mana untuk mengimbanginya, Madey terpaksa menggunakan Kuli dan Rais. Banyak andai-andai telah dibuat tapi semuanya tak nampak satu kesahan.
Saya telah menulis banyak kali tentang Rais dalam laman ini. Seorang ahli politik yang telah hilang maruah diri, yang akan mengambil kesempatan dalam UMNO dari sisa-sisa terakhir seorang "diktator tua". Apakah perancangan Rais ini akan menemui kejayaan, sama-samalah kita lihat. Bermula dengan Agenda kemasukkan Kuli, dan beberapa orang yang menjadi musuhb ketat Madey dalam UMNO selepas Anwar disingkirkan. Ada banyak perubahan politik yang berlaku dalam pergolakan UMNO. Madey mahu mencaturkan UMNO dengan percaturannya. Rais dipergunakan untuk mengimbangan team A yang telah lebur, setelah Anwar tersingkir, Sanusi, Mohamad Rahmat dll telah terkubur.
Rais yang dulunya kita sanjung sebagai seorang yang berperinsip akhirnya terkecendang dengan janji-jani kosong Madey yang entah kemana ?
Saya ini membawa pembaca kepada satu penulisan Rais yang bertajuk FREEDOM UNDER EXECUTIVE POWER IN MALAYSIA yang telah dikeluarkan pada 1995. Antara lain beliau menyebut tentang kuasa “Eksekutif". Di bawah ini petikan telah disunting :-
Penghakisan Hak-hak Asasi Rakyat
Kebebasan dan hak asasi rakyat menjadi salah satu tema utama buku ini Penulis menegaskan bahawa di bawah kepimpinan Dr. Mahathir Kuasa Eksekutif telah dengan sistematik menggunakan undang-undang dan meminda perlembagaan untuk menghakis sedikit demi sedikit hak-hak asasi rakyat. Beliau merumuskan “That freedom is now dismally minimal is hardly rebuttable”.
Perkataan “kebebasan” yang digunakan oleh Rais Yatim bermaksud “hak-hak asasi” rakyat sebagaimana diakui di dalam sesebuah sistem yang mengamalkan demokrasi. Kebebasan yang dimaksudkan bukanlah di dalam ertikata kebebasan mutlak atau idealistik sebagaimana yang sering digunakan oleh sesetengah ahli sains politik.
Rais Yatim mengakui bahawa negara telah mengalami pembangunan yang pesat dan memberangsangkan dalam bidang ekonomi selepas Merdeka. Begitu juga dengan kestabilan negara dari sudut perhubungan kaum, politik dan hubungan sosial. Akan tetapi perkembangan yang sama tidak wujud di dalam bidang perlaksanaan undang-undang khususnya berkaitan dengan hak asasi rakyat.
Beliau tegaskan “What is at stake is basic freedoms at the expense of power monopoly and power dispensation”. (Bab 1, hal. 4)
Amaran Rais, jika perkembangan negatif ini (horrendous executive might) tidak dibendung, rakyat akan dihina dan dianggap cuma sebagai “political digits” atau angka-angka dalam percaturan politik kecuali mereka termasuk di dalam golongan elit yang memerintah. Kata beliau “Today the Malaysian executive has reached the pinnacle of power in that they have absolute discretion in limiting, and at times denying, basic freedoms under the Malaysian Constitution and various other instruments”. (Bab 1, hal. 4)
“Instrumen” yang dimaksudkan ialah undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan kuasa penangkapan dan penahanan yang kabur seperti:
Restricted Residence Enactment 1933 (RRE)
Internal Security Act 1960 (ISA) menggantikan Emergency Regulations 1948
Police Act 1967
Emergency (Public Order and Preservation of Crime) Ordinance 1969 (EPOPCO)
Dangerous Drugs (Special Measures) Act 1985 (SPMA)
Public Order (Preservation) Act 1958 (POPA)
Prevention of Crime Act 1959 (PROCA)
Dua kaedah yang utama digunakan untuk mencabuli hak-hak asasi ialah dengan penahanan tanpa bicara dan penafian hak untuk mengadakan “judicial review” terhadap kes-kes hak asasi seseorang yang ditahan tanpa bicara.
Bab 4 membicarakan tentang penghakisan kebebasan dengan secara mendalam. Di antara perkara yang dikritik oleh Dr Rais ialah hak untuk berhimpun dan berpersatuan. Akta Polis 1967 digunakan sepenuhnya untuk menahan parti-parti politik mengadakan perhimpunan awam walaupun perhimpunan tersebut tidak mungkin menimbulkan kekacauan. Akta ini diperketatkan lagi dengan pindaan dalam tahun 1987. Pindaan ini dikatakan melonggarkan lagi bidang kuasa polis dan memperketatkan lagi pihak penganjur. Kesalahan bersabit undang-undang ini akan membolehkan seseorang itu didenda paling minima RM2,000 dan maksima RM10,000 dan penjara selama satu tahun. Jika seseorang Ahli Parlimen disabit kesalahan dan didenda RM2,000 maka terlucutlah kelayakan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen.
Undang-Undang Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri
Dalam Bab 6 Dr Rais mengemukakan enam sebab mengapa ISA patut dimansuhkan :
1. Tidak ada ancaman subversif lagi di negara kita sejak Darurat tahun 1969.
2. Sekiranya berlaku sebarang ancaman yang mengganggu ketenteraman undang-undang yang sedia ada. Kerajaan dan Polis harus membedakan di antara kekacauan, kemelut politik dan keselamatan negara atau “national security”.
3. Akta ini sebenarnya bertujuan untuk menghapus ancaman komunis. Kini ancaman ini telah tidak wujud lagi dengan termeterainya Perjanjian dengan Parti Komunis Malaya di Bangkok pada tahun 1989.
4. Akta ini boleh dijadikan sebagai alasan untuk membolehkan negara diperintah di bawah Darurat.
5. ISA sering disalahgunakan untuk tujuan politik semata-mata. Seringkali ISA juga digunakan untuk membisukan kritikan terhadap kerajaan samada dari kalangan ahli politik, gerakan NGO, ahli akademik dan kalangan rakyat yang berani menyuarakan diri mereka.
6. Malaysia harus akur dan menghormati pandangan antarabangsa terhadap hak-hak asasi di negara kita ini. Pandangan ini disuarakan oleh kerjaan, badan-badan Kehakiman dan Perundangan, NGO, pemimpin-pemimpin dunia dan media antarabangsa.
Menurut Rais kuasa eksekutif dijadikan satu-satunya “hakim” dalam menentukan penggunaan ISA dengan berselindungkan “keselamatan negara”. Beliau berpendapat bahawa mahkamah patut diberikan kuasa untuk menghakimi penggunaan kuasa ini secara bona fide.
“The power of detention without trial remains as a an exception to the norms of fair procedures”. (p.302)
Barangkali Dr. Mahathir begitu takut dengan bayang-bayangnya sendiri, sebab itulah akta ISA yang disifatkan oleh Dr. Rais Yatim sebagai “draconian” ini tetap menjadi satu instrumen yang penting di dalam menghadapi sebarang kritikan terhadap dirinya.
Krisis Kehakiman 1988 dan Kebebasan Kehakiman
Buku ini membicarakan dengan secara terperinci bagaimana Kuasa Eksekutif yang dipegang oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad telah berjaya menghancurkan kebebasan kehakiman di negara ini melalui krisis kehakiman (judiciary crisis) pada tahun 1988. Krisis yang bermula dengan pengharaman UMNO tersebut berakhir dengan tersingkirnya Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Akhirnya hanya satu orang yang bermaharajalela, “The Malaysian experience…. has been that judicial power is only to be allowed in the form that the executive allows.” (hal. 306)
Mengikut penulis buku ini Rais Yatim, krisis kehakiman tahun 1988 membuktikan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif telah mencabar dan menjejaskan “kebebasan kehakiman”. Tanpa kebebasan sistem kehakiman kedaulatan perlembagaan cuga tercabar. Menurut Dr Rais skandal krisis kehakiman 1988 yang berakhir dengan pengharaman UMNO (lama), tertubuhnya UMNO (baru) dan pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, satu insiden yang tidak pernah terjadi dalam sejarah dunia demokrasi yang bebas, adalah bermotifkan politik. Dalam erti kata lain Mahathir tidak mahu memberikan sedikit pun ruang untuk menggugat kedudukannya sebagai Presiden parti. Dalam episod itu Tengku Razaliegh dan Team B dalam UMNO tersingkir, walaupun mereka disokong oleh dua orang bekas Perdana Menteri pada waktu itu.
Kata Rais Yatim lagi, “ The removal of the Lord President, unprecedented as it was in the free democatic world, stand out as the biggest scandal that Malaysia has thus far faced in the context of the executive wanting to assert supremacy. The whole episode of removing the Lord President was based on the desire of the executive to have an untrammelled say in the direction the juidciary should take in future” (hal 360). Dr. Rais Yatim menyatakan bahawa mesej yang dikehendaki oleh Dr. Mahathir adalah jelas iaitu: para hakim hanya akan menafsirkan undang-undang mengikut apa yang ditentukan oleh Perdana Menteri. Kebebasan institusi kehakiman adalah satu mimpi atau “merely illusory” semata-mata.
Bagi Rais Yatim badan kehakiman selepas krisis 1988 boleh dikhuatiri kebebasannya. Kata beliau “It is highly unlikely that the remaining judiciary will dare to claim and assert its true independence in the manner that was experienced in 1988” (hal. 362). Kuasa Eksekutif Perdana Menteri telah mencapai kemuncaknya, kuasa Parlimen dan Kehakiman ditundukkan di bawah Kuasa Eksekutif. Kesucian Kuasa Eksekutif ini diperkukuhkan lagi dengan peranan yang dimainkan oleh media massa yang dikuasai oleh pemerintah.
Persoalannya sekarang mampukah negara kita tunduk kepada keadaan ini sampai bila-bila ? Mampukah kita untuk mencapai wawasan 2020 yang diidam-idamkan dengan kepincangan yang wujud dalam sistem perundangan dan keadilan negara ini ? Pada pandangan Dr. Rais Yatim rakyat tidak mempunyai pilihan lain kecuali dengan mengembalikan keutuhan sistem keadilan, kata beliau
“Judicial power and independence must be returned to the courts if any high sounding vision for the future like Vision 2020 is to be of any significance to Malaysians in the future” (hal. 399).
Kebebasan kehakiman dan keluhuran undang-undang adalah merupakan satu prinsip yang maha suci dalam menegakkan sistem demokrasi yang sebenar. Mengikut Dr. Rais Yatim infrastruktur untuk menyebarluaskan pandangan umum “infrastructure for the dissemination of public opinion” adalah satu agenda agung dalam menegakkan demokrasi di Malaysia. Demokrasi bukan bermakna pilihanraya setiap lima tahun semata-mata, atau cuma berkaitan dengan pembinaan jalan, jambatan, sekolah dan klinik menjelang pilihanraya. Demokrasi juga bermakna masyarakat tetap mempunyai hak untuk mengkritik kerajaan selepas pengundian dijalankan.
Rais Yatim menutup bicaranya dengan tiga ayat yang cukup bermakna, “Let us hope that Malaysians will rise to the occasion lest it would be fittingly said later that each people get the government they deserve. Freedom will not ascend to people. People must ascend to freedom.” (hal. 399). Kebebasan tidak akan jatuh ke atas riba rakyat secara percuma. Rakyat perlu mendaki, yakni berjuang habis-habisan, untuk mencapai kebebasan.
Kita mengaharapkan kemelut politik mutakhir negara kita kini, khususnya pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Seri Anwar Ibrahim, adalah sambungan kepada satu perjuangan yang belum selesai untuk menegakkan keadilan di bumi yang tercinta ini.
Selamat tinggal manusia yang tak bermaruah.....
Tok Ayah