Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Ucapan PM

Pagi tadi sempat saya bersama dengan kawan kawan mendengar ucapan penutup PM didalam penghimpunan agung umno baru baru ini. seronok saya dan kawan kawan mendengar ucapanya rase terhibur pulak hati. sebab PM buat joke dan macam macam lagi kadang kadang berpusing pusing. cakap pasal pegawai kerajaan kena tukar. Cakap pasal dia jumpa beratus pegawai. Dan memang itu lah kerja mereka lama ini. bila tak sefahaman saja tukar sana sini. Beliau mengaku.Tidak kah ini nama undang undang guna kepala sendiri. Rasuah entah lah tak guna cakap.

Teringat saya juga kenyataan PM semasa diwawancara oleh Charlie Ross tetang kercunan Arsenik DSAI semasa beliau datang ke PBB dulu . PM cakap arsernik ni datang dari SEA FOOD lalu beliau tanya Charlie Ross adakah Banduan (DSAI) diberi makan SEA FOOD tiap hari sehingga terdapat kesan ARSERNIK begitu tinggi. Charlie Ross seolah olah tak percaya cakap PM. Memang lah banduan tak makan sea food. kalau dah tak makan sea food. Habis dari Mana Aresenik? pening kepala saya nak jawab kepada rakan rakan dekat kolej. mereka kata PM awak nak tipu rakyat Amerika.

Tak kurang jugak PM mengulas pasa booooo . ini budaya didalam umno. seronok agaknya pemimpin umno mengeboooo pm. setahu saya budaya booo ini tidak ada ddidalam muktamar parti parti pembangkang. tapi dalam umno sudah ada budaya ini. sekarang dah sampai keperingkat booooo. apa PM nak kata lagi. terpaksa bertahan dan sengih saja lah anggapkan saja perkara tu kecik. dan lepas tu disuruh orang bawah bawah ni pergi jumpe student biar lah kena booo sikit tak per. sepatutnya dia lah pergi sekarang ni buat forum dengan student. tak lah astora saja berforum. Cara astora berforum sebenarnya menjahanamkan umno tu sendiri. Astora tu elok balik ke thailand saja berdakwah disana. Usah ganggu orang malaysia.

Selebihnya saya rase seolah olah menonton filem labu labi. Cara PM cakap mengingatkan saya kepada haji bakhil dalam filem labu labi. betul lah jokeee nya.

Kami tekekeh kekeh ketawa. agaknya Pm nak jadi joker selepas bersara nanti.

Saya pun dah tak tahu lagi bagaimana nak sayangkan umno. Bila adik adik tanya dan kenalan tanya pasal umno isu isu negara masa kini saya sendiri pun tak mampu nak bela UMNO

Yang saya rase punca kerosakan hebat umno adalah kerana pm DIA TAHU CAKAP SAJA sama lah macam haji bakhil dalam labu labi tu.

Saya rase elok lah pemimpin umno dengar pesanan presiden tu jumpa ahli ke akar umbi. jumpe student. jangan lah pergi cari pokok kayu pulak. untuk cari akar dan umbi.

Dan paling penting nya sesama pemimpin umno tu dulu betul kan diri sesama sendiri. jangan jadi ketam. dan jangan pulak keluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain.

dibarat cakap pasal student tak boleh berpolitik di amerika pulak tubuh kelab umno. cakap saja terus terang berpolitik tu memang boleh tapi mesti sokong kerajaan umno. bukan kerajaan pembangkang. Nanti bila bila kalau umno kalah. sokong jugak umno. Umno masuk kubur pun sokong lagi.

aleh aleh lepas saja perhimpunan NAZRI pulak cakap pasal MARA iaitu pinjaman hanya diutamakan kepada penyokong kerajaan. Kalau macam ni lah cara fikir pemimpin. Balik kampung lah tanam sayur. Bagaimana kerajaan Kelantan dan Terengganu buat kan penyokong Umno macam tu. tak kah naya kawan kawan awak tu.

Saya pun terasa jugak nak tanya. DiTerengganu dan kelantan ada YAYASAN pembelajaran masing dan penerima biasiswa Yayasan Terengganu dan Kelantan mesti lah sokong kerajaan Terengganu dan Kelantan dan mesti lah berterima kasih kepada kedua dua kerajaan negeri ini. kerana telah beri biasiswa. jadi tak perlu berterima kasih kepada kerajaan umno.

Saya rasa tidak kah pemikiran pemimpin umno hari ini telah bercelaru. dah tak tahu apa lagi nak cakap kononnya hendakan sokongan rakyat. sebab tu lah eloknya pemimpin umno hari ini duduk berbincang sesama sendiri. betulkan diri dulu masing masing baru lah nak mengajar rakyat.

Kalau tak sanggup tunggu lah nanti. dan saya dapat bayangkan nanti kubur PM akan menjadi tempat penyokong BA melepas hampas perut.

Ini lah keadaan UMNO pada hari ini. merosot sangat akui pm mengeluh. seeloknya beliau menangis kali ini. tentu lagi hebat.

Akhir nya saya nak minta kepada pemimpin dan penyokong Umno kalau nak cakap tu biarlah rasional sikit nanti jadi bahan ketawa orang saja. malu kita.

***noreen***


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com