Saudara,
Malam tadi, saya ada jumpa ngan kekawan di KL. Kami berbual pasal politik dan ekonomi semasa. Biasalah, sorang tu adalah masih dalam UMNO, kawan di US dulu. Tapi dia ni takdelah kuat sangat pegangannya pada agama.. bukan prejudis, tapi benar.
Akhirnya, dipendekkan citer, perbincangn menjadi semakin panas apabila beliau mempersoalkan perkara ini:
1. Kalau PAS kata Utusan/BH tu tak ada etika , apakah HARAKAH ada etika penulisan? Beritanya pun banyak tak betul.
2. Mengapa dulu PAS condemn bila pemimpin UMNO bergambar bila beri bantuan kepada orang ramai, mereka dakwa tak ikhlas dan mencari publisiti. Mengapa sekarang bila HARAKAH siarkan berita yang sama di mana para pemimpin PAS memberi hadiah/sumbangan kepada rakyat, apakah itu ikhlas juga?
3. PAS kata semua orang tak betul . Apakah bila menuduh orang itu kafir pun betul?
4. Bila ulamak menyertai politik, mereka sudah terkongkong dan terikat dalam memberi pandangan. Kemungkinan pandangan mereka sangat tidak adil kerana lebih berpihak kepada parti mereka.
5. Dia tidak taksub kepada parti, dan dia mengakui UMNO memang banyak salah, cuma tak salah untuk berada di dalamnya kerana PAS/UMNO/dll adalah parti semata-mata, bukan agama.
What is your comment?
Jawapan aku :
Dahlia, semua persoalan yang anda suarakan tentang Pas itu semuanya memang benar dan telah berada dalam perhatian saya sekian lama (sejak hampir 2 tahun lalu). Setelah puas saya berfikir untuk mendapatkan jawapannya, inilah yang mampu saya berikan :
Pas memanglah bukannya satu agama yang wajib kita anuti jika kita mahu masuk syurga. Sebaliknya, ia hanyalah satu wadah perjuangan politik dalam sistem ala demokrasi yang telah dinobatkan sebagai sebuah sistem yang diakui oleh dunia sebagai proses pemilihan kerajaan untuk diberi kuasa memerintah sesebuah negara. Inilah jalan yang telah direka cipta oleh Yahudi yang kemudiannya dijolok ke dalam kerongkong kita untuk diikuti. Dalam Islam, proses ini ada betulnya dan ada juga tidak betulnya kerana demokrasi yang bebas merupakan satu sistem yang bertuhankan rakyat. Majority mesti memerintah. Jadi, jika majoriti yang mengundi adalah dari kalangan orang gila yang tidak mahu kepada agama, maka akan jadi gilalah negara itu nanti tanpa agama. Dalam sistem Islam sebenarnya, walau nak jadi apa sekalipun, hukum-hakam Allah tak boleh dikompromikan dan mestilah diletakkan sebagai sistem pemerintahan yang paling tinggi dalam mana2 kerajaan dan dalam seluruh aspek kehidupan kita.
Walau bagaimanapun disebabkan oleh suasana yang tidak boleh dielakkan lansung sekarang, jumhur ulama sudah bersepakat bahawa oleh kerana proses memilih kerajaan melalui kaedah demokrasi tidak dapat dielakkan langsung untuk menegakkan daulah Islam yang hukumnya adalah wajib untuk ditegakkan, maka tidak dapat tidak usaha dan kaedah yang perlu dilalui untuk mencapai matlamat yang wajib itu juga dikira sebagai satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim. Kalau tak silap inilah kaedah yang telah digariskan dalam bab pengajian usul fiqah. Oleh kerana inilah maka pembuangan undi dalam proses memilih kerajaan adalah merupakan sesuatu tuntutan yang wajib bagi setiap individu Muslim laksanakan jika cukup syarat bagi seseorang individu itu melaksanakannya. Disebabkan ini, maka Pas pun terpaksalah ikut juga kepada sistem ini.
Oleh itu, jika kita mahu menegakkan kerajaan Islam di Malaysia yang akan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber tertinggi kepada dasar perlembagaan di Malaysia, kita terpaksalah melibatkan diri dalam sistem parti berpolitik dan menyertai pilihanraya. Bagi kita pula sebagai rakyat, kita terpaksalah membuat pilihan untuk memihak kepada sesiapa yang kita mahu sokong. Saya akui dan setuju bahawa memang benar Pas masih ada banyak kelemahan. Walaupun begini, saya lebih rela membantu dan menyokong perjuangan mereka dari memberikan sokongan saya kepada mana2 parti lain. Ini adalah kerana bagi saya, hanya Pas sahajalah yang telah begitu terang2 sekali berikrar akan menegakkan sebuah kerajaan yang akan mendaulatkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar pemerintahannnya. Matlamat yang jelas sebegini rupa adalah begitu penting kepada saya dalam membuat penilaian saya. Untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang mengapa saya menolak Umno dan melabelkannya kafir, sila baca jawapan saya kepada Tuk Janggut Hotmail pada pagi ini (Rabu 22/3). Saya kira adalah wajib bagi saya untuk memberikan sokongan kepada perjuangan Pas walau pun bukan ahli kepada parti ini.
Semua soalan yang anda timbulkan adalah merupakan masalah2 yang sedang dihadapi oleh Pas kerana tidak senang bagi mereka mengawal ahli2nya yang semakin hari semakin ramai bilangannya. Ada yang masuk kerana terlalu ghairah dengan kesedaran Islam yang tiba2 datang mendadak, ada yang masuk kerana terlalu marah dengan Umno, ada yang masuk kerana ikut kawan, ada yang masuk kerana tak tahu apa lagi nak buat, ada juga yang masuk kerana nakkan kedudukan, dan ada juga yang masuk kerana benar2 ikhlas. Oleh kerana ini, sudah pastilah Pas menghadapi sedikit kekemelutan untuk mengawal ini semua agar ia sentiasa perfect atau sempurna. Tetapi apa yang saya yakin akan membuat keadaan ini lebih terkawal dari Umno ialah kerana faktor dasar perjuangannya yang jelas dan terang bermatlamat untuk mendaulatkan Islam berbanding dengan Umno yang berfahaman sekular dan langsung tidak mahu berjuang ke arah mendaulatkan pemerintahan yang berteraskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Saya rasa tidak payahlah kita bahaskan tentang hal ini kerana semua orang sudah sedia maklum dengan apa yang menjadi budaya dan matlamat Umno.
Pada masa yang sama, saya merasakan bahawa kita tidak boleh mengambil sikap yang terlalu yakin dan boleh menjamin bahwa Pas akan menjadi sebuah parti politik yang sentiasa bergerak di jalan yang betul selama-lamanya kerana keadaan berubah dan manusia juga akan berubah, melainkan jika manusia itu benar2 ikhlas dalam perjuangannya ke jalan Allah. Tetapi saya yakin bahawa dengan matlamat Pas yang begitu jelas untuk memerintah dengan dasar Al-Quran dan Hadis, Insya-Allah masalah2 yang bakal dihadapi oleh Pas akan menjadi lebih terkawal. Saya juga merasakan bahawa ini bukanlah merupakan satu masalah yang perlu saya fikirkan hingga pecah kepala saya pada ketika ini kerana yang penting bagi saya sekarang ialah saya mesti memusatkan segala usaha saya untuk menegakkan daulah Islamiyah dengan berjaya agar Islam akan memerintah dengan megah dan bukannya diperintah.
Ketahuilah apabila mati esok, Allah hanya akan menyoal kita tentang apakah sumbangan kita terhadap agamaNya. Dia tidak akan tanya kita tentang hasil atau natijah sumbangan kita kerana ini berada diluar bidang kuasa dan kawalan kita. Dengan itu memadai sahajalah jika saya mencurahkan bakti ke arah matlamat yang murni ini secara ikhlas dan melakukan apa yang terdaya untuk sentiasa memperbaiki kelemahan2 yang timbul dengan menegur mana2 kesilapan yang dilakukan oleh Pas. Saya yakin bahawa selagi Pas ikhlas dalam perjuangannya untuk mendaulatkan hukum hakam Allah, ia merupakan pilihan wadah politik yang terbaik untuk saya berikan sokongan. Maka adalah menjadi tangggungjawab saya sebagai seorang yang mengaku Islam untuk membantu Pas dan membetulkan mana2 yang tidak betul dengan tidak mengharapkan apa2 balasan selain dari keredhaan Allah.
Perlu juga saya nyatakan di sini bahawa saya berpendapat tidak mustahil bagi Pas juga terjebak dalam kekafiran jika ia terkeluar dari matlamat perjuangannya pada satu hari nanti sekiranya ia tidak berhati-hati. Ini tidak mustahil akan berlaku jika penyokong2 Pas, samada ahli2nya sendiri atau pun kita yang berada di luar parti ini, tidak lagi berjuang dengan ikhlas kerana Allah. Jangan lupa bahawa syaitan laknatullah itu sentiasa berada dalam keadaan yang besiap sedia untuk menyesatkan manusia. Jika pemerintahan khalifah Islamiyah pun boleh tertumbang selepas 1300 tahun ia memerintah di dunia ini akibat dari kekafiran manusia kepada perintah2 Allah, apatah lagi bagi organisasi seperti Pas. Oleh itu, kita sendiri mestilah berhati-hati. Janganlah kita risau tentang orang lain, tetapi sebaliknya betulkan diri kita dulu agar iman dan aqidah kita sentiasa mantap dan selaras dengan tuntutan Allah. Kemudian kita mestilah tegas melakukan amar maaruf nahi mungkar dengan segala daya usaha yang ada pada kita. Ini penting kerana ia merupakan salah satu daripada cabang jihad yang pengting. Ketahuilah jika solat itu dikira sebagai tiang/asas bagi agama, jihad pula adalah kemuncak agama.
Saya telah berjanji kepada diri saya jika Pas melencong dari dasar perjuangan asalnya semasa nyawa saya masih lagi dikandung badan, ketahuilah bahawa saya tidak akan teragak-agak bangkit menyerang dan menentang Pas pada ketika itu. Bagi saya, yang penting ialah dasar perjuangan kita mestilah jelas menjurus ke arah matlamat yang akan memertabatkan kedaulatan Islam, manakala usaha yang dilaksanakan mestilah selari dengan dasar suci ini. Saya tidak akan boleh terima jika dasar perjuangan ini tidak jelas atau samar2, dan jika usaha yang dilaksanakan pula tidak sepadan dengan matlamat perjuangan Islam.
Kekalutan parah yang sedang melanda Umno hari ini ialah contoh terbaik untuk menunjukkan akibat yang akan dialami oleh mana2 organisasi jika dasar perjuangan sesebuah organisasi itu tidak jelas bersandarkan kepada matlamat untuk mendaulatkan pemerintahan yang berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Saya menghukum mereka kafir kerana bukan sahaja dasar dan matlamat perjuangan mereka bersandarkan kepada agama sekular yang berwalikan Taghut, tetapi persubahatan ahli2nya dengan kezaliman yang dilakukan oleh para pemimpin mereka langsung tidak mampu mereka perbetulkan. Sesungguhnya, mereka telah membeli dunia dengan harga yang sangat murah lantaran sanggup menyirikkan Allah. Pas juga tidak mustahil jadi begini jika kita semua tidak berwaspada. Inilah iktibar yang harus kita ambil dalam mempastikan agar Pas tidak akan mengalami masalah yang serupa pada satu hari nanti.
Ingatlah bahawa daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita akan kembali.
Saya harap jawapan saya telah sedikit sebanyak dapat membantu Dahlia.
Tok Misal